Friday 12 April 2013

TAJ MAHAL : SEBUAH MONUMEN CINTA DAN SALAH SATU DARIPADA TUJUH KEAJAIBAN DUNIA.



Ini adalah sambungan dari tajuk lepas 

Berkunjung ke India, seakan-akan tidak sempurna andainya tidak berkunjung ke Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, kira-kira 200KM dari Delhi. Taj Mahal tidak hanya menempatkan pusara Shah Jahan dan Mumtaz Mahal, tapi ia juga sebuah monumen cinta dan tersenarai sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia (the seventh wonder of the world). 

Taj Mahal sememangnya memiliki kehalusan seni bina yang amat tinggi serta sukar ditandingi, dan ia menggambarkan keagungan senibena Dinasti Mughal

Abadikan kenangan di Taj Mahal
.  
Entry ini berdasarkan pemerhatian dan penelitian sepanjang kunjungan saya ke Taj Mahal, dan untuk menjadikanya lebih segar dan bugar, saya gabungkannya dengan sedikit fakta yang saya kutip melalui pembacaan.Antaranya ialah buku berjudul Taj Mahal, Agra & Fatehpur Sikri yang saya beli di sebuah toko buku di Agra, India. Buku-buku lain termasuklah buku Sejarah Islam STPM yang ditulis Jayaudin Jamaudin dan buku berjudul Warisan Manusia Sejagat(maaf saya lupa nama penulisnya) . Selain itu, saya turut mengutip fakta-fakta dari sebuah dokumentari yang berjudul MOGUL EMPAYAR ISLAM DI INDIA, yang disiarkan menerusi TV Al-Hijrah 

The Main Entrance Of Taj Mahal
   
Sejarah pembinaan Taj Mahal amat menarik untuk dirungkai. Ia dibina oleh Shah Jahan untuk memperingati permaisurinya Mumtaz Mahal. Shah Jahan adalah Maharaja Mughal(Mogul) yang kelima dan memerintah empayar Mughal dari tahun 1628M hingga 1658M. Baginda adalah putera kepada Maharaja Jahangir dan cucu kepada Maharaja Akbar. Nama sebenarnya ialah Khurram Shah atau dikenali juga sebagai Putera Kurram. Nama Shah Jahan dikurniakan oleh ayahnya setelah beliau berjaya mengalahkan Malek Ambar yang berkuasa di Deccan.
The Main Entrance Of Taj Mahal

Shah Jahan mengahwini Mumtaz Mahal, atau nama sebenarnya Arjumand Banu Begum pada tahun 1612M. Pada ketika itu Mumtaz Mahal baru berusia 19 tahun. Perkahwinan antara Shah Jahan dan Mumtaz Mahal sememangnya atas dasar cinta dan bukannya kerana asakan politik dan atau atas dasar ingin memperluaskan kuasa. Sebenarnya perkahwinan atas dasar politik biasa berlaku pada zaman silam. Malah, Maharaja Akbar mengahwini Jodhai Bai juga atas dasar politik iaitu untuk meraih sokongan Raja-raja Hindu
.


Setelah menjadi isteri Shah Jahan, Mumtaz Mahal menjadi pendamping yang setia dan sentiasa bersama suaminya. Malah, dia dikatakan tidak pernah berjauhan dari suaminya sepanjang 19 tahun hidup bersama. Ini terbukti apabila Mumtaz Mahal sentiasa menemani suaminya setiap kali Shah Jahan melancarkan ekpedisi ketenteraan ataupun perluasan kuasa. 

Oleh itu Mumtaz Mahal tidak sekadar menjadi seorang permaisuri, malah turut berperanan sebagai penasihat politik kepada Shah Jahan, malah Mumtaz Mahal sering kali menemani suamninya tatkala Shah Jahan melancarkan ekspedisi ketenteraan. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan 14 orang anak, dan yang paling terkenal ialah Aurangzeb yang kemudiannya menjadi pemerintah Mughal yang ke-enam(1658-1707M). 





Pada tahun 1631M, Mumtaz Mahal menyertai suaminya dalam sebuah misi ketenteraan ke Burhanpur di wilayah Deccan. Ketika itu Mumtaz Mahal sedang sarat mengandung dan tanpa diduga ia menjadi perjalanan terakhir untuk Mumtaz Mahal. Pada 17 Jun 1631, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah melahirkan anaknya yang ke-14. Pada ketika itu Mumtaz Mahal baru sahaja berusia 39 tahun.

