Wednesday 9 May 2012

Surat Terbuka Kepada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin

Dr Abdul Shukor Hussin,Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.


Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,

Saya mulakan warkah ini dengan memetik kata-kata George Bernard Shaw: “ Jikalau manusia membunuh harimau ia dinamakan olahraga tetapi jika harimau membunuh manusia ia dinamakan keganasan.”

Jujur dan ikhlas, warkah ini bukanlah bermatlamat memperlekehkan Majlis Fatwa Kebangsaan. Jauh sekali untuk menidakkan sumbangan dan peranan Majlis Fatwa. Apatah lagi untuk menderhaka kepada keputusan Majlis Fatwa. Saya amat yakin, Prof dan ahl-ahlii Majlis Fatwa terdiri daripada golongan yang amat memahami persoalan agama dan keagamaan. Jujur-sejujurnya, saya hormati Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi penghormatan. Dan, saya sanjung Majlis Fatwa dengan semurni-murni sanjungan.

Tapi,penghormatan dan sanjungan itu bukanlah penghalang untuk saya menegur Prof dan Majlis Fatwa. Tentu Prof masih ingat untaian hikmah yang pernah dilafazkan oleh Imam Malik. Tidak mengapa, biar saya ingatkan, kerana saya ini manusia pengingat:

"Siapapun dapat diterima atau ditolak pendapatnya kecuali yang ada di makam ini(sambil menunjuk ke makam Rasulullah SAW)".

Lagipun fatwa hanyalah ciptaan manusia, jadi ia tidak maksum dan ia mungkin betul dan mungkin juga salah. Bak kata Dr Asri Zainul Abidin, andainya fatwa tidak boleh dicabar, ia bukan sahaja "tidak demokratik", malah "mematikan intelektualisme" kerana menyamakan fatwa seperti nas dalam al-Quran dan Sunnah yang tidak boleh dipertikai.



Demontrasi memijak kepala lembu dengan matlamat mencetuskan rusuhan kaum.
Ditaja oleh NGO yang Pro UMNO dan turut melibatkan aktivis UMNO.
Mengapa Majlis Fatwa tidak memfatwakan ia sebagai haram.



Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,

Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana ketegasan Prof, selaku Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, kerana telah memutuskan Perhimpunan Bersih sebagai haram,sebagai pencinta keamanan saya hargai fatwa tersebut. Saya hormati prinsip dan pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu ini, iaitu haram untuk umat islam menyertai perhimpunan atau demontrasi yang bertujuan tidak baik,melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Namun ada beberapa persoalan yang benar-benar membelit akal, lantas melemaskan saya dalam lautan teka-teki. Berdasarkan penelitian, saya dapati Majlis Fatwa Kebangsaan tidak tegas dalam berprinsip dan tidak teguh dalam berpendirian. Tidak tegas dan tidak teguh hingga menyebabkan wibawa Majlis Fatwa Kebangsaan mula terkikis dan terhakis.

Mohamed Ghani Abdul Jiman dalam proses
menghadiahkan seluar dan baju dalam wanita kepada Lim Guen Eng.
Jika benda yang sama dihadiahkan kepada Najib,
apa agaknya reaksi Majlis Fatwa



Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,

Andainya tidak membutakan mata dan tidak memekakkan telinga, pasti sahaja Prof menyedari betapa hebatnya propaganda jahat dan provokasi keji dengan matlamat ingin mewujudkan perbalahan kaum di Malaysia.

Masihkah Prof ingat, perarakan Maha Racis yang ditaja oleh Penganas Melayu yang bersongkok tinggi. Pengganas-pengganas ini memakai songkok macam Prof dan majoriti ahli Majlis Fatwa yang lain, cuma songkok mereka lebih tinggi. Mereka membawa dan memijak kepala lembu kerana membantah pemindahan sebuah kuil hindu di Shah Alam. Semua tahu dalangnya adalah NGO yang Pro-UMNO dan beberapa orang aktivis UMNO Selangor.

Percayalah Prof, demontrasi sebegini berupaya mengundang perbalahan antara penganut islam dan hindu. Tidakkah Majlis Fatwa Kebangsaan sedar, betapa sejarah telah merakamkan kroniknya masalah perpaduan di India kerana perbalahan antara penganut Hindu dan Islam.


Tahukah Prof dan Majlis Fatwa Kebangsaan, betapa ribuan nyawa telah terkorban sejak berlakunya perbalahan antara penganut Hindu dan Islam di India, termasuklah insiden meruntuhkan Masjid Babri di Ayodhya.

