Thursday 3 May 2012

NUTP Tidak Bersetuju Dengan Cadangan Untuk Melatih Guru Bahasa Inggeris di Luar Negara



Amat menghairankan apabila Timbalan Perdana Menteri ,yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin bersetuju dengan cadangan Tan Sri Dr Yahya Ibrahim supaya menghantar semula guru pelatih Bahasa Inggeris ke Maktab Kirkby England. Cadangan dan juga persetujuan tersebut seolah-olah mengambarkan negara baru sahaja mencapai kemerdekaan, seakan-akan negara ketandusan rakyat yang dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Selain itu, andainya cadangan ini dilaksanakan, ia pastinya memerlukan biaya yang besar hingga mencecah jutaan ringgit.

Gambar dari member FB.
Bukti jelas pelajar melayu terlalu menguasai Bahasa Inggeris


Syabas saya ucapkan kepada Presiden NUTP,Hashim Adnan kerana bersikap sebagai anak jantan dalam isu ini dengan membantah cadangan yang sangat tidak wajar itu. Antara pandangan dan cadangan NUTP untuk memperkasakan Bahasa Inggeris ialah.

  • Negara sudah mempunyai ramai tenaga pengajar di Pusat Bahasa. jadi mereka amat mampu dan sangat berupaya untuk melatih guru-guru Bahasa Inggeris dengan berkesan.
  • Jika masih ingin tenaga pengajar dari luar negara, pendekatan terbaik ialah dengan mengambil mereka secara kontrak.

6 comments :

  1. dalam malaysia pon boleh blaja jugak.
    berlambak ipg, ipt, ipts dan yang sewaktu dengannya...
    hantar2 karang lain pulak jadinya.

    ReplyDelete
  2. Iyelah..kalo masa baru merdeka tu lainlah..
    Org nk jd doktor pun boleh je bljr kat dlm negara. inikan pulak nk jd ckgu bahasa inggeris.

    ReplyDelete
  3. Heran betul
    Ada je idea nak habiskan duit

    ReplyDelete
  4. Nurul Faiz Bikers.
    Pandangan dan pendapat kita sama Nurul. mmg bermlambak pakar2 bahsa inggeris kt dlm negara jdi buat apa nak dihantar kelaur negara

    ReplyDelete
  5. Ujie.
    Benar tu Ujie.Kalau belajar kedoktoran pun boleh dlm negara takkanlah nak belajar bhsa inggeris perlu ke luar negara.Lebih kpd melancong jadinya.

    ReplyDelete
  6. tehr.
    kalau duit negara berkurang, akan dinaikkan nanti cukai dan mcm2 .Paling jelas akn dikorek nnt KWSP

    ReplyDelete