Pemergian Mumtaz Mahal merupakan satu kejutan buat Shah Jahan. Baginda tidak keruan dan hari-hari yang beliau lalui adalah detik-detik yang memilukan, lantas beliau memutuskan untuk mengabadikan kisah cinta mereka berdua. Dari sinilah bermulanya idea pembinaan Taj Mahal. Apatah lagi, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Mumtaz Mahal telah berwasiat agar Shah Jahan menunaikan empat perkara setelah ketiadaannya. 

Empat permintaan terkahir itu ialah
  • Meminta Shah Jahan membina sebuah tugu sebagai lambang cinta mereka berdua
  • Meminta agar Shah Jahan berkahwin lagi.
  • Meminta agar Shah Jahan memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak mereka. Seramai 14 orang anak hasil perkahwinan mereka berdua. 
  • Meminta Shah Jahan menziarahi pusaranya setiap kali ulang tahun perkahwinan mereka berdua 
Oleh kerana Shah Jahan seorang pecinta yang setia, baginda nekad untuk membina sebuah tugu cinta yang kemudiannya dinamakan sebagai Taj Mahal.

Namun, sebelum pembinaan Taj Mahal dimulakan, jenazah Mumtaz Mahal dikebumikan buat sementara waktu di taman Zainabadi di di Burhanpur. Setelah enam bulan, jenazah Mumtaz Mahal dipindahkan ke Agra untuk persemadian yang kekal.


  

Shah jahan kemudiannya membeli sebidang tanah dari Maharaja Jaipur, Jai Singh di tebing sungai Yamuna. Jai Singh juga kemudiannya turut terlibat menyediakan bahan-bahan atau bekalan untuk membina Taj Mahal, termasuklah marmar khas dari Makarana. Terdapat 35 jenis batu permata yang digunakan untuk membina Taj Mahal. Ia didatangkan dari pelbagai lokasi termasuklah dari luar negara. Antaranya ialah Marmar putih dari Rajasthan, Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet, Lazuardi dari Afghanistan, Nilam dari Sri Langka, Kamelian dari Arab.


  

Reka bentuk Taj Mahal dibuat oleh seorang arkitek dari Parsi(Iran), iaitu Ustad Isa. Namun, ada juga yang mendakwa arkitek utamanya ialah Ustad Ahmad Lauhari. Seni bina Taj Mahal juga dikatakan dibawa dari Baghdad, Constantinople( Istanbul) dan dimasukkan unsur-unsur kepercayaan orang islam. Sebab itulah pada tiangnya terukir perkataan Ar-Rahman, iaitu salah satu daripada nama-nama Allah. Malah, saya turut difahamkan oleh pemandu pelancong,sebahagian seni bina Taj Mahal juga turut menonjolkan imej Kaabah.

Pembinaannya mengunakan tenaga pekerja yang terdiri seramai 20 ribu orang dan mengambil masa selama 22 tahun. Mereka ini terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia. Walau bagaimanapun terdapat juga dakwaan yang mengatakan tenaga pekerja tersebut terdiri daripada penduduk tempatan.

 

Perlu juga diketahui, pembinaan Taj Mahal sebenarnya tidak dipersetujui, malah dibangkang oleh ramai alim ulama tempatan pada waktu itu. Itu kerana projek tersebut menelan belanja yang besar dan satu pembaziran. Bagi para ulama pada ketika itu, amat tidak wajar untuk memuliakan sebuah pusara hingga sebegitu rupa.

  

Struktur utama Taj Mahal adalah berbentuk segi empat, namun ia menyerong pada setiap sudut. Pada sudut- sudut ini pula terdapat menara yang runcing dan bumbung besar berbentuk kubah.Gabungan marmar putih dan permata yang pelbagai jenis ini membuatkan Taj Mahal menjadi begitu indah dan menarik, dan kemudiannya menjadi salah satu daripada tujuh perkara ajaib di dunia. 


Di sebalik keindahan dan keunikkan Taj Mahal, terdapat juga kisah kekejaman dan kezaliman yang mengiringi kewujudan monumen cinta tersebut. Telah tersebar ke mana-mana sahaja, malah telah menjadi kisah yang amat mashyur,iaitu peristiwa Shah Jahan memotong tangan dan mencungkil mata para tukang yang terlibat dalam pembinaan Taj Mahal sebaik sahaja monumen cinta itu berjaya disiapkan. Ini semata-mata untuk mengelakkan kewujudan bangunan lain sebagai pesaing Taj Mahal. Namun, kisah ini dipertikaikan oleh banyak pihak. Selain tiada bukti, ia juga berlawanan dengan ‘jiwa halus’ yang dimiliki oleh Shah Jahan.

