Tuesday 8 May 2012

Khalid Ismath: Pejuang Atau Petualang



Sejujurnya saya serahkan kepada khalayak untuk menentukan. Sesungguhnya persoalan menobatkan seseoarng sebagai wira atau penderhaka, perlu dipuji atau atau dicaci. Wajar dipuja atau dicerca tidak pernah memiliki jawapan yang tepat dan mutlak. Setepat dan semutlak 1+2=3. Hang Jebat juga ditafsirkan sebagai pejuang meskipun ada yang menganggapnya sebagai pengkhianat. Hitler yang dianggap kejam kerana misi korban Hollocoust terhadap puak Yahudi tetap dinobatkan sebagai wira oleh sesetengah pihak. Robin Hood yang diwartakan sebagai penjenayah tetap dijulang sebagai hero dan penyelamat.

Cuma pesan saya satu sahaja, sebelum anda menjatuhkan hukum terhadap Khalid Ismath, anda perlulah memperluaksan horizon pemikiran. luaskan pembacaan dan pelbagaikan sumber bacaan. Sesungguhnya, budaya membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian semata-mata atau menonton berita di TV1,TV2 dan TV3 sahaja merupakan budaya masyarakat paleolitik dan hanya sesuai untuk Perak Man yang 'bersemadi' di Muzium Arkeologi Lenggong.

Di sini, saya ingin paparkan pandangan Dr Asri Zainul Abidin,seorang tokoh agama yang dihormati mengenai Demontasi PTPTN. Yang pasti, beiau tidaklah terlalu memuji dan tidak juga mengeji peserta demontrasi tersebut, sebaliknya beliau memberikan pandangan dan saranan yang cukup membina kepada mahasiswa tersebut. Pembaca boleh juga langsung ke web sitenya, klik SINI

Saya baru sahaja menonton rakaman demonstrasi Mansuh PTPTN oleh sebahagian mahasiswa. Izinkan di sini saya coretkan beberapa pendapat saya tentang hal tersebut;
  • Pertamanya, saya ucapkan tahniah kerana mereka ada keberanian. Itulah sikap sepatutnya bagi anak muda, tidak bacul tetapi bertindak balas dengan persekitaran.
  • Mereka terlalu muda dan sedang menimba pengalaman. Saya rasa tidak salah untuk mereka meneliti beberapa ulasan saya di sini. Mungkin kita berbeza tapi bukan bererti membenci. Pandangan ini mungkin boleh memberikan sedikit manfaat untuk perjuangan mereka yang seterusnya.
  • Adalah hak mereka untuk melaungkan hasrat ataupun berdemonstrasi, namun setiap tindakan sekalipun di medan perang fi sabilillah mempunyai disiplin yang mesti dipatuhi.
  • Saya sedar bahawa kemarahan rakyat bukan sekadar tertumpu kepada isu PTPTN, tetapi korupsi, penyalahgunaan kuasa, gaya mewah ‘orang-orang tertentu’ yang melebihi kewajaran dan lain-lain. Kesemuanya itu membangkitkan kebencian yang berjangkit kepada pelbagai isu yang lain.
  • Pada saya, alangkah baiknya jika mereka mahasiswa yang terlibat hanya melaungkan slogan tuntutan mereka tanpa mengiringinya dengan slogan-slogan yang berbau parti-parti tertentu. Ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan halatuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain, samada pembangkang ataupun kerajaan.
  • Alangkah baiknya jika mereka mengawal bahasa dalam slogan-slogan yang dilaungkan. Orang muda bersemangat tapi juga beradab dan berhemat. Slogan-slogan yang buruk Allah tidak suka dan hanya mengikis simpati mereka yang belum menentukan pendirian.
  • Alangkah baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAH AKBAR mengiring ucapan yang tidak elok. Kalimat Allah itu boleh mengiringi semangat yang membakar dan pendirian yang tegas, tapi amat tidak wajar untuk mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan.
  • Isu samada memansuhkan langsung PTPTN, ataupun menghapuskan bunga (riba/pengurusan) ataupun menyusun semula agar tidak menjadi beban boleh dibahaskan secara ilmiah. Boleh dilihat di sudut positif dan negatif. Isu sebenar bagi saya yang membakar segala isu yang lain ialah wang dan harta negara ini banyak dibelanja secara salah dan tidak telus. Kebocoran di sana sini. Belanja yang melampau pada urusan yang tidak wajar, sedangkan para pelajar yang miskin ataupun kurang kemampuan dipaksa tanggung beban.
  • Jika negara belanja dan diurus secara telus, mungkin memansuhkan PTPTN tidak dilihat begitu perlu, sebaliknya ditimbang semula beberapa aspek dalam PTPTN itu.
  • Mahasiswa hendaklah terus memikul idealisma perjuangan tetapi hendaklah berakhlak dan mempunyai pendirian yang ilmiah dan mantap.

8 comments :

  1. setuju ngan last word dr MAZA tu.."Mahasiswa hendaklah terus memikul idealisma perjuangan tetapi hendaklah berakhlak dan mempunyai pendirian yang ilmiah dan mantap."


    ni citer bukan tgk kt tv3 ke hape kt utube..mana akhlak lam perjuangan mahasiswa d dataran merdeka tempoh hari? panggil org yg masih idup sebagai arwah, mendiang? siap kalung bunga cam ritual orang india lagi tu..

    I just don't think thats not the proper way of showing the protest and I do support Student Power, but this isn't the way.

    ReplyDelete
  2. sokong bab budaya membaca UT & BH @ tgok Tv 1,2,3 tu sbb kite mmg tak leh tumpu pada media arus perdana je...

    kena gak baca2 dr sumber lain baru adil dan dpt berita yg tepat kan...

    ReplyDelete
  3. Titisan Hujan .
    belia skrg diklasikasikan golongan yg berumur 15-40 tahun mengikut akta belia 2007 dan terbaru ada cadangan utk kateogri belia kepada umur 30 tahun sahaja.

    ReplyDelete
  4. Ahmad Saufe.
    Pandangan bro ada benarnya jugak .Mungkin kerana mereka ni masih lagi dalam usia yg agak remaja sbb dan sebab tu mungkin terlalu ikutkan perasaan.

    Sejujurnya, keberanian mereka saya kagumi,cuma sesetngah tindakan mereka itu amat kurnag wajar.

    Terdapat juga kes golongan veteran yg tidak matang2, namanya Mohd Ali Jiman. Dia hadiahkan seluar dan baju dalam wanita serta kek berbentuk tahi kpd KM Penang. Dia juga hadiahkan keranda kpd YB dari PR di Penang. Tapi malangnya perbutan tersebut tidak dibisingkan oleh media.

    ReplyDelete
  5. mamaNoriz.
    Kalau tak dipelbagaikan bahan bacaan,kita akan jadi bias. Begitu juga dgn penyokong PR, mereka juga tidak boleh hadkan pembacaan kpd Harakah, Suara Keadilan dan Roket sahaja.

    ReplyDelete
  6. setuju dengan pandangan dr MAZA..

    ReplyDelete
  7. S..U..D..@..I..S .
    Pandangan DR MAZA itu melambangkan kematangannya sebagai seorg ilmuan dan ulama yang berwibawa.

    ReplyDelete