Atau
mungkinkah Prof beranggapan perbalahan kaum tidak akan sesekali berlaku di Malaysia. Mungkin juga Prof beranggapan rusuhan atau perang antara agama ini disebabkan oleh faktor geografi sebagaimana letupan gunung berapi dan gempa bumi. Prof, percayalah, betapa bodohnya orang yang beranggapan sebegitu,sebab rusuhan kaum dan ketegangan agama tidak pernah bersangkut paut dengan faktor geografi.

Percayalah Prof sesungguhnya perarakan dan demontrasi yang ingin mencetuskan perbalahan kaum itu bisa menimbulkan huru hara dan kekacauan dalam negara. Tapi sayang, Majlis Fatwa Kebangsaan hanya menjadi pemerhati yang setia dan tidak mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan tersebut.



Mohamed Ghani Abdul Jiman dalam
proses menghadiahkan kek berbentuk tahi kepada Lim Guen Eng.
Jika kek yang sama dihadiahkan kepada Najib,
apa agaknya reaksi Majlis Fatwa



Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,

Tertutupkah mata Prof dan keseluruhan ahli Majlis Fatwa Kebangsaan ketika Ibrahim Ali, pemimpin PERKASA mengistiharkan Perang Salib terhadap penganut Krisitan. Dengan penuh kurang ajar, lelaki yang tolol lagi bahlul itu telah membuat kenyataan terbuka dengan mencabar orang-orang Kristian berperang. Mengapa Majlis Fatwa berdiam seribu bahasa dalam isu ini. Tahukah Prof, betapa berbahayanya PERKASA sebagaimana berbahayanya Ku Klux Klan. Saya cuba berprasangka baik, mugkin Majlis Fatwa tidak pernah tahu episod-episod rusuhan berdarah yang melibatkan penganut Kristian dan Islam.

Prof masih ingatkah persitiwa berdarah yang melanda Bosnia Herzegovina. Peristiwa peperangan antara orang-orang Serbia yang beraliran Ortodoks Kristian dengan penduduk etnik Bosnia yang beragama islam. Untuk pengetahun Prof dan Majlis Fatwa Kebangsaan, Suada Dilberovic, gadis muslim yang berusia 24 tahun merupakan mangsa pertama kegansan Serbia ketika tercetusnya perang Bosnia pada 6 April 1992. Tahukah Prof, betapa 200 ribu orang telah terkorban dalam peperangan tersebut dan dan 65 % daripadanya adalah penganut islam Bosnia. Lupakah Prof terhadap perbalahan antara umat islam dan Kristian di Ambon Indonesia. Atau mungkinkah Prof masih lagi beranggapan, rusuhan kaum dan perang agama ini disebabkan oleh faktor-faktor geografi sebagaimana letupan gunung berapi dan gempa bumi, lantas ia tidak akan sekali-kali berlaku di Malaysia.

Jika inilah pandangan Prof, maka Prof perlu mengimbas kembali Tragedi 13 Mei pada tahun 1969. Terbukti dan tidak dapat dinafikan lagi, persitiwa rusuhan tidak pernah dipengaruhi oleh faktor-faktor geografi.

Percayalah Prof sesungguhnya PERKASA telah banyak menimbulkan huru hara dan kekacauan dalam negara. Tapi mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan hanya menjadi pemerhati yang setia dan tidak mengeluarkan fatwa mengharamkan umat islam dari menyertai pertubuhan tersebut.



Peserta demontrasi menyerang komtar,
Lim Guen Eng terpaksa menyelamatkan diri mengikut pintu belakang.
Mengapa Majlis Fatwa tidak memfatwakan demontrasi tersebut sebagai haram




Peserta demontrasi anti kerajaan Pulau Pinang memenuhi jalan raya
dan ia turut menghuru harakan negara.
Mengapa Majlis Fatwa tidak fatwakan ia sebagai haram



Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,

Saya tertarik sekali apabila Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan, haram ke atas umat islam menyertai perhimpunan atau demontrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang, serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam Negara. Tapi saya tak faham apa maksud undang-undang dan maksud kekacauan.

