Monday 12 September 2011

Mengutamakan Undangan Lebih Baik Daripada Puasa Sunat Enam Syawal.



Ini adalah lanjutan atau sambungan daripada tajuk lepas, iaitu Hukum Menggabungkan Puasa Qadha dan Puasa Sunat Enam Hari Di Bulan Syawal


Oleh kerana syawal belum lagi melabuhkan tirainya, jadi belum terlewat untuk saya berbicara perihal puasa sunat enam syawal. Kali ini tentang dilema antara memenuhi undangan dan puasa sunat syawal.

Puasa Sunat Enam Syawal memang menjanjikan ganjaran pahala yang amat lumayan, dan ini dinyatakan dalam sebuah hadis sahih

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164]..

Walaupun begitu perlaksanaannya tidak cukup dengan berbekalkan semangat yang berkobar-kobar dan emosi kerohanian yang melonjak-lonjak, tapi perlu sekali berpaksikan waras dan wajar. Waras dan wajar yang berpandukan agama.

Diakui terdapat segelintir umat islam yang begitu bersemangat untuk menunaikan puasa enam syawal. Hari raya kedua atau lebih tepat lagi pada tarikh dua syawal, langsung dilaksanakan ibadat sunat itu selama enam hari berturut-turut. Memang ia tidak salah apatah lagi berdosa, sebab yang diharamkan berpuasa ialah pada satu syawal( dan tarikh-tarikh lain yang tak perlu saya nyatakan disini ,agar tidak terbabas dari topik perbincangan). Tapi wajarkah tindakan itu?

Ini kerana pada hari raya kedua dan ketiga, amalan ziarah menziarahi dan kunjung mengunjungi masih lagi berjalan dengan rancaknya. Pada tarikh itu juga, saudara mara masih bertandang dan sahabat handai masih lagi bertamu. Jadi mana satu yang harus diutamakan? Puasa sunat syawal yang menjanjikan pahala yang melimpah ruah atau menjaga hubungan dengan saudara mara dan sahabat handai demi kelangsungan ukhwah.

Dalam membicarakan hal ini, Fiqh al-Awlawiyat perlu difahami dan sekali gus digunapakai. Mengikut pendekatan ini, perkara yang paling utama perlulah diutamakan dan perkara yang lebih penting perlulah didahulukan. Ia memberikan kita panduan untuk menyusun dan mengatur tindakan secara wajar dan patut mengikut lunas-lunas agama.

Dalam sebuah hadis dari Abu Said al-Khudri “ Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).

Hadis ini sebenarnya, sudah memberikan jawapan kepada isu ini. Iaitu, sesiapa yang berpuasa sunat termasuklah sunat enam syawal, diharuskan dan digalakkan berbuka, andainya itu dapat menguatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan atau menjaga perasaan orang lain

Puasa Enam Syawal sebenarnya mempunyai tempoh waktu atau jangka masa yang agak panjang untuk dilaksanakan dan ia juga boleh dilakukan secara berturut-turut atau selang seli sepanjang bulan syawal. Yang pasti, perkara yang dituntut ialah berpuasa selama Enam Hari dalam mana-mana bulan Syawal.

Seperti saya katakan tadi, kemeriahan raya masih lagi terasa pada hari raya kedua dan ketiga, jadi sudah tentu agak sukar untuk kita melaksanakan puasa sunat enam syawal. Kunjungan mengunjungi adalah amalan yang dituntut di dalam islam, apatah lagi dalam suasana hari ini, kita tidak mempunyai ruang dan peluang untuk melakukan amalam ini dengan lebih kerap. Hanya pada musim perayaanlah, kita berkesempatan untuk melaksanakan semua ini.

Selain itu, tempoh atau jangka masa untuk kita atau saudara mara dan sahabat handai bercuti raya juga tidaklah lama. Seingat saya, paling lama pun hingga setakat hari raya ke lima atau ke enam , selepas itu terpaksa bergegas pulang ke kota demi melanjutkan kerjaya. Jadi dalam kesempatan yang amat terhad dan terbatas, sudah tentu ziarah menziarahi dan kunjung mengunjungi yang perlu diutamakan berbanding puasa sunat enam syawal.

