Sunday 12 May 2013

Terima Kasih Ibu


Mengandung dan melahirkan anak, tidaklah sesenang yang diduga dan tidaklah semudah yang disangka. Sejak zaman berzaman lagi, ibu-ibu yang sedang bertarung melahirkan anak diibaratkan sedang bertarung dengan ajal. 

Benar! zaman telah berubah dan kemajuan dalam bidang perubatan amat membanggakan. Namun, ibu-ibu tetap berisiko untuk kehilangan nyawa semasa melahirkan anak.

Benar! ia berjaya dikurangkan tapi tidak untuk disifarkan. 


Di Malaysia, data dari kongres Saintifik Antarabangsa, Kolej Obstetrik dan Ginekologi(RCOG) 2012, menunjukkan: 

  • 200 wanita negara ini meninggal dunia setiap tahun semasa melahirkan anak. 
  • Dari segi nisbah, ia bersamaan 27 kes untuk 100,000 kelahiran (27: 100K

Di Negara Maju pula( pasti sahaja amat berkualiti dalam aspek perubatan dan kemudahan kesihatan), data dari RCOG,2012 menunjukkan:
  •  Dari segi nisbah , terdapat 10 kes kematian bagi setiap 100,000 kelahiran( 10:100K
Kesimpulannya, semaju mana sekalipun sesebuah negara dan sehebat mana sekalipun pencapaian dalam bidang perubatan, ibu-ibu tetap bertarung nyawa untuk melahirkan anak-anaknya. 

Moga data-data yang dikemukakan ini mampu mengetuk pintu sedar pada diri masing-masing, dan sekali gus kita akan lebih menghargai, menyayangi dan mengasihi ibu tercinta.

10 comments :

  1. As-Salam Cikgu..

    Hargai Ibu semasa hayat mereka masih ada....nyawa nya adalah taruhan ketika melahirkan kita...Semoga kita sama2 berdoa yer cikgu..supaya kita tidak akan tergolong dari kalangan anak yg derhaka....

    ReplyDelete
  2. pesanan kepada semua anak2 termasuk diri aiza, hargailah ibu anda sementara mereka masih ada.. tak dapat dibayangkan begitu sukarnya seorang ibu ketika mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkan seorang anak.. aiza sayangkan mak aiza..

    ReplyDelete
  3. ramainya wanita yg syahid kan... besar pengorbanan ibu..

    ReplyDelete
  4. Eye_nee.
    Mrk bertarung nyawa melahirkan kita. Hargailh ibu semasa dia masih ada di dunia dan jaga nama baiknya serta mendoakan kesejahteraan andainya dia telah kembali ke pangkuan Allah.

    ReplyDelete
  5. HiDa.
    Sayangi org tua kita, tapi saya dah tiada ayah, jadi mak sayalah segalanya.

    ReplyDelete
  6. Mizz Aiza .
    Benar tu Aiza, pengorbanan mereka tak mampu dinilai dgn apa sahaja. Mengandung, melahirkan, menyusu dan membesarkan anak2.
    Sedih dgn kemunculan Tanggang moden2 yg sanggup hantar org tuanya ke Rumah Kebajikan.

    ReplyDelete
  7. maria firdz.
    Benar sekali. Meninggal waktu melahirkan anak adalah syahid. Allah memuliakan wanita kerana pengorbanan seseorg wanita yang sebegini mulia.

    ReplyDelete
  8. Setuju tu Shameel...ibu mengandung tetap ada risikonya semasa melahirkan...tak kiralah neara maju pun!

    ReplyDelete
  9. Ibu Bapa kita tiada galang ganti nya..jasa mrk membesarkan kita tak terbalas.. Syurga juga terletak di bawah tapak kaki Ibu..sayangi lah mrk..:)

    ReplyDelete