Monday 1 April 2013

FAM: PERSATUAN PALING MAKSUM


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah persatuan bolasepak yang paling ‘maksum’ di planet bumi ni. Artikel 88 itulah senjata pembunuh yang paling kejam milik FAM, selaku badan induk bola sepak negara. Kerana ‘maksum’ dan kebal dari sebarang kritikan dan teguran, FAM menjadi ‘Maha Berkuasa’ hingga tidak boleh disentuh dan ditegur.

Berdasarkan Artikel 88 peraturan 2010-2014 FAM, menyebut bahawa hanya presiden dan setiausaha agung yang boleh membuat kenyataan. Sekiranya ada dalam kalangan mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, perlu mendapatkan izin kongres FAM terlebih dahulu. 

Malang sekali buat skuad Malaysia, artikel 88 tidak mampu memperkasa pasukan negara, malah telah memperkosa mutu bola sepak negara. Tidak menghairankan jika, ramai semakin ramai rakyat Malaysia yang menyampah dengan bola sepak negara dan sesetengah pula beralih minat kepada hoki.

Antara Mangsa Keganasan FAM. 
  • Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, digantung dua tahun setengah pada tahun lepas, kerana kesalahan mengkritik skuad negara.
  •  Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pula digantung dua tahun enam bulan serta denda RM39,000 apabila membuat kritikan secara terbuka terhadap FAM. 
  • Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang digantung enam bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak dan didenda sebanyak RM18,000 apabila baginda mengkritik mutu pengadilan yang disifatkan masih lemah dan bertaraf amatur.
  •  Bakal jadi mangsa ialah ketua jurulatih negara Datuk K Rajagobal. 

Jika berterusan begini, percayalah Harimau Malaya akan kehilangan taring buat selama-lamanya dan mungkin sedikit masa lagi, ia akan digelar Kucing Malaya.

3 comments :

  1. Shameel kalau digelar kucing Ok lagi tu...kalau siput malaya? haha.....

    apa pun okje tak tau sangat pasal sukan ni... tq info ni Shameel

    ReplyDelete
  2. Macam2 masalah FAM ni kan cikgu?..klu mcm ni trs bola sepak Malaysia tak kan kemana....:(

    ReplyDelete
  3. salam shamel
    Lawatan awal pg tirana aduka

    ReplyDelete