Sumber Rujukan :
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Imam Muda Asyraf
Pondok Pasir Tumbuh Kelantan(izin suami perlu utk Puasa Enam)

37 comments :

  1. wahh bagus info ni shameel :)
    ramai yang agak keliru dgn puasa enam ni sbnrnye..

    ReplyDelete
  2. terima kasih..
    info menarik tuk dikongsikan..
    selalu gak dgr sedara mara dtg beraya kat rumah tapi nk bertemu mata je sbb puasa enam..

    kalau dah tahu nk dtg beraya tak yah la puasa kan.. :)

    ReplyDelete
  3. ni mmg selalu org dok buat wlu dah berkali2 ust2 atau penceramah ingatkan. ada tu yg dia sendiri buat majlis tapi bila tetamu dia datang dia tak bersama makan sbb puasa. dah mcm dia tunjuk2 pd tetamu yg dia kuat beramal (berpuasa). dah jd riak atas amalan plak...

    ReplyDelete
  4. salam,

    terima kasih cikgu.
    maaf kalau ada salah silap.
    selamat hari raya.

    =)

    ReplyDelete
  5. Artikel menarik. Tuan mohon copy artikel ini utk diri ambo sendiri/teman2 hok lain...

    Jazakallah Hukhairan..

    ReplyDelete
  6. Kdg2 rasa segan pula nak berkunjung kerumah sahabat..bila kita ajak minum sekali..Maaf saya berpuasa...namun sepeti kata kamu yg harus dahulu didahulukan...yg boleh dilakukan kemudian dgn ganjaran yg sama selagi masih berada dibulan Syawal tak perlulah kita terburu-buru melakukannya...

    ReplyDelete
  7. anamizu.
    terima kasih ats kunjungan. sy sekadar berkongsi info utk manfaat bersama. moga dapat dimanfaatkn.

    ReplyDelete
  8. HaiDa HiDa.
    sepatutnya begitualh. jka dh tahu nak beraya dan tetamu nak dtg elok jgn berpuasa. tapi kalau kita tak tahu dan tetamu tiba2 dtg dan makanan dihidangkan, maka eloklah berbuka. Tapi jika kita dah byk jam bebrpuasa( contohnya dah pukul 6.30 ptg), maka perlu dipertmbangkan balik. sayang juga jka nak berbuka sbab hanya berbaki sejam lagi utk masuk waktu berbuka. jadi perlu kebijaksanaan utk menerangkan kpd tetamu.dan sy yakin, tetamu juga tidak terkilan jika mrk tahu situasi itu.

    ReplyDelete
  9. CITY® .
    Kak, sy pun mohon maaf byk2 ats silap dan salah sblm ini.

    ReplyDelete
  10. TaTJ .
    Terima kasih ats kunjungan dan amat dialu-alukan utk share mahupun copy

    ReplyDelete
  11. nahmy .
    setuju sekali dgn kewujudan unsur riak dlm hal ini. antarnya bila mengistiharkan bilangan hari yg telah ditunaikan. ibadat tanpa keihlasan tidak memberi apa-apa makna.

    ReplyDelete
  12. Eye_nee.
    sebab tu fiqh al-awlawiyat perlu difahami dan dipraktikkan dlm suasana sebegini. apabila bertembung antara perkara halal dan harus maka perlu dilihat yg mana sunat dan yg mana wajib.

    ReplyDelete
  13. utamakan yg lbh utama


    agk sukar tuk TH bpuasa pd 2 syawal

    ReplyDelete
  14. Kalau tak silap saya mendengar tanyalah ustaz haritu, dia kata lebih afdhal kita menunaikan puasa sunat 6 hari berturut2.. Allahualam....



    nak puasa awal2 syawal kat kg haritu memang banyak dugaan..hehe, di samping tak nak ketinggalan juadah-juadah air tangan bonda tercinta;)

    ReplyDelete
  15. Titisan Hujan .
    saya pun tak dpt buat puasa enam spnjang bercuti kt kampung. banyak dugaan.

    ReplyDelete
  16. Afida Anuar.
    Benar skali Afida. Puasa sunat enam lebih afdhal dibuat secara berturut2 menurut pandangan ulama, namun jika dilaksanakan secara berselang seli pun tidak mengapa krn ia tetap memenuhi konsep puasa enam syawal. Apa pun bergantung kpd kemampuan kita dan bergantung juga kepada situasi.

    mmg suakr skli utk mulakan puasa enam kt kampung. juadah yg mak sediakan dan kunjungan saudara mara benar-benar membantut.

