Monday 25 March 2013

Dr. Uthman El- Muhammady kembali ke Rahmatullah



Tokoh agama terkenal, Dr Uthman el-Muhammady kembali ke rahmatullah. Berita duka ini ,saya terima sekitar pukul 10.00 PM tadi, menerusi SMS. Sesungguhnya negara telah kehilangan seorang ilmuan islam yang telah banyak mencurahkan jasa. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang soleh. Al-Fatihah.


Biodata Ringkas Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady 

  • Ustaz Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim pada 1 Februari 1943 
  • Bermula pendidikannya dengan bersekolah Melayu, kemudian memasuki “Special Malay Class” tahun 1943 di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya menjadi Maktab Sultan Ismail, atau “ Sultan Ismail College” hingga ke Tingkatan 5.
  • Beliau kemudiannya mengambil Higher School Certificate (HSC) di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedah. 
  • Pada tahun 1963, beliau memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam tahun 1966. 
  • Kemudian beliau menjadi tutor dan mendapat M.A. tahun 1969. Beliau terus mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM hingga ke tahun 1973 
  • Apabila beliau kembali ke Kelantan untuk menumpu masa sebagai seorang penulis dan pendakwah bebas. 
  • Pada tahun 1995, beliau dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha-usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah.

8 comments :

  1. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. aamiin

    ReplyDelete
  2. Nazmin Nazifa εїз.
    Umat islam di Malaysia khususnya kehilangan seorg tokoh agama yg banyak berjasa.

    ReplyDelete
  3. Bru tau bile terbaca blog ni..alfatihah utk arwah..hilangla sorg ilmuwan..

    ReplyDelete
  4. al-fatihah...beliau nampak sihat je dr pandangan mata saya, tak sangka..

    ReplyDelete
  5. Janji Allah tentang kematian itu benar dan tiap yang hilang pasti berganti. Al-fatihah untuk seorang ilmuan yang telah berjasa pada agama, bangsa dan negaranya.

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah..
    sedih bila seorang lagi ulama negara di jemput pulang ke rahmatullah..:(

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah buat arwah,semoga rohnya dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  8. yelah...hilang sorang lagi ilmuan islam...moga ramai lagi yg akan tumbuh menggantikan beliau

    ReplyDelete