Saturday 19 May 2012

(Video)Naib Ketua Pemuda Umno Kampar Mengamuk Dan Isytihar Keluar Parti



BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya.

Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

"Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.

"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sumber :Naim Nikmat


Info Tambahan:

(Tertarik dengan satu komen di youtube tersebut) aku sokong dia keluar umno, tapi aku x sokong alasan dia keluar umno... keluar psl x dpt projek... mmg banyak pemimpin umno yg mcm ni... duk dlm umno sebab materialistik, bukan duk dlm umno nak bantu kaum melayu...

Secara peribadi saya tertarik dengan rasuah seks yang semakin menjadi-jadi dalam negara kita. Baru-baru ni, akhbar arus perdana turut memperkatakan isu ini, dan kali ini isu ini turut diakui oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar menerusi kata-katanya :

"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.


Lihat juga kisah pemimpin politik yang menukar jantinanya, lihat --> Jiwa Hamba

5 comments :

  1. Kump. Adik2 Keluar UMNO.
    Trima kasih ats info dan link yg disertakan. Nnt sy terjah link2 tu. Trma kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. dah tiba musim orang keluar masuk parti sekarang ni

    ReplyDelete
  3. Ekeleehh bila xdapat projek mengamuk lah. Tu Dato dah lulus kelam kabut nak masuk parti balik. Dasar keturunan pas. Masuk umno nk kumpul harta. Dapat makan seorang. Gaya serupa pondan.

    ReplyDelete
  4. Gila pasior.

    ReplyDelete
  5. [url=http://seotools.overblog.com/]seo tools[/url], Tr¨¨s bonne convention Agile, scrapebox conforme ¨¤ cette reproduction, emballage soign¨¦
    i truly wanted the way they seemed to be, although possibly even placing your order a pair of dimensions more compact subsequently usual, all the feet fitbut the particular leg-portion was initially much too big. seemed i'd personally manage to deliver scrapebox proxy therefore to their extensive levels,however far too much "slouching" constructed who impossible.
    I personally use typically the [url=http://linkbuilding1.overblog.com/#linkbuilding]link building[/url] whenever Meet new friends some sort of nice/ classy look and feel. In that respect there good for which often!
    I thought the [url=http://scrapebox.overblog.com/]scrapebox[/url] was great . Its extremely style though and good so I'm finding a new a single to replace my defected 1.
    Everything approximately many are awesome, I am so many adds to and i'm the one I do know of the features backlink tools !!!!!
    My partner and i delivered a pair on grey colouring I really enjoy these people just where these products many!! Just how much on earth do you thoroughly clean these folks? When i directed the cleaner out of the link building software retail outlet nonetheless hardly any guidance was included with this baby bottle an individual people satisfy urge

    ReplyDelete