Masihkah Prof ingat wajah Ketua Penganas yang berkulit hitam manis, namanya Mohamed Ghani Abdul Jiman. Tahukah Prof betapa tolol dan bahlulnya si hitam manis ini. Bayangkanlah Prof, si hitam manis ini telah mengadakan beberapa siri demontrasi di Pulau Pinang. Dalam demontrasi tersebut, Mohamed Ghani Abdul Jiman telah menghadiahkan seluar dalam dan baju dalam wanita kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Tidak cukup dengan itu, Ketua Penganas ini menghadiahkan pula kek berbentuk tahi kepada Lim Guan Eng, ketika hari ulang tahun Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Seingat saya hanya bekas Presiden ABIM, Dr Muhamad Razak Idris sahaja yang mengutuk perbuatan tersebut. Mana pergi semua mufti yang menganggotai Majlis Fatwa, hingga diam macam syaitan bisu. Atau,mungkinkah Majlis Fatwa kebangsaan beranggapan perbuatan tersebut tidak salah di sisi agama. Jika itu pandangan Majlis Fatwa, jangan terkejut, jika ada individu tertentu yang menghadiahkan bikini kepada Prof dan Ahli Majlis Fatwa yang lain.




Peserta demontrasi anti kerajaan Pulau Pinang memenuhi jalan raya
dan ia turut menghuru harakan negara.
Mengapa Majlis Fatwa tidak fatwakan ia sebagai haram



Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,


Jujur dan ikhlas saya amat mengharapakan sebuah jawapan dari Majlis Fatwa Kebangsaan untuk merungkai segala teka-teki yang mengasak benak saya ini.

Mengapa Demontrasi dan perhimpunan untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat tidak difatwakan sebagai haram,walaupun penaja dan peserta demontrasi tersebut betindak ganas dan meniup api perkauman, tetapi mengapa pula demontrasi dan perhimpunan untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap Kerajaan pimpinan Barisan Nasional difatwakan sebagai haram dan mencetuskan huru hara.

Jujur, sikap dan pendekatan Majlis Fatwa Kebangsaan sebegini rupa telah mengingatkan saya akan kata-kata George Bernard Shaw:

“ Jikalau manusia membunuh harimau ia dinamakan olahraga tetapi jika harimau membunuh manusia ia dinamakan keganasan.”

30 comments :

  1. Na'im Nikmat.
    Kadang2 kita kena tegur jugak Majlis Fatwa ni akhi.

    ReplyDelete
  2. Kenapa????..Kenapa????..kenapa???....Kalau mengeluarkan fatwa pandang lah keseluruhan Negeri didalam Bumi Malaysia ini...Adilkah hanya kaum yg satu ini sahaja diharamkan segala tindak dan perlakuannya....bagaimana dgn satu kaum lagi yg sudah terang lagi bersuluh melakukan perkara yg sama...Saya suka kata2 ini...JANGAN BERJALAN SEBELAH KAKI, NANTI PINCANG MENGATUR LANGKAH.....dengarlah teguranya sebagai seorg individu bukan seorg ahli Politik.....

    ReplyDelete
  3. Eye_nee.
    Saya pun suka kata2 ni ...JANGAN BERJALAN SEBELAH KAKI, NANTI PINCANG MENGATUR LANGKAH.

    Mereka ni dahlah berjalan sebelah kaki, lepas tu dengan menggunakan sebelah mata pulak.

    ReplyDelete
  4. Ingatlah'petua' Majlis Fatwa ini pasti akan dipertanggongjawabkan diakhirat kelak.

    ReplyDelete
  5. berat sebelah...pilih kasih...tak baik untuk kesihatan jiwa...

    ReplyDelete
  6. Anonymous.
    biarkn mrk dgn dosa2 mereka.

    ReplyDelete
  7. ummiarissa .
    Dan tidak baik juga utk kesihatan mental sbb ia memandulkan akal dan mematikan intelektualisme

    ReplyDelete
  8. kudos cikgu...bring it on!! nak kuar fatwa ke ape ke biarle berhemah...perati keliling dulu..

    ReplyDelete
  9. bila kata fatwa ni kerana politik..diaorg kata tidak.. kdg2 umno ni suka buat senjata makan tuan..kih kih kih

    ReplyDelete
  10. nahmy.
    mcm mana diorog nak perhati keliling sbb diorg ni ada 'penternaknya'.

    ReplyDelete
  11. ArulchelseA.
    Hanya org pekak dan buta sahaja yg kata fatwa ni tak dipengaruhi oleh politik.

    ReplyDelete
  12. Salam Yob,

    nampak jelas pihak UMNO ni nak cetus rusuhan kaum dgn provok LGE dan masyarakat China di PP. Tapi umpan tak makan.