  

Tapi malang buat Shah Jahan, setelah Taj Mahal berjaya disiapkan, baginda diguling oleh puteranya Aurangzeb. Maharaja baru dinasti Mughal itu telah memenjarakan Shah Jahan di Red Fort Agra. Setelah Shah Jahan meninggal dunia, Aurangzeb mengebumikan Shah Jahan bersebelahan dengan makam Mumtaz Mahal

  


Perkara Penting Perlu Diketahui Ketika Mengunjungi Taj Mahal

Untuk memasuki perkarangan Taj Mahal, para pengunjung diwajibkan memakai atau mengenakan alas atau sarung kaki pada kasutnya. Ini bertujuan memelihara kebersihan Taj Mahal. Namun kebanyakkan pelancong tempatan lebih selesa berkaki ayam dan menanggalkan kasut atau sandalnya di kawasan yang dikhaskan. 

Di sini juga aktiviti fotografi dan videografi ada had dan batasannya. Sebabnya di sudut-sudut tertentu, terutamanya di makam Shah Jahan dan Mumtaz Mahal, segala aktiviti fotografi dilarang sama sekali. 

Pelancong juga tidak dibenarkan membawa beg kecuali dompet. Kepada pelancong yang menggunakan kamera dslr, anda tidak mampu membawa lens yang pelbagai kerana arahan ini, jadi pastikan anda memilih lens yang terbaik dan sesuai untuk dibaca masuk ke kompleks Taj Mahal. Jika tidak anda pasti sahaja kecewa. 

Tajuk lain yang berkaitan:

40 comments :

  1. kisah cinta agung...... indahnya ciptaan taj mahal....... teringin nak kesana satu hari nanti.....

    ReplyDelete
  2. senibinanya begitu unik dan indah.. teringin ke sana juga..

    ReplyDelete
  3. 1. terbaik entri ni. dan terbaik jugak dapat pergi sana.

    2. baru tau yang mumtaz mahal tu bukan setakat isteri je, tapi besar jugak peranan dia.

    3. zaman belajar dulu, siap janji dengan awek nak bawak dia pergi sini untuk honeymoon. hahahaa!

    4. ini link aku yang sebenar-benarnya
    http://bumibukansfera.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. wah penuh informasi..dulu pernah jugak wat esaimen ttg taj mahal..:) lambang cinta sjati..:)

    ReplyDelete
  5. Remy hazza

    Benar tu Remy, seakan2 kisah cinta Romeo n Juliet.

    ReplyDelete
  6. Mizz Aiza.
    Senibinanya mmg unik n menarik. Insya-Allah Mizz Aiza dpt juga ke sana nnt.

    ReplyDelete
  7. smbotak .
    Wah hebat tu sampai nak honeymoon ke Agra/Taj Mahal.

    Nnt saya bertandang ke link bumi bukan sfera tu.

    ReplyDelete
  8. zaxx .
    Kebetulan ada bahan2 bacaan tapi itupun ada versi2 yg bercanggah terpaksa saya serasikan.

    ReplyDelete
  9. banyak juga pantang larang kat sini rupanya.

    ReplyDelete
  10. Nieda ramly.
    Pantang larang utk melindungi Taj Mahal dari kemusnahan n pencemaran rasanya.

    ReplyDelete
  11. Teringin mahu ke sana suatu hari nanti jika ada rezeki.:)

    ReplyDelete
  12. entry yg best..baru tahu ada byk lg kisah di sebalik taj mahal ni :)

    ReplyDelete
  13. Embun Melati.
    Insya-Allah dapat juga Embun Melati ke sana nnt.

    ReplyDelete
  14. tiqa tia.
    Sebenarnya ada percanggahan fakta jugak dlm buku yg sy rujuk tu, cuma saya cuba kurangkn perselisihan fakta utk entry ni.

    ReplyDelete
  15. Waaa bro!! bestnya dpt pegi taj mahall...hhuhuh..jeless :p

    ReplyDelete
  16. Ecah Mashuri.
    Nak kata bestolehlh taklh jugak, cuma bolehlh kenal2 taj mahal scra dkt

    ReplyDelete
  17. bestnya shameel dah sampai sana...:)

    ReplyDelete
  18. Normi Nieza.
    Kebetulan ada member ajak masa cuti aritu. jd sy pun ikut sertalh.

