Tuesday 7 May 2013

BIODATA RINGKAS MB KELANTAN YANG BARU, DATUK AHMAD YAKOB.



Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob adalah anak kepada seorang ulama dan pengasas Pondok Berangan, iaitu Tok Guru Haji Yaakob Ishak.

Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Mad menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhamad V di Istana Negeri di Kubang Kerian, petang semalam. 

 Ustaz Mad dilahirkan pada 1 Febuari 1950. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Berangan pada 1957. Di peringkat menengah belajar di Maahad Muhammadi. Pada 1977 melanjut pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir. Selepas menamatkan peringkat ijazah dalam bidang Syariah menyambung pula di peringkat Diploma pendidikan di Ain Shams University. 

Memulakan kerjaya awal sebagai pendidik di Sekolah Menengah Dato’ Bentara Dalam, Segamat. Pernah mengajar di Sekolah Menengah Dabong, Kuala Krai. Pada 1986 dipindah pula ke Sekolah Menengah Perempuan di Pasir Mas. Sekolah terakhir iaitu Sekolah Menengah Rantau Panjang sebelum meletak jawatan dan bertanding di Dun Pasir Pekan pada pilihan raya umum 1995. 

Sumber dari Himpunan Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus dengan sedikit ubah suai

2 comments :

  1. saya terima MB baru secara 'rela dalam paksa' .. sedih sangat bila dengar TGNA letak jawatan. rasa tak terbalas segala budi yg dicurahkan kpd rakyat kelantan spnjg pemerintahannya.
    saaaaaaaaaaaaaaaaayang Tok Guru!!!
    muah!muah!muah! hehee..

    isyapurple.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Ohh ni MB yng baru ni.... nampak muka pun sejukkk je tengok...moga ada perubahan nanti

    ReplyDelete