Tuesday 5 March 2013

Insiden di Lahad Datu: Membongkar dalang di sebalik pencerobohan

Manila Bulletin


Siapakah yang menjadi dalang di sebalik pencerobohan di Lahad Datu oleh lanun-lanun yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu. Inilah yang menjadi teka-teki yang amat merimaskan. Semua pihak tertanya-tanya dan samapi ke hari ini belum ada jawapan yang tetap dan tepat. Walaupun begitu, sebagai manusia yang waras, kita pastinya ingin mengetahui jawapan disebalik teka-teki ini. Meskipun jawapan itu tidaklah teramat tepat dan tersangat benar serta terlampau sahih sebagaimana tepat, benar dan sahihnya jawapan untuk soalan satu tambah dua, jawapannya tiga. 

PM,Najib bersama Sultan Esmail Kiram


MEDIA ASING YANG MAHA BERKUASA. 


1. Anwar Ibrahim Adalah Dalang Utama. 

Tersebar dalam media Filipina, kononnya Ketua Pembakang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi dalang utama di sebalik pencerobohan Tentera Diraja Kesultanan Sulu. Berita ini kemudiannya disebarluaskan oleh media-media Malaysia, terutamanya Utusan Malaysia dan TV3. Seantero Malaysia cuba diyakinkan Anwar Ibrahimlah manusia yang bertanggungjawab ‘menjemput’ penceroboh datang ke Lahad Datu. 

Akibatnya mengamuklah sesetengah NGO dan mereka menuntut siasatan dijalankan sesegera mungkin. Malah, ada segelintir manusia terlampau, termasuklah seorang ustaz yang ‘berfatwa’ Anwar Ibrahim layak dipenggal kepala kerana bersubahat dengan penceroboh dan mengkhinati negara.

P/S: Golongan manusia terlampau ini saya ketemui ketika sedang minum di sebuah restoran di Kota Bharu. Perbualan mereka amat menarik perhatian saya,lantas saya mendengarnya dengan cermat dan teliti. 

Begitulah hebatnya media asing. Telampau hebat hinggakan kandungan atau laporannya dianggap benar dan sahih sesahih Al-Quran. Isi kandungan media asing pula dianggap bebas dari kepalsuan sebagaimana kitab Sahih Bukhari. Wartawan-wartawan dan editor-editor media asing pula dianggap boleh dipercayai setaraf Imam Bukhari dan Muslim. Tulisan-tulisan mereka samataraf dgn riwayat bertaraf Muttafaqun alaih. 

Walau bagaimanapun Kesultanan Sulu menafikan dakwaan penglibatan pembangkang Malaysia dalam insiden di Sabah. “Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III  dipetik dari interaksyon.com bertarikh 4 Mac lalu.


2. PM,Datuk Seri Najib Tun Razak Dalang Pencerobohan.

Janji manismu dan janji tinggal janji atau lebih tepat lagi janji tidak ditepati dikatakan menjadi punca pencerobohan Tentera Diraja Kesultanan Sulu. Siapa yang berjanji dan apa yang dijanjikan. Ini yang menyebabkan isu ini menjadi semakin menarik dan menawan.

Pada 21 Febuari 2013, portal berita Filipina (lihat gambar paling atas) mendedahkan sebab mengapa Tentera Sultan Sulu menceroboh Sabah. Manila Bulletin telah memetik kenyataan oleh Nur Misuari , pengerusi Moro National Liberation Front (MNLF) yang mendakwa Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ada menjanjikan tanah atau penempatan di Sabah kepada tentera Sultan Sulu. Rupa-rupanya, mereka datang untuk menuntut perkara yang dijanjikan terhadap mereka oleh Presiden UMNO.

Jadi, ke manakah menghilangnya segelintir NGO yang selama ini menjadikan laporan media asing sebagai rukun iman yang ke tujuhnya. Mengapa mereka tidak mendesak agar Najib disiasat dan dibicarakan atas kesalahan bersubahat dengan penceroboh sekali gus menjadi punca pertumpahan darah di Lahad Datu dan Somperna. Mengapa NGO-NGO ini berdiam diri atau mereka telah bertukar status menjadi GRO. Mengapa pula TV3 tidak menyiarkan semua ini. Inilah sepak terajang politik.


PENDEDAHAN MUTALIB M.D

Mutalib M.D adalalh mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, dan kini merupakan antara penulis terkenal di Sabah. Dia seorang yang sangat berani dan telah banyak membuat pendedahan berkaitan isu-isu sekitar Sabah termasuklah isu kewarganegaraan segera terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) di Sabah. Keberaniannya terbukti apabila beliau menulis sebuah artikel tentang Dr Rais Yatim(kes rogol amah), akibatnya beliau di saman oleh menteri tersebut. Jadi, artikelnya tentang dalang di sebalik pencerobohan di Lahad datu perlu diambil perhatian. Ini kerana, artikel tersebut adalah artikel berani mati dan tindakannya menulis artikel tersebut merupakan perbuatan ‘membunuh diri’ andainya tidak disertai dengan fakta dan data yang kuat, sahih dan menyakinkan.

