Sunday 3 March 2013

Menyelongkar sejarah Kesultanan Sulu dan tuntutan terhadap Sabah.



Kesultanan Sulu mula hangat diperkatakan apabila berlakunya insiden pencerobohan di Lahad Datu. Ini gara-gara tentera penceroboh mendakwa mereka adalah angkatan Tentera Diraja Sultan Sulu. Sebelum melanjutkan penulisan, ingin saya tegaskan, entry ini berdasarkan sebuah buku yang berjudul Tausug & Kesultanan Sulu yang ditulis oleh Asreemoro(Julasri Hajad). 

Buku setebal 216 halaman ini amat bererti dan bermakna untuk memahamkan kita akan sejarah Kesultanan Sulu. Walaupun begitu, saya tidak pula mendakwa buku ini sebagai ‘amat tepat dan sangat benar’ sebagaimana tepat dan benarnya jawapan untuk soalan satu tambah dua, iaitu tiga.

Terdapat banyak fakta-fakta ilmiah dan menarik yang dipaparkan di dalam buku ini, antaranya ialah tentang Salasilah Kesultanan Sulu, Wilayah sebenar Kerajaan Sulu, ‘Pergelutan’ kuasa antara keluarga KIRAM dan ARANAN, peristiwa pembunuhan Jabidah 1968, Perang Moro dan Isu tuntutan terhadap Sabah. 

Mungkin ada pihak yang tidak menyetujui dan sekali gus menganggapnya sebagai jenayah ilmiah, maka saya menyeru agar lakukanlah kerana ilmu dan atas kapasiti intelektual, jangan sekali-kali secara membabi buta dan membuta tuli. 

Selain itu, anda boleh juga menyelongkar sejarah Kesultanan Sulu dengan mengutip mutiara ilmu mengenai sejarah Kesultanan tersebut di blog milik penulis buku ini, iaitu Tausug Global 

P/S : lihat juga blog keturunan/keluarga KIRAM, iaitu Kiram Family. Ini kerana umum mengetahui ketua penceroboh di Lahad Datu yang mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, iaitu Sultan Jamalul Kiram III adalah dari keluarga KIRAM. 
 

5 comments :

  1. pening jugak masa baca kat blog dia..sbb byk sgt info sejarah.

    tapi betullah..kesahihannya mmg kita tak dpt pastikan sbb bukan ahli sejarah.

    ReplyDelete
  2. Ujie.
    Memang agak pening sbb tu saya cenderung baca bukunya dulu

    ReplyDelete
  3. Sejarah ini memang agak panjang dan berbelit perlu diselusuri dengan teliti supaya tuntas permasaalahnya.
    Bab sejarah...,saya memang suka.

    ReplyDelete
  4. Pada saya, buku Tausug & Sejarah Kesultanan Sulu tulisan sdra asree bukan karya sejarah tetapi lebih kepada cerita mitos versi moden. Ia tak ubah sprt Hikayat Merong Mahawangsa moden yang penuh dengan cerita2 rekaan yang sememangnya cuba mengangkat bangsa tausug & Kesultanan sulu yang lenyap di muka bumi ini....., isi kandungannya lebih byk yang bercorak khayalan dan fantasi penulis sendiri drp fakta2 empirikal....

    ReplyDelete