    ReplyDelete
  13. MOH KEMBARA.
    Benar skali kak. UMNO skrg ni gunakan isu perkauman utk kekal berkuasa. Sykukurlah Allah mengagalkan rancnagan keji dan jahat mereka.

    ReplyDelete
  14. Saya pun teringat satu cerita Aesop,

    An ass in a lion's skin. Nak berlagak macam rimau, tapi bila bersuara bukan bunyi aum-aum, tapi haw-haw.

    Sekarang semua orang dah kenal, namun ambo dah kenal dia masa dia dok universiti lagi haw-haw.

    ReplyDelete
  15. Hanya yg celik hati melihat apa yg terjadi ini dengan hati terbuka. Namun dek kerana fulus... merelakan hati dan mata terus dibutakan...

    Akan bertambah parah lagi bila agama diheret sama dlm kancah memperkuatkan kedudukan diri...

    ReplyDelete
  16. Cikli.
    Mesejnya satu sahaja, kuli pasti taat kpd tuannya dan si hamba pasti setia dgn tuannya.

    ReplyDelete
  17. Kakzakie.
    Bilapmajlis fatwa diperguna, maka agama dijadikan 'ilmu guna-guna' utk mengekalkan kelangsungan kuasa dan mempertahankan kekuatan peemrintah

    ReplyDelete
  18. terbaek isi entry disini ...sekarang kreadibiliti masjlis fatwa boleh dibuat sebagai jenaka di kedai kopi ...

    ReplyDelete
  19. uncle.
    tak lama lagi Majlis Fatwa akan setaraf dgn Majlis Daerah...

    ReplyDelete
  20. Tertanya jugak aku, kenapa Majlis Fatwa tak ambil tindakan ke atas Tok Guru Nik Aziz yang juga mengeluarkan fatwa jugak. Tu lagi kes mengancam tu, berlawan keluar fatwa. Tapi entahlah, mungkin TG Nik Aziz tu 7 tahap di atas Majlis Fatwa kot. Dia sorang saja dalam dunia ni yang boleh jatuh hukum siapa Islam siapa kafir. Bukankah hanya Allah Yang Maha Esa saja mempunyai hak untuk menentukannya.

    Mungkin Sdr. Shameel terlupa nak masukkan isu TG Nik Aziz ini sebagai satu lagi contoh kelemahan Majlis Fatwa.

    Aku bukan nak ubah haluan perbincangan, tapi nak cuba luaskan skop pandangan dan fikiran kita. Kalau tengok sebelah mata nanti dikatakan dajjal pulak.

    Kita, sama ada secara berseorangan atau berkumpulan, masih ada lemahnya. Kerana kita manusia. Tetapi bala yang akan menimpa diri kita jika kita terus biarkan diri kita lemah. Jika kita sedarkan sedikit diri kita hari ini, peluang untuk bertambah sedar untuk hari esok pasti akan lebih cerah.

    ReplyDelete
  21. QalamQabut.
    Trima kasih sahabat, sy hormati pandangan sahabt. Utk pengethuan sahabt, sudah berulang kali dewan ulama pas menyatakan keinginan utk mengadakan muzakarah dgn majlis fatwa dlm apa2 sahaja isu berkaitan agama. tapi majlis fatwa hanya berdiam.

    ReplyDelete
  22. Terima kasih kepada Tuan Tanah kerana sudi siarkan pandangan saya walaupun nampaknya tidak sehaluan dengan komen-komen yang terdahulu.

    Di sini saya ingin menambah sedikit kepada ayat di atas supaya jelas.

    ... Dia sorang saja dalam dunia ni yang boleh jatuh hukum siapa Islam siapa kafir, dan siapa yang dijamin masuk ke syurga...

    Dan setahu saya juga, fatwa mengenai pengharaman Bersih 3.0 ini dikeluarkan selepas kekecohan itu berlaku. Jika sekiranya perhimpunan itu berjalan lancar dan aman seperti yang dirancang, saya rasa tiada fatwa akan dikeluarkan.

    Merujuk kepada komen saudara yang menyusul, saya sedar dan akui kebenarannya. Sama-samalah kita berdoa semoga pihak-pihak yang berkenaan dapat bertemu dan bermuzakarah. Dan semoga kekeruhan ini dapat diatasi dengan jalan yang baik yang diredhai oleh Allah Taala. Dan semoga agama kita terus dijunjung dan kesuciannya terpelihara dan kita umatnya bersatu dalam keikhlasan dan kejujuran.

    Sekali lagi saya ucapkan kepada Tuan Tanah.

    ReplyDelete
  23. Jgn bimbang saudara sebab sy pasti sahaja menyiarkan apa sahaja komen walau dari sudut pandangan yg berbeza. Beza haluan dan beza pandangan bukanlah musuh bagi saya, melainkan jika ada unsur2 lucah dan cacian serta makian. Cuma kadang2 saya sibuk dgn lain2 urusan dan tugasan hingga menyebabkan saya lambat member respons. Kadang2 sy terlepas pandang, sebab entry saya agak banyak dan adakalanya saya terpaksa menjawab pertanyaan pada entry2 yg lain juga.


    Langsung kpd topik ((Kenyataan saudara dibawah ni amat menarik perhatian saya.)
    ... Dia sorang saja dalam dunia ni yang boleh jatuh hukum siapa Islam siapa kafir, dan siapa yang dijamin masuk ke syurga...


    Perkataan dia sorang saja tu(TGNA) rasanya amat tidak tepat, sbb tokoh2 umno juga seringkali mengkafirkan PAS, atau setidak-tidaknya melabelkan PAS sebagai sesat. Shafie Apdal antara tokoh yg pernah mengeluarkan fatwa pas parti ajaran sesat dan diikuti oleh Ahmad said Terbaru bekas ketua polis, rahim noor negara mengelarkan TGNA sebagai bapa kafir(father of kafir). W/pun Rahim nor menyalahkan NSTP, namun sampai hari ini dia tidak ambil apa2 tindakan terhadap NSTP.Kalau sauara nak tahu di chemor perak, saya pernah haidri ceramah yg disampaikan oleh puteri umno. nak tahu apa katanya : kalau PR memerintah negara, jenazah umat islam tidak lagi dikebumikan tapi dibakar: Ini fitnah perkauman yg dimainkan oleh umno, tapi mufti perak buat tak tahu jer... Ini juga secara tal langsung mengkafirkan pas dan pemimpin pkr yg beragama islam sbb mengebumikan jenazah itu tatacara/syariat islam.Andainya kekurangan tanah perkuburan islam sekalipun, masih boleh didirikan kubur bertingkat.



    Saya ingin bertanya dan harap saudara sudi senaraikan tokoh2 yang pernah dikafirkan oleh TGNA. Dan seingat saya TGNA menggunakan konsep “siapa makan nangka, dia yang terkena getahnya” dan tidak merujuk kepada individu tertentu termasuk dlm isu dosa dan pahala(saya tukarkan sbb istilah kafir mengkafir hanyalah ciptaan musuh2 pas, dan jika ada sila kemukakan). Tak pernah TGNA mengakafirkan Tun Mahathir dan tak pernah juga TGNA mengkafirkan mana2 tokoh umno. Jika ada sila kemukakan…

    ReplyDelete
  24. Utk pengetahuan sahabat, tokoh2 pas yg pernah terlibat dlm mengkafirkan umno, skrg ni sudah berpaling tadah dan menjadi ahli umno. Anatra yg paling lantang dalam isu kafir mengkafir ialah Mohd Noor Idris.

    Tapi tak boleh salahkan mrk 100% dalam isu kafir mengkafir ni sbb pemimpin umno ketika tahun 60-an hingga 80-an terlalu jahil dalam persoalan agama. Mungkin kerana mereka terdedah dgn pendidikan barat sejak kecil lagi dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

    Andainya saudara ke Kelantan(terutamanya) dan cubalah bertanya kepada generasi2 yg berusia 70 tahun ke atas, pasti saudara dapati betapa teruknya ceramah2 umno era itu. Antara lawak yang mempermainkan agama hingga berupaya membatalkan akidah ialah “org2 pas ni asyik buat solat hajat jer, bagilah masa utk tuhan berehat, tuhan pun penat jugak” “ Sikit-sikit api neraka, mana apai neraka, bawa mari sini nak goring keropok lekor” “ Dalam syurga nnt ada Nabi Hadi(sindiran kpd Haji Hadi).

    Jadi kafir mengkafir waktu itu adalah respons terhadap ucapan yg mempermainkan agama oleh pemimpin umno.

    Isu Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan bersih.Jika saudara beranggapan fatwa mengenai pengharaman Bersih 3.0 ini dikeluarkan selepas kekecohan itu berlaku, percayalah ia amat tidak tepat. Sebenarnya sebelum ini lagi(lebih tepat ketika bersih 2.0 tahun lepas), beberapa mufti tertentu, terutamanya Dato Wan Zahidi Wan Teh (pasti sahaja ahli majlis fatwa) telah mengharamkan perhimpunan bersih atas pelbagai alasan, tapi dlm masa yg sama telah berlaku beberapa perhimpunan anjuran NGO- Pro UMNO, tapi mufti tersebut diam membisu.

    Kembali kpd isu bersih 3.0. Belum sampai sebulan peristiwa bersih 3.0, berlaku dan siasatan menyeluruh pun belum diadakan utk mengetahui persitiwa sebenar disebalik kekecohan. Sepatutnya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan utk menyiasat kes ini. Jadi tanpa bukti yg kukuh, bersih 3.0 dihukum haram.
    Untuk pengetahuan saudara, Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man telah pun menyatakan persetujuan untuk menemui mufti Pahang(yg juga ahli majlis fatwa) utk berbincang isu ini. Kita tunggu dan lihat apa hujah mufti Pahang utk mengharamkan bersih.

    Harap majlis fatwa sudi bermuzkarah dgn dewan ulama pas dalam isu ini dan sama2lh kita tunggu keputusannya.

    ReplyDelete
  25. Saya harap saudara Shameel dapat perhati semula komen-komen saya. Komen saya tentang isu TGNA yang sepatutnta diambil perhatian oleh Majlis Fatwa adalah merupakan contoh-contoh yang seperti saudara kemukakan juga. Siapalah kita untuk menghakim apalagi menghukum. Cukup jelas sekali saya hanya sekadar memperingati saudara mengenai kelemahan Majlis Fatwa itu.

    Sekiranya isu-isu yang dibangkitkan ini diberi perhatian yang mendalam oleh Majlis Fatwa, mahu duduk berbincang, saya rasa kita sebagai umat Islam dan bangsa Melayu tidak akan berpecah belah sebegini.

    Sebenarnya saya tidak berminat berhujah untuk mencari siapa yang betul atau salah, sama sekali diluar kemampuan diri saya yang kerdil ini. Jika ada pun tulisan-tulisan saya yang menggemparkan, tetapi kesannya saya harap setakat itu juga. Sekadar memberi kesedaran bahawa isu ini harus ditangani dengan serius dan seberapa segera yang boleh.

    Cukup malang jika kita berbalah sesama sendiri yang akhirnya tanpa kita sedari, tanahair kita ini dijajahi pula oleh bangsa dan agama lain. 13 Mei adalah pengalamat cukup memeritkan walaupun pada hakikatnya ia adalah perbalahan kaum. Bagaimana sekiranya tercetus peristiwa sebegitu sekali lagi, kali ini antara Islam dengan Islam, antara Melayu dengan Melayu. Bayangkanlah!

    Mungkinkah saudara tersalah anggap niat kehadiran saya di sini? Adalah anda punya agenda yang lain dari yang saya dokong iaitu menyatukan semula bangsa Melayu dan memartabat Islam sebagai agama rasmi negara ini?

    Mengenai Bersih 3.0, saya kena selidik kembali tentang fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa itu. Secara logiknya siapa pun tidak mengharamkan Bersih 3.0 sebelum 28/4/2012. Pihak pemerintah dan pihak Polis sendiri ingin memberi kerjasama dalam perlaksanaannya, malah mengesyorkan Stadium Merdeka sepertimana yang diminta ketika Bersih 2.0 dulu. Malah hingga jam 2.00 petang pun suasana masih aman lagi. Ini berlainan sekali dengan Bersih 2.0. Ini pandangan ikhlas saya kerana saya sendiri menyokong niat, hasrat dan perancangan yang diatur penganjur. Sengaja saya hentikan bicara ini setakat jam 2.00 kerana tidak mahu kita berhujah panjang mengenai apa yang sebenar terjadi, siapa yang sebenarnya bersalah. Masing-masing pasti ada pandangan dan pendapat sendiri walaupun melihat gambar yang sama.

    So sekali lagi saya ingin nyatakan niat dan hasrat saya muncul di blog ini, tidak lain dan tidak bukan untuk melihat Majlis Fatwa Kebangsaan sedar dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani isu perpecahan umat Islam dan Melayu ini dengan serius. Bermuzakarah dengan semua bijak pandai yang ada di dalam maupun di luar negara dan keluarkanlah satu keputusan yang adil, saksama, yang dapat diterima oleh semua pihak.