Lagi menarik  pendedahannya itu adalah berdasarkan pengalaman peribadinya serta maklumat risikan petugas SabahKini. Lebih lanjut tentang pendedahan itu, langsung sahaja ke -->SINI 

Jika kita ikuti kronologi pencerobohan Tentera Diraja Kesultanan Sulu dari awal lagi, kita dapati mereka juga ingin menziarah individu tertentu yang terlantar sakit di Hospital Lahad Datu. Malangnya,identiti individu tersebut tidak disebarluaskan oleh media, lalu ia menjadi sebuah tanda tanya. Dan, di sinilah seluruh warga Malaysia perlu berterima kasih kepada Mutallib M.D kerana beliau telah mendedahkan indentiti invidu yang ingin diziarahi oleh penceroboh Sulu ini. Individu tersebut bernama Ahmad Malandi(Mat Bom),iaitu Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk. 

Menurut beliau, Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali. Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa. Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung. Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2. 

Jujur dan ikhlas, naluri saya seakan-akan berbisik, pendedahan Mutallib M.D adalah benar. Ini kerana pendedahannya ini adalah bersifat berani mati memandangkan beliau pernah dikenakan tindakan undang-undang sebelum ini gara-gara artikelnya tentang Dr Rais Yatim. Dan, beliau bakal mengulangi episod celaka andainya pendedahannya ini palsu. Lagi menarik, sebab semalam, kenalan saya di Lahad Datu mengakui pernah mendengar kisah Mat Bom ini dan Mat Bom agak popular dalam kalangan warga felda Sahabat Lahad Datu. Kenalan saya juga memaklumkan Mat Bom kini dalam keadaan tenat. 

Jadi apa cerita sekarang ini. Mana satu yang benar dan satu yang palsu. Diharapkan siasatan diadakan sesegera mungkin dan tindakan undang-undang perlu diambil terhadap dalang pencerohan tersebut. Tak kisahlah, sama ada Anwar atau Najib mahupun Ahmad Malandi(Mat Bom).

9 comments :

  1. :: Mrs.Eady ::.
    Inilah mslhnya sbb masing nak meraih sokongan dan menjatuhkan pihak lawan.

    ReplyDelete
  2. ini smua politik...agama pon blh jdi truhan... biarkn Allah yang mnntukn hlatju strusnya...

    ReplyDelete
  3. scra jjur brni k bliau tu mti??? politik agama pon blh jdi truhan..
    xmlu k dgn ank kcil yg khilngn bpa mrka ktika seawl usia tu.. adkh tuan khilng bpa ktka usia tu...memngang status yatim...lbih baik tuan skrng brdoa agr ia slesai...tuan hnya dduk di kelantan...dn tdik prgi k sna utk mnjdi pnyelmat???tuan tdak mmbri smbngn ap dgn hnya mlporkn artikel brani mti.. swjarnya tuan hrus mmikrkn cra utk mlibtkn dri utk mmbntu parajurit di luar sna...bkn meng up date status blog...lbih baik tuan muhasabh dri...sy bgtu knl spa tuan...jika tidak aq mnjdi pwra utk mrka..biarlah aq mnjdi pedoa utk merka...sya hrp tuan brsa mlu dgn ank kcil trsbut..tuan x mmprthnkn ngra..jdi jgn brckp seumpma tuan brda di sna...

    ReplyDelete
  4. setuju..daripada asyik dok bertelagah menyalahkan sesama sendiri lebih baik kita berdoa utk semua ni cepat2 selesai dan tiada lagi yg terkorban..tetapi juga tak salah kita mengkaji dan semua org berhak mengetahui apa yg sebenarnya berlaku.yg bersalah tak boleh dibiarkan terlepas tanpa hukuman.berani mati xsmestinya perlu ke medan. berani menyebarkan kebenaran juga boleh diberi kredit.bukan semua org dilahirkan untuk menjadi pejuang dimedan.ada juga diberi kebolehan dari segi penulisan dan lantangya pendapat serta hujahnya. kerana di malaysia ni sesiapa sebarkan perkara kebenaran yg menceritakan penyelewengan kjaan akan menerima padah.

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat admin. Pendedahan yg berkesan sekali. Tahniah juga coz cuba utk tidak berpihak kpd mana2 pihak baik PR mahupun BN.Ini berdasarkan kesimpulan atu harapan admin kt y sy copy & paste balik

    ''Diharapkan siasatan diadakan sesegera mungkin dan tindakan undang-undang perlu diambil terhadap dalang pencerohan tersebut. Tak kisahlah, sama ada Anwar atau Najib mahupun Ahmad Malandi(Mat Bom)"

    Kdg2 blogger mcm admin amat diperlukan. Sbbnya blogger PR akn cenderung kpd PR n blogger BN akn cendcerung kpd BN. Tpi admin cuba utk tidak berpihak kpd mana2 parti n hanya mendedahkan isu.


    Tahniah sekali lagi buat admin sebab mengambil langkah berkecuali n teruskan dgn pendekatan berkecuali.

    ReplyDelete
  6. Pencerahan yg menarik. Najib salahkan Anwar dan skunk media filipina kata najib yg terlibat. Ke mana Najib nk sembunyikan keMALUANnya.

    Harap bro sudi dtg ke blog gua
    http://jiwa-hamba.blogspot.com/2013/02/gempar-rosmah-mansor-mengamal-ilmu.html

    ReplyDelete
  7. Pencerahan yg menarik. Najib salahkan Anwar dan skunk media filipina kata najib yg terlibat. Ke mana Najib nk sembunyikan keMALUANnya.

    Harap bro sudi dtg ke blog gua
    http://jiwa-hamba.blogspot.com/2013/02/gempar-rosmah-mansor-mengamal-ilmu.html

    ReplyDelete
  8. kat sini kisah lahad datu ye,erm gud info

    ReplyDelete