Wednesday 3 April 2013

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA(KPM) BAGI SESI JUN 2013



Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DGA 34 (KUP time based), DG 41, DG 44 (KUP time based), DG 48 (KUP time based) dan DG 52 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 April 2013. Permohonan boleh dibuat di laman web G-Tukar 

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-OPERASI. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula. Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri (dapatkan no. telefon di “Bantuan”). Sila ambil perhatian bahawa pertukaran yang diluluskan tidak boleh dibatalkan. 


INFO TAMBAHAN: 
 
Seperti tahun-tahun yang lepas,persaingan untuk bertukar ke Kelantan masih tetap mencabar. Statisitk pertukaran di atas menunjukkan seramai 266 orang guru memohon untuk bertukar ke Kelantan, manakala jumlah guru yang memohon untuk keluar dari Kelantan hanyalah seramai 5 orang. Persaingan memang sengit, namun teruskan mencuba dengan memohon dan berdoa. Pada tahun lepas, saya juga sekadar mencuba dan Alhamdulillah nasib menyebelahi saya dan akhirnya saya berjaya bertukar ke Kelantan, lihat, SINI

3 comments :

  1. anak akak yg sulung guru,baru setahun,dulu beria2 nak tukar kat Mersing,skrng bila ditanya,dah seronok ngajo kat skolah dia kat JB..

    hhmm..sunyi lagi la umah akak bila anak2 belajar jauh2 ni...

    ReplyDelete
  2. ramainya ckgu2 nak msuk kelate..

    ReplyDelete
  3. stats yg menarik.. ramai yg request masuk ^^

    ReplyDelete