    Begitu juga dengan misi Bersih 3.0. SPR harus duduk semeja dengan BN dan PR dan cari jalan penyelesaian yang benar-benar memuaskan hati semua pihak. Cukup menghairankan. Saya umpamakan di sini sebagai seorang peniaga yang ingin memaksa pelanggan membeli barangnya yang tak berkualiti.

    Maaf sekiranya saya tidak dapat senaraikan apa yang saudara ingini, atau berhujah apa yang saudara ingin dengar.

    Dari ayat saudara yang terakhir itu, itulah juga harapan saya. Namun dari detik ini lagi saya berharap kita semua dapat mengorak langkah merapatkan semula saf kita.

    ReplyDelete
  26. Ini adalah petikan berita mengenai fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan...

    Sepang, 06/05/2011

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan…

    Haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara
    Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas
    Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama
    Umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda

    Pernyataan saya bahawa fatwa ini dikeluarkan selepas kejadian yang tidak diingini ketika Perhimpunan Bersih 3.0 adalah betul.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  27. QalamQabut.
    Terima kasih atas maklumat yg sahabat sertakan. Sebenarnya saya sudah sedia maklum akan tarikh fatwa ini dikeluarkan iaitu sesudah persitwa bersih 3.0. Saya yakin dan amat yakin,semua org tahu akan hakikat ini sebab keputusan majlis fatwa mengahramkan bersih 3.) disiarkan oleh kebanyakkan media.

    Cuma, perlu kita tahu,fatwa ini tidak bermula kerana peristwa bersih 3.0. Terlalu silap andainya kita terpengaruh dgn mainan angka/tarikh tersebut.

    Sebelum mengemukakan fakta dlm isu bersih, saya bawa satu contoh perstiwa ttg persitwa sejarah yg kita semua sedia maklum. Fakta sejarah mengatakan Melaka jatuh ke tangan portugis pada 24 ogos 1511. Jadi adakah kita perlu beranggapan itulah tarikh Melaka dijajah oleh Portugis, dan perlukah kita melupakan serangan2 portugis pada 25 Julai 1511, dan serangan selanjutnya pada 10 Ogos 1511. Bukankah serangan pertama(25 julai 1511) dan serangan kedua(10 ogos 1511)yg memainkan peranan penting dan sekali gus membawa kepada penaklukan ke atas Melaka pada 24 ogos 1511.

    Langsung kepada perstiwa bersih 3.0. jika kita luaskan skop kajian, kita dapati kecenderungan utk mengharamkan apa2 sahaja demontrasi anjuran pembakang telah lama bermula, dan ia smkin ketara selepas kebangkitan rakyat dalam bersih 2.0. Malah sebelum persitwa bersih 2.0,beberapa org ahli majlis fatwa telah mengeluarkan fatwa2 peribadi tentang bersih. Mrk mengharamkan bersih sesuka hati tapi dalam masa yg sama mereka menghalalkan tindakan NGO Pro-Umno melakukan huru hara. Sebelum bersih 2.0, Mufti wilayah persekutuan antara paling lantang mengharamkan bersih dan mufti tersebut memfatwakan sesiapa yg menyertai dan menyokong bersih 2.0 akan rosak imannya. Tapi beberapa hari sesudah itu berlaku pula demontrasi2 di pulau pinang anjuran NGO- Pro UMNO. Bangunan Komtar dikepung oleh mat rempit pro-umno dan keselamatan KM Pulau Pinang terancam, tapi mufti yg sama membisu sahaja. Tidak pula menkafirkn tindakan NGO-Pro UMNO itu.

    Jadi fatwa haramnya bersih 3.0 adalah rentetan dari persitwa itu. Kalau kita menggunakan paksi waras dan wajar, kita dapati amat melucukan proses mengeluarkan fatwa ini. Tak sampai sebulan persitwa bersih 3.0 berlalu, tapi dah keluar fatwa mee segera. Mana kajian, mana siasatan. Siapa yg mencetuskan huru-hara... ini kena disiasat terlebih dahulu oleh sebuah badan yg bebas dan berkecuali.

    ReplyDelete
  28. Saya pernah menerangkan tentang sikap aneh beberapa org mufti tentang perkara ini(mengharamkan demontrasi anjuran PR) dalam sebuah entry saya bertarikh 8 julai 2011. saudara boleh lihat di link kat bawah ini, dan jelas ia sebelum peristwa bersih 3.0

    http://www.bicaradariaku.com/2011/07/saya-bukan-blogger-politik.html.


