Monday 6 May 2013

Hukum Mengundi Dalam Pilihan Raya

Entry ini ditujukan khas kepada setiap warganegