Tuesday 14 May 2013

PERAK MAN KEMBALI KE LENGGONG.



Walaupun lima tahun saya mendiami negeri Perak dan Lenggong menjadi laluan wajib setiap kali saya pulang ke kampung di Kelantan, namun ‘hubungan’ saya dengan Perak Man tidaklah akrab. Tidak pernah saya berkunjung ke Muzium Arkeologi Lenggong dan tidak pernah saya melihat rangka Perak Man yang ditempatkan di Muzium tersebut. 

Sebenarnya, rangka tersebut hanyalah sekadar replika, sebab rangka Perak Man yang sebenar ditempatkan di Muzium Negara di Kuala Lumpur. Perak Man ialah rangka manusia paling tua di Malaysia, malah ada yang mengatakan tertua di Asia Tenggara. Rangka manusia zaman Paleolitik ini diketemui oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia(USM), di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak pada tahun 1990( buku teks sejarah tingkatan 1, m/s:23

 

Penemuan tersebut,di samping penemuan-penemuan lain sekitar Lenggong, termasuklah di Kota Tampan, telah membuktikan Malaysia antara negara terawal yang melalui zaman Prasejarah dunia. Walau bagaimanapun, penempatan rangka Perak Man di Muzium Negara, Kuala Lumpur sejak tahun 2006 tidak dapat diterima dengan senang dan tenang oleh segelinitir penduduk tempatan. Sebab itulah terdapat pihak-pihak tertentu yang menuntut agar rangka Perak Man dikembalikan ke lokasi asalnya. Lagipun, Lembah Lenggong telahpun diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan,Santifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). 

Khabar terbaru, ialah sebuah khabar gembira buat seluruh warga Lenggong dan Perak keseluruhannya. Ini kerana, Rangka Perak Man akan dikembalikan ke Lenggong dan akan ditempatkan di Muzium Arkeologi Lenggong

Sebelum ini, rangka( mungkin istilah jenazah lebih sopan untuk digunakan walaupun hanya saki-baki tulang) dua orang tokoh pembesar Melayu Perak telah berjaya dikembalikan ke bumi Perak Darul Ridzuan.

Tokoh yang dimaksudkan ialah Tengku Menteri Ngah Ibrahim dan Laksamana Wan Muhammad Amin. Kedua-dua tokoh tersebut merupakan sebahagian daripada Pembesar Perak yang dibuang bersama Sultan Abdullah ke Pulau Seychelles kerana terlibat dalam peristiwa pembunuhan J.W.W Birch, Residen British Pertama di Perak juga di Tanah Melayu pada 2 November 1875. 

Ngah Ibrahim telah menetap di Singapura setelah 12 tahun berada di Pulau Seychelles dan meninggal dunia pada 4 Febuari 1895, lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Al-Juned. Dan, pada 9 September 2006, jenazahnya dipindahkan ke Kompleks Sejarah Matang(dikenali juga sebagai Kota Ngah Ibrahim) Taiping, Perak. Laksamana Muhammad Amin pula meninggal dunia di Singapura pada tahun 1908, dan jenazahnya dipindahkan ke Perkuburan Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak pada 9. November 2006.




INFO PERAK MAN 
  • Ditemui di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak
  •  Kerja-kerja penyelidikan tulang Perak Man dimulakan pada tahun 1990 oleh Pasukan Arkeologi Universiti Sains Malaysia(USM) serta Jabatan Muzium dan Antikuiti 
  • Kajian mendapati Perak Man merupakan rangka manusia yang hidup pada zaman Paleolitik dan ditemui dalam keadaan rangka yang begitu lengkap. 
  • Ia dikebumikan dalam keadaan kaki terlipat( buku teks sejarah ting. 1. m/s 23) 
  • Perak Man dipercayai hidup sekitar 10 ribu hingga 11 ribu tahun dahulu 
  • Perak Man dipercayai meninggal dunia dalam lingkungan umur 40 hingga 45 tahun. 
  • Jangka hayat manusia ketika itu ( Zaman Paleolitik) ialah sekitar 20 hingga 30 tahun sahaja., 


Tajuk Lain Sebelumnya :Hutan Paya Laut Matang

18 comments :

  1. menarik, aku sendiri tak tau kat lenggong ada terdapat muzium. boleh masuk dalam list ni...

    ReplyDelete
  2. hai.. salam kenal..

    2219

    haii.. follower ke 89

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. smbotak.
    muzium ni dah lama ada, cuma ia agak jauh kt hulu perak, jadi mungkin sbb tu ramai yg kurang tahu.

    ReplyDelete
  4. tenku butang.
    Terima kasih ats kunjungan, nnt saya berkunjung ke blog sahabat.

    ReplyDelete
  5. wahh, ni baru namanya info menarik..

    ReplyDelete
  6. ringkas dan padat infonya..
    aiza berasal dari lenggong, tapi tak pernah berpeluang untuk singgah di muzium arkeologi tu sebab ianya dibuka pada waktu kerja.. aiza selalu balik kampung di hujung minggu..

    ReplyDelete
  7. Muzium ni kat laluan grik ke kelantan tu kan...mcm ada nampak. Tapi tak singgah sbb nak cepat. Tapi rupanya mmg blm ada perak man kat situ pun ya. Elokla letak tempat asalnya.

    ReplyDelete
  8. CintaZulaikha .
    Sekadar perkongsian utk manfaat bersama.

    ReplyDelete
  9. Mizz Aiza.
    Org Lenggong rupanya. Dulu, saya pernah terbabas kereta kat Lenggong masa balik bercuti raya tahun 2010.

    ReplyDelete
  10. Ujie .
    Ramai yg terkeliru sebab menyangka rangka perak man kat muzium lenggong t uyg asli padahal ia sekadar replika sahaja.

    ReplyDelete
  11. Kalau ke Perak, sy pun nak singgah ke Muzium Lenggong ni..ada tgk rencana hari tu di TV..menarik! :)

    ReplyDelete
  12. aTieYusof Family.
    Kat sabah pun ada petempatan manusia prasejarah kt gua batu tulug kinabatangan. sy prnah smpai sana thn 2004.

    ReplyDelete
  13. aTieYusof Family.
    Kat sabah pun ada petempatan manusia prasejarah kt gua batu tulug kinabatangan. sy prnah smpai sana thn 2004.

    ReplyDelete
  14. Selamat hari guru, Kelantan man

    ReplyDelete
  15. Cikli.
    Hehehe, terima kasih Cikli. Kelantan Man dan PAS Man.

    ReplyDelete
  16. Mizz Aiza.
    Terima kasih Aiza sudi wish. wah Aiza tahu yer sy ni guru.

    ReplyDelete
  17. oic, cmtu rupanya..
    nice sharing ^^

    ReplyDelete