    Tidak salah utk rakyat meragui ketulusan ahli majlis fatwa dlm mengeluarkan fatwa dan amat tidak salah utk rakyat mendakwa majlis fatwa bias dan pro-umno.
    Utk pengetahuan sahabat, ramai sebenarnya ahli majlis fatwa ni yg pro-umno. Paling ketara mufti wilayah persekutuan bernama Dato Wan Zahidi Wan Teh. Utk pengetahuan sahabat, dia bekas aktivis ABIM yg berkhidmat sebagai guru dan kemudiannya menjadi pensyarah di UKM. Setelah menyertai UMNO, dia menjadi pegawai khas(agama) kpd bekas timbalan perdana menteri Alamrhum Ghafar Baba. Dan dia juga pernah menjadi ahli pemikir (think tank) umno yg dipengerusikan oleh Allllahyarham Dr Hamid Othman. Dia sebaris dgn Dato Zainal Abidin Abul kadir dan Dato Abdul Hamid Zainal Abidin. Dia juga hali unit propaganda/dakyah umno.Jadi bila dia mnjadi mufti, tidak menghairankanlah jika dia cnederung mengaharamkan segala demontrasi anjuran PR dan mengaharuskan segala demontrasi anjuran BN walaupun ia bias menjahanamkan negara.
    Mufti Perak teramat jelas menyokong umno, Kadang dia melaklukan tugasan melebihi pucuk kepimpinan UMNO, kalau tak, masakan dia sanggup merentasi banjaran titiwangsa utk berjumpa TGNA agar membentuk pas bekerjasama dgn umno. dan berkali2 dia mainkan cerita klasik karpal singh suruh langkah mayatnya terlebih dahulu sebelum membentuk neara islam, tapi dlm masa yg sama harusani butakan mata apabila chua soi leck menghina islam.

    http://www.bicaradariaku.com/2012/02/raja-bayangan-allah-di-bumi-kenyataan.html

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikom dan Salam Persaudaraan. Saya amat tertarik dgn pemasalahan yg dibincangkan di dalam kolum ini. Masing-masing mengemukakan fakta dan pendapat masing-masing. Semua itu amat bagus utk mempertajamkan minda masing dan diharapkan dapat membuka mata para pembaca yg membaca dan akhirnya masing-masing mengambil satu pendirian. Tapi sayangnya ada sedikit kelemahan di dalam mengeluarkan pendapat khasnya Saudara Shameel. Agak emosional sedikit di dalam mengutarakan pandangan sehinggakan terkadang tulisan-tulisan atau perkataan yang kurang manis, yang menunjukkan kita sedang dipengaruhi nafsu amarah(Nafsu amarah dikawal oleh iblis)tak sepatutnya keluar atau diucapkan sewaktu perbincangan atau pun perbahasan untuk mencari kebenaran. Di antara perkataan2nya ialah seperti tolol, bahlul, melabelkan seseorang sebagai penganas melayu bersongkok tinggi dan beberapa lagi dirasakan amat-amat kurang sesuai di dalam perbincangan untuk mencari penyelesaian. Di awal mukhaddimah bait-bait perkataan Saudara amat baik tetapi apabila sudah berjela-jela Suadara sudah mula hilang jatidiri sebenar sebagai seorang muslim yang sebenar2nya. Memang kita wajib menegur andainya ada kepincangan demi utk kebaikan bersama tapi kita jangan hilang punca seperti pepatah melayu " Ibarat Menarik Rambut Di Dalam Tepung, Rambut Tak Putus Tepung Tak Berserak". Apatah lagi apabila kita menegur insan yg lebih tua dan lebih ilmu dari kita. Kalau pun kita memiliki ilmu dan pengetahuan yg tinggi dan tahu segalanya perihal dunia ini, kita masih disarankan merendah diri di dalam berbicara. Jadilah seperti pepatah melayu' jadilah rasmi padi semakin berisi semakin tunduk kebawah". Jgn jadi seperti 'Ayam Jantan Kokok Berderai-derai Ekor Bergelumang Tahi".Jgn biarkan di dalam perbincangan mencari kebenaran disusupi Iblis Laknatullah.Ingatlah di dlm setiap perbincangan utk kebaikan agama dan ummah, Iblis Laknatullah paling suka menjadi ahlinya. Teruskan perbincangan. Wassalam

    ReplyDelete