    ReplyDelete
  19. terbaiklah....untunglh dapat jejak kaki ke sana.....abang tader buat trip ke korea ke??wahhh!traveller yg hebat nih :)
    menarikkn cinta shah jehan dgn mumtaz nih .....alololo..ta sabar rasanya nak kawen....btw,nice info ...

    ReplyDelete
  20. subhanallah, selamat ya friend, sudah pernah singgah ke masjid taj mahal, bikin iri je, saya belum pernah. hehehe. salam persahabatan dari indonesia

    ReplyDelete
  21. aiman mania .
    Saya ada rancang jugak nk buat trip ke korea, tp mungkin thn dpn kot. Nak kata traveller tu kurang sesuai utk saya, skdr jalan2 jer.

    ReplyDelete
  22. dimas bagus nugroho
    Salam persahabatan juga dari saya. Indonesia juga sangat indah. saya pernah beberapa kali ke Indonesia seperti jakarta, bandung, medan, kalimantan. Ternyata Indonesia mmg indah dan menawan.

    ReplyDelete
  23. Assalam..sahabat...InsyaAllah PRU13 akan berjalan lancar...jgn jadi macam 13 may dah ler..haha ..Saya mengundi di Balakaong Jaya,Selangor, amat dekat dengan rumah tempat mengundi.Bolehlah
    pergi awal.

    ReplyDelete
  24. ASSOYFINGER67.
    Parti mana sekalipun yg menang, kita wajib akur dgn kehendak majoriti. Jika ini berlaku insya-Allah negara akan aman. saya pula mengundi kt bachok kelantan.

    ReplyDelete
  25. Bestnye dah sampai ke sana..teringin juga nk ke sana...

    ReplyDelete
  26. salam singgah...

    sangat indah, ada rezeki memang nak datang sini...

    ReplyDelete
  27. cantik binaannya seteguh cinta mereka..

    ReplyDelete
  28. LiLy @ MaMaQiStInA.
    Bestlh jugak cuma agak penat sbb ambil msa agak lama sbb jln kt sana selalu jem teruk.

    ReplyDelete
  29. Qhaifa Nur.
    bagi sy ia mmg indah, mungkin krn permata yg digunakn n kepakaran para tukang.

    ReplyDelete
  30. izan mama mia .
    Keteguhan cinta yg diterjemahkan pada bangunan.

    ReplyDelete
  31. Pengabdian yg indah tapi disebaliknya menyimpan memori berbagai sehingga ada kezaliman terjadi bila ianya tersergam indah. Bayangkan mata dicungkil dan tangan dipotong - tak kenang jasa org yg membina..

    Teruja juga kakak melihat Shameel berada di sana. Satu tempat yg kakak belum pernah jejaki.

    ReplyDelete
  32. syok betul klu dapat pergi tengok taj mahal
    orang kata, memang cantik kalau ambik gambar kat sini

    ReplyDelete
  33. Senang pada mereka yg nak kena buat assignment ke apa... boleh refer entri ni je...isinya padat...

    ReplyDelete
  34. Kakzakie.
    Tak pasti plak, sama ada kisah tgn n mata para tukang dpotong n dcungkil itu benar atau sekadar tokok tambah. Tp kiranya benar, Shah Jahan mmg benar2 zalim.

    ReplyDelete
  35. penaberkala .
    mmg cntik kalu ambik gmbr kt taj mahal tp kena pastikan bawa lens yg betul. Mayb lens wide angle n telefoto yg paling sesuai, tapi dsbbkan x dapat bawa beg jd satu lens jer yg mampu kita bawa.

    ReplyDelete
  36. hainom OKje .
    Nipis benar assingnment tu kalu refer entry saya ni. hehehe. entry ni lebih kepada empayar mughal di india

    ReplyDelete
  37. wahh, jauh olidei shameel hingga ke taj mahal ^^

    pnah jgak dgr kisah kejam & zalim di sebalik kewujudan taj mahal tapi x pasti benar atau x...

    ReplyDelete
  38. caliph shuriken.
    Kebetulan member ajak aritu. Kisah kekejaman Shah Jahan tu masih jadi pertikaian. Harap2 ia tak benar.

    ReplyDelete