    ReplyDelete
  17. salam sahabat..
    kadang2 bila membaca n3 sahabat rasa rendah diri pulak saya.. n3 di sini amat bermutu.. teruskan sahabat..dan tahniah..

    saya dah beberapa kali berbuka pada waktu tengah hari..tapi rasanya bukan kerana menghormati tetamu atau majlis raya..kurang 'kuat' hihihi.. teuklah saya ni..!!

    ReplyDelete
  18. kat negara kita posa syawal je kot banyak cabaran rumah terbuka.. negara lain ada ke tradisi gini?

    ReplyDelete
  19. ieyza afieyna.
    terima kasih ats kunjungan. sekadar berkongsi utk manfaat brsama

    ReplyDelete
  20. a.samad jaafar.
    saya pun pernah dua hari trpaksa brbuka tgh hari sbb x tahan. hahaha

    ReplyDelete
  21. cemomoi. kalau kat sekitar nusantara mcm brunei dan indonesia rasanya lebih krg jer diorg raya. tapi kalau kt timur tgh tak pasti palk , yg pasti xde mcm kita kalau kat negara bergolak mcm libya.

    ReplyDelete
  22. Salam cg.Shameel...

    Waktu raya ke3 hingga raya ke5 memang banyak kenduri.
    Jadi, tangguh dulu puasa 6 untuk meraikan hari bahagia kawan-kawan

    ReplyDelete
  23. baru start hari ni, ganti posa.. :)

    ReplyDelete
  24. memang ramai dan keliru dan tak pasti psl hal ni..
    pasal qada puada dan niat puasa suant dan qada pun org keliru jugak

    ReplyDelete
  25. thankz f the info.. sampai ada yang bg alasan xnk g open house sebab puasa enam.... :)

    ReplyDelete
  26. cikgu NaeBlog
    Betul tu satu lagi tradisi di Malaysia, byk undangan kenduru kahwin pada musim perayaan.

    ReplyDelete
  27. Anaa.
    Gant ikena dahulukan, baru wat qada.

    ReplyDelete
  28. nuriz.
    harap2 entry ringkas ini dpt merungkaikan kekeliruan.

    ReplyDelete
  29. Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine.
    itu alasan org yg tak faham fiqh al-awlawiyat. lainlah kalu dah berada di penghujung syawal.

    ReplyDelete
  30. Ijah EmoTemo .
    trima kasih ats kunjungan. moga entry ringkas saya ni dapat dimanfaatkan.

    ReplyDelete
  31. betul tu,jemputan mesti dipenuhi..dah jd wajib,yg sunat tu dikendiankan dulu.Lg pun bulan syawal masih panjang!

    ReplyDelete
  32. untuk renungan diri hamba yang daif ini.

    ReplyDelete
  33. betul tu.. kalau orang ajak makan, kena pg..

    tapi kat sini masalah jugak.
    raya nak sebulan. jemputan rumah terbuka bukan main lagi..
    kadang2 ada jgk terpaksa tolak.
    kalau hampir tiap2 hari buat rumah terbuka, parah jgak kan..

    err kita raya sebulan ke en shameel iskandar?
    maaf ye..saya tak berapa tahu..

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum Yob,

    yaa...akak ada terjumpa orang2 yg pegi majlis kenduri tp dia tak makan sebab posa. Walhal menghadiri dan menjamu selera di kenduri orang lebih dituntut, bukan begitu? Puasa sunat jer...boleh buat hari lain.

    ReplyDelete
  35. salam...baru dapat dua meel..ingat Isnin nie nak sambung haha..
    Puasa 2+1 ,memang tak der ..haha kena qada dulu baru amik 6..
    Setuju benar info kao tu..yelah dalam Islam kena pakai keperluan,mana yang nak didulukan...kalau situasi tak berapa selesa baik buka jer..nnt jiran atau saudara mara ambil hati pula...menjaga silaturahim wajib,puasa 6 sunat jer...bleh tangguh.

    ReplyDelete