Thursday 28 March 2013

HARI INI DALAM SEJARAH: DUN NEGERI SEMBILAN TERBUBAR SECARA AUTOMATIK

Peta Negeri Sembilan



Sistem pentadbiran dan pilihan raya negara ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri hari ini. Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari. 

Ini adalah kali pertama Dun sebuah kerajaan negeri terbubar dengan sendiri - berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pilihan raya umum yang lalu. Dun terbubar dengan sendiri di sebalik spekulasi berterusan Parlimen akan dibubarkan. 

Lebih Lanjut: Sinar Harian 

Info Tambahan: 

Hari ini dalam sejarah dan ia sewajarnya dikenang oleh rakyat Negeri Sembilan. Oleh itu, amatlah wajar jika 28 MAC dijadikan sebagai cuti umum di Negeri Sembilan.

4 comments :

  1. Entah bila lah kan PRU ni Cikgu?.
    N9 dah bubar..negeri2 lain tak tahu bila plak..:)

    ReplyDelete
  2. aTieYusof Family.
    Dah tak lama dah rasanya sebab 30 Mac ni automatik parlimen terbubar.

    ReplyDelete
  3. menunggu untuk PRU 13 nie...kalau dh di suruh bubar kenapa nk dalih2...

    ReplyDelete