Sunday 6 May 2012

Orang Mati Dapat Mendengar




Saya sekadar memaparkan jawapan dari Ustaz Mohd Zawawi Yusoh, yang pernah disiarkan dalam akhbar Bacaria Edisi Rabu,bertarikh 16 Jun 2004.

Beliau merupakan seorang tokoh agama yang tidak asing lagi di Malaysia,juga seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM).




Mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran dengan berpandukan zahir teksnya, tanpa merujuk kepada tafsir-tafsir yang muktabar akan menyebabkan tersasarnya maksud dan terselewengnya makna.

jika dirujuk Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, istilah mati dalam ayat tersebut merujuk kepada matinya hati disebabkan kekufuran. jelas, ia bukannya mati fizikal tapi mati hati.



Yang dimaksudkan di dalam kubur itu hanyalah satu permisalan(perumpamaan) kepada orang -orang yang sudah mati hatinya.







Telah disebut dalam hadith Ibnu Abbas RA, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seseorang itu melalui kubur saudaranya yang Mukmin yang pernah dikenalinya di dunia, kemudian dia memberi salam kepadanya, melainkan saudaranya itu (yang telah mati) mengenalinya dan menjawab salamnya.” Ibnu Mubarak berkata: Hadith ini telah thabit daripada Nabi SAW dan telah disohihkan oleh Abdul Haq, pengarang Kitab al-Ahkam. (Majmu` Fatawa Ibnu Taimiyyah, 24:331)

Sekalipun mayat boleh mendengar pertuturan orang yang hidup dan memahami maknanya, tetapi mereka tidak boleh menjawab seruan orang yang menyeru dan tidak boleh melaksanakan perkara yang disuruh dan yang dilarang.

Info lanjut, langsung sahaja ke Yayasan Sofa.

14 comments :

  1. Perkongsian yang baik... talkin utk yg hidup, spy menginsafi diri...

    ReplyDelete
  2. Semoga bersama-sama memperolehi manfaat dari N3 ini..Terimakasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  3. Muhammad Izuan.
    Ttg talkin, kemampuan si mati utk menjawab adalah berdasarkan amalannya semasa hidup

    Tapi kena akui, talkin itu memberi pengajaran kpd si hidup yg hadir pada majlis pengebumian.

    Sebenarnya khilaf ulama ttg isu ini. Yg pasti, si hidup terutamanya si anak perlulah sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keampunan org tuanya di alam kubur.

    ReplyDelete
  4. Eye_nee.
    Trima kasih juga Eye_nee ats kunjungan. Moga dpt ambil manfaat dari entry ini.

    ReplyDelete
  5. sudah lama tidak berkunjung

    terima kasih.perkongsian yg sgt menarik

    ReplyDelete
  6. Titisan Hujan .
    Trima kasih ats kunjungan. Moga dapat dimanfaatkn.

    ReplyDelete
  7. talkin sgt menafaat utk orang hidup

    ReplyDelete
  8. Sentiasa mendoakan untuk yang ada dan tiada.

    ReplyDelete
  9. Semoga hati kita tidak mati...

    ReplyDelete
  10. S..U..D..@..I..S.
    saya setuju dgn sahabat. Ia mampu mengingatkan si hidup agar mengingati mati

    ReplyDelete
  11. Cikli .
    Dgn doa yg ikhlas insha-Allah akan dimakbulkan Allah

    ReplyDelete
  12. cikguNae.
    Hati yg mati umpama mati sebelum mati

    ReplyDelete
  13. Salam Shameel,

    Terima kasih berkongsi perkara yang baik.

    ReplyDelete
  14. Semoga hati ku tidak mati sebelum aku mati

    ReplyDelete