Saturday 2 March 2013

Semporna pula terancam : Seorang anggota polis terbunuh dan dua lagi cedera.


SEMPORNA: Seorang anggota keselamatan terkorban manakala dua lagi cedera dalam pertempuran dengan penjenayah bersenjata di Kampung Simunul, di sini, iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Lahad Datu, malam tadi. Insiden berkenaan disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan difahamkan, anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau sudah berada di kawasan berkenaan bagi memberi bantuan. 

Kelmarin, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban manakala tiga lagi cedera selepas berlaku apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara. Dua belas anggota penceroboh daripada kumpulan berkenaan dilaporkan turut terbunuh. 

Sumber:Metro

2 comments :