Friday 11 May 2012

12 MEI HARI JURURAWAT: HARGAILAH SUMBANGAN DAN PENGORBANAN JURURAWAT

Gambar dari google


Saya hanya mengetahui kewujudan Hari Jururawat setelah ayah saya dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM)Kubang Kerian Kelantan. Atau lebih tepat lagi, Ketika ayah saya dipindahkan dari wad 8 Selatan ke Unit Rawatan Rapi(ICU) pada 25 Januari 2012. Ketika menziarahi ayah, saya terpandang keratan akhbar yang di tampal di wad ICU tersebut. Keratan akhbar itu mengenai luahan perasaan seorang jururawat dan di situ juga terpapar tarikh Hari Jururawat. Berulang kali saya membacanya ketika saya menemani ayah.

13 Disember 2011, ayah saya meninggalkan rumah untuk ke hospital, dan pada 25 Mac 2012, ayah saya meninggalkan hospital untuk pulang ke rumah(tapi sebagai jenazah).





Ayah saya gagal diselamatkan, namun saya sedar, itu adalah ketetapan dan ketentuan. Kematian adalah sebuah temujanji dan ia akan menghampiri walaupun kita menjauhi. Ia juga akan datang menemui walaupun kita bersembunyi. Al-Fatihah Untuk Ayah .
.
Saya juga faham, Jururawat bukanlah jurusembuh, jadi tugas mereka ialah merawat dan bukannya menyembuhkan. Menyembuh itu Kerja Tuhan, dan Kerja Tuhan Tak Siapa Yang Tahu. Saya juga amat yakin mereka (jururawat dan doktor) telah mencuba sekudrat yang mampu dan sedaya yang boleh untuk menyembuhkan ayah saya.


(Berita Harian 7 Mei 2012)

Cukuplah dahulu mengulit kenangan dan kembali kepada tajuk dan matlamat entry ini. Mari kita kenali jururawat dan sekali gus menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka. Meminjam istilah atau takrif yang digunakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai : Jururawat ialah anggota dalam perkhidmatan rawatan kesihatan di belakang tabir. Mereka bertugas di dewan pembedahan,bilik rawatan,wad dan di sisi katil pesakit. Merekalah yang membantu doktor dan mereka jugalah yang menjaga dan memenuhi keperluan pesakit serta menangani sebarang masalah yang dihadapi.

Sebuah Novel yang hebat
yang memaparkan sumbangan
dan pengorbanan jururawat



Sepanjang menemani ayah ketika ayah ‘mendiami’ wad 8 selatan HUSM, saya mengutip seribu erti dan sejuta makna. Erti sumbangan dan makna pengorbanan yang telah jururawat curahkan. Di wad tersebut saya menyaksikan pelbagai ragam dan karenah pesakit, yang pasti sahaja menuntut kebijaksanaan dan kesabaran jururawat yang bertugas. Jauh di sudut hati saya merumuskan, tentu sahaja kerjaya sebagai jururawat ini amat melelahkan akal dan sangat memenatkan fizikal. Jauh lebih lelah dan penat berbanding saya, seorang guru.

Bukan itu sahaja, wad tersebut juga menjadi rumah kedua para jururawat yang bertugas. Bukan setakat makan dan minum, malah mereka turut bermalam di situ. Bermalam bukan bermakna lena melayari malam tapi berjaga melayani pesakit yang pelbagai ragam. Begitu juga ketika orang lain bercuti pada hujung minggu dan ketika cuti-cuti umum, namun mereka tetap setia untuk merawat pesakit.

Mudah-mudahan ,tarikh 12 Mei ini akan memberikan kita seribu erti dan sejuta makna. Erti menghormati dan makna menghargai segala sumbangan dan pengorbanan para jururawat.

9 comments :

  1. terima kasih shameel..tak semua orang paham ape tugas jururawat dan peranannya... hanya jururawat sendiri paham ape yg tersirat dalam hati kami :)

    terima kasih kerana menghargai jururawat2 malaysia :)

    ReplyDelete
  2. ziezah.
    saya mula memahami sumbangan dan pengorbanan jururawat setelah ayah saya dimasukkan ke HUSM.

    Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa yang jururawat(dan doktor)curahkan.

    ReplyDelete
  3. setuju... tapi masyarakat masih menganggap profesion nurse sebagai profesion orang gaji.. atau suruhan dokter.

    NUrse adalah individu yang educated.. mereka juga belajar seperti koz-koz laen, sama-sama susah.

    Bukan hanya menurut perintah dokter sewenang2 nya.. mereka juga ada hak unutk pertikaikan apa yg dokter lakukan sekirannya salah..

    tanpa nurse, dokter takan boleh jalan kan krja..

    ReplyDelete
  4. Black Jeepsu .
    Benar skali pandnagan awk Black Jeepsu.Tanggapan silap masyarakat tu rasanya dah semakin terhakis w/pun masih ada yg berbaki.

    ReplyDelete
  5. tugas jururawat sgt mulia..mcm guru. sbb dua2 kerja ni kena dari hati. Kesannya nampak terus kpd pesakit/anak murid.

    ReplyDelete
  6. Tahniah dan terima kasih kepa para jururawat yang sentiasa sabar dengan kerenah pesakit

    ReplyDelete
  7. Ujie.
    Amat mulia pada pandangan org yg mengerti dan memahami.

    ReplyDelete
  8. tehr.
    Saya masih ingat wajah2 jururawat yg pernah merawat arwah ayah saya.

    ReplyDelete
  9. tak pernah tau pun ade hari jururawat.. sekarang baru tau.. thanx for the info bro! =)

    ReplyDelete