Monday 22 April 2013

FAKTA PENTING PILIHAN RAYA UMUM DI MALAYSIA




PILIHAN RAYA PERTAMA 

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Jun 1955 adalah pilihan raya pertama sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Seramai 129 orang calon yang bertanding untuk merebut 52 kerusi Parlimen. 

Keputusannya ialah Parti Perikatan( kini dikenali sebagai Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Manakala, baki 1 lagi kerusi dimenangi oleh Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP) –kini dikenali sebagai PAS. Lagi menarik , kerana kerusi yang dimenangi oleh PAS ialah di Kerian Perak dan bukannya di Kelantan.

PENGUNDI PALING RAMAI 

Kawasan Parlimen Kapar di Selangor memiliki bilangan pengundi paling ramai, iaitu seramai 112,224. Jumlah ini hampir menyamai jumlah pengundi di Perlis,iaitu seramai 120,081 orang.

UNDI ROSAK PALING SEDIKIT

Undi rosak paling sedikit dicatatkan ketika PRU 1959. Hanya 1.82% bagi kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri(DUN) 

Agak menghairankan kerana jumlah undi rosak ketika PRU 2008 ialah sebanyak 175,680 untuk kawasan Parlimen dan 146,781 undi untuk DUN. 

Adakah ini bermakna rakyat pada tahun 1959 lebih cerdik dan berpendidikan berbanding rakyat pada tahun 2008. Atau ada maksud yang tersirat? 

TEMPOH KEMPEN PALING PENDEK.

Tempoh kempen paling pendek atau singkat ialah ketika PRU11 pada tahun 2004, apabila tarikh penamaan calon dan mengundi ditetapkan pada 13 dan 21 Mac 2004. Tempoh berkempen hanyalah selama 8 hari sahaja. 

P/S: PRU11 pada tahun 2004 juga menyaksikan BN menang besar dan parti pembangkang pula mengalami kekalahan yang amat teruk. PKR hanya memenangi Parlimen Permatang Pauh. PAS pula menyaksikan kekalahan beberapa orang pemimpin kanannya, termasuklah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang tewas di Parlimen Marang. Satu-satunya kerusi Parlimen yang dimenangi oleh PAS di luar Kelantan ialah di Parlimen Pendang, Kedah. 

Lagi malang, PAS hampir-hampir kehilangan kuasa di Kelantan. Ini kerana PAS hanya menguasai 24 kerusi Dun dan BN pula 21 kerusi. Nasib PAS bertambah malang kerana jumlah kerusi yang dimenangi oleh PAS berkurang menjadi 23 kerusi apabila tewas kepada BN dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir. Akibatnya PAS mengusai Kelantan dengan 23 kerusi dan BN pula memperolehi 22 kerusi. Satu Kerusi sahaja yang menyelamatkan pemerintahan PAS di Kelantan.

CALON YANG TAK PERNAH KALAH.

Tun Ghafar Baba adalah satu-satunya calon yang sentiasa memenangi semua kerusi yang ditandingi. Beliau bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) pada tahun 1955 dan 1964. Pada tahun 1969, beliau mula bertanding kerusi parlimen sehingga bersara daripada politik. 

PALING LAMA BERKHIDMAT 

Tengku Razaleigh Hamzah berkhidmat sebagai ahli Parlimen selama Sembilan penggal. Beliau bermula dengan memenangi kerusi Parlimen Kelantan Barat pada PRU 1974. 

UNDI PALING BANYAK

Majoriti undi paling banyak, iaitu sebanyak 54,073 undi diperolehi oleh Datuk Seri Shahrir Samad pada PRU 2004 bagi kerusi Parlimen Johor Bahru. 

UNDI PALING SEDIKIT

Calon bebas, Yusof Nasir memperolehi undi paling sedikit, iaitu sebanyak 9 undi dalam pertandingan merebut kerusi DUN Sukau, Sabah pada PRU 2008. 

CALON PALING TUA 

Calon paling tua ialah nenek Maimun Yusuf,89 tahun yang bertanding untuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU 2008. Beliau juga turut bertanding di Parlimen yang sama pada 5. Mei. 2013.

12 comments :

  1. semoga pilihanraya kali ni melakar sejarah baru....sejarah yang akan disebut-sebut orang sepanjang zaman...

    ReplyDelete
  2. Ummiarissa Mahdi.
    Tak mustahil sejarah akan tercipta dlm PRU13.

    ReplyDelete
  3. Perubahan yang dinanti2 kan..
    moga proses pilihan raya berjalan lancar..;)

    ReplyDelete
  4. aTieYusof Family.
    sama2lah kita mendoakan agar PRU13 ni berjalan dgn lancar dan dapat memenuhi tuntutan golongan terbanyak

    ReplyDelete
  5. Normi Nieza.
    Yup, sy org kelate. Asal bachok. Kelate jugakah.

    ReplyDelete
  6. kesiannya dgn nenek maimun tu...dia patut berehat je...huhu...

    ReplyDelete
  7. wahida .
    Kalo sy mengundi kt kuala terengganu, sy undi nenek maimun sbb kesian kat dia. kira undi kesianlh.hehehe.

    ReplyDelete
  8. Tulah pasal Makcik maimun tu sanggup masuk bertanding lagi tahun ni Shameel sebab yg penting tercatat dlm sejarah! haha

    ReplyDelete
  9. hainom OKje.
    Betul jugakkn. Skrg namanya sudah tercatat dlm sejarah negara. mungkin 10 tahun akn dtg, namanya akan tercatat dlm buku teks sejarah dlm bab pilihnaraya n demokrasi di Malaysia.

    Kalau di peringkat IPT, namanya tentu sahaja akan ditulis dlm tesis berkaitan politik tanah air.

    ReplyDelete
  10. salam..
    mari kita undi buat demi tanggungjawab

    ReplyDelete
  11. mycahayacinta@gmail.com.
    setuju dgn sahabat. Kita undi demi negara.

    ReplyDelete