Wednesday 3 April 2013

MEDIA BARU DAN PENGARUHNYA TERHADAP PRU-13



Dalam entry ini saya tidak berminat untuk membicarakan secara panjang lebar tentang definisi atau takrif Media Baru. Apa yang pasti, media baru amat berkait rapat dengan penggunaan internet, malah internetlah yang menjadi denyut nadi dan degup jantung kepada kewujudan media baru. Dan, yang pasti juga, media baru kini sedang menjajah dunia. Blog, web site, laman sosial, You Tube dan juga portal berita, merupakan sebahagian daripada media baru. 

Media baru mula mendapat perhatian masyarakat kerana penggunaannya yang mudah serta senang diakses. Mungkin, bagi sesetengah orang, media baru terutamanya Facebook sekadar medium untuk mengisi kekosongan waktu, namun sangat ramai sebenarnya pengguna media baru yang terdiri daripada manusia-manusia yang tidak ingin berterusan dalam keadaan ‘pekak dan buta’, lantas mereka menjadi penagih maklumat dan pencinta fakta. 




Di Malaysia, jumlah rakyat yang mendapatkan maklumat menerusi laman sosial terutamanya Facebook ialah seramai 13 juta orang. Jumlah ini jauh mengatasi, bilangan rakyat yang mencari maklumat menerusi TV, iaitu sekitar 3 juta orang dan menerusi surat khabar, seramai 2.5 juta orang.


Pengerusi Unit Media Baru Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz sendiri turut mengakui kuasa dan kekuasaan media baru, termasuklah dalam memperkuatkan jentera sesebuah parti. Katanya lagi. semua ini berlaku kerana Malaysia mencatatkan kira-kira 13 juta pengguna Facebook dan dua juta pengguna Twitter.

Di pihak Pakatan Rakyat, Ustaz Tuan Ibrahim bin.Tuan Man, awal-awal lagi telah menyeru agar semua pihak dalam PAS dan Pakatan Rakyat, sama ada di peringkat dewan-dewan dan kawasan-kawasan, agar memanfaatkan media baru dengan sebaik mungkin bagi menumbangkan BN pada PRU-13 yang akan datang

Begitu juga dengan populariti YouTube yang mencatatkan lebih 1 bilion pengunjung setiap bulan bagi menonton pelbagai klip video. Hari ini, ia menjadi platform paling berpengaruh dalam landskap media hari ini, selain Facebook( lihat Sumber).

Perlu difahami, sesungguhnya media baru amat kuat pengaruhnya. Ini kerana maklumat yang disampaikan menerusinya mampu melebar tanpa sekatan dan meluas tanpa sempadan. Lihat sahaja apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir, betapa kuat dan meluasnya pengaruh facebook dan Twitter, sehingga ia mampu menoktahkan hayat politik Hosni Mubarak di Mesir dan Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia. Lihat juga apa yang berlaku dalam negara, atau lebih tepat lagi ketika Pilihan Raya Umum ke-12(PRU-12). Betapa hebatnya media baru hingga ia mampu mengubah landskap politik negara. Tsunami politik yang berlaku ketika PRU-12, pasti sahaja menjadi mimpi ngeri buat penguasa Putrajaya. Dan, menjelang PRU-13 yang bakal menjelma tidak lama lagi, media baru pasti sahaja akan dimanfaatkan semaksimum mungkin.








Media Baru Dan PRU-13.


Selain portal berita, Blogger dan Facebooker turut memainkan peranan untuk menyebar maklumat dan membeli sokongan orang ramai. Baik Barisan Nasional(BN) mahupun Pakatan Rakyat(PR), masing-masing mempunyai ‘tentera’ yang terdiri daripada blogger dan facebooker. PapaGomo dan kickdefella adalah antara blogger yang menjadi pejuang Barisan Nasional. MiloSuam, Perisik Rakyat, Kelab Greenboc dan Tukar Tiub adalah Mujahid Pakatan Rakyat. Sama ada blogger BN mahupun PR, masing-masing cuba mempamerkan siapa DEWA PENYELAMAT dan mendedahkan siapakah IBLIS LAKNAT.

Berpaksikan waras dan wajar yang dipandu oleh ilmu dan iman, umat islam mestilah berhati-hati dalam membuat pengundian. Jadilah pengundi yang bijak. Pelbagaikan bahan bacaan dan lihatlah sumber yang pelbagai untuk memperluaskan horizon pemikiran, dan seterusnya membolehkan kita ‘berijtihad’ untuk memilih pemimpin. Ucaplah selamat tinggal kepada budaya membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian, Harakah dan Suara Keadilan semata-mata atau menonton berita di TV1,TV2 dan TV3 sahaja. Itu budaya masyarakat paleolitik dan hanya sesuai untuk Perak Man yang 'bersemadi' di Muzium Arkeologi Lenggong.

P/S: Sila tonton klip video di bawah untuk mengikuti pandangan Dr Asri Zainul Abidin tentang peranan Media Baru dalam arena politik.

 

11 comments :

  1. sejak adanya media baru, sejak itulah mereka yg dah lama berkuasa mulai tergugat.

    ReplyDelete
  2. Ujie.
    Ada benarnya kata2 Ujie tu. Tapi media baru tetap menjadi pilihan utk mncri maklumat.

    ReplyDelete
  3. media baru, medium yang boleh dijadikan alat untuk virus maklumat tersebar dengan terlalu pantas. merbahaya. benda2 bercetak sekarang dah macam kurang relevan pulak.

    alamak, aku ada kawan kerja kat berita harian da...

    ReplyDelete
  4. smbotak.
    Trima kasih sahabat ats kunjungan. Mmg media baru berbahaya jika disalhgunakan, tp media lama(elektronik n cetak) juga turut berbahaya.

    ReplyDelete
  5. biasanya generasi muda je yang lebih mencari info dari media baru..sedangkan generasi yang lebih berusia (warga emas) lebih selesa dengan media lama :)

    ReplyDelete
  6. Puteri Kasih.
    Betul tu Puteri, kecuali generasi tua yg tinggal dibandar dan yg terdiri dri golongan profesional. Mrk turut terdedah dgn media baru.

    ReplyDelete
  7. sama ada guna secara positif atau negatif, impak media baru kpd masyarakat amat besar...

    ReplyDelete
  8. mengundilah dgn akal yg terbuka...

    ReplyDelete
  9. so secara tak langsung kita ni dah ambik bahagian jugaklah kan...

    ReplyDelete
  10. so secara tak langsung kita ni dah ambik bahagian jugaklah kan...

    ReplyDelete
  11. hainom OKje.
    Mungkin jgk, tp itu lagi baik drp scra langsung. Maksud sy blogger politik tu yg secara langsung. Kita termasuklh sy bukannya blogger politik dan sy hnya perkatakan isu scra umum dan hnya ketika menjelang PRU jer.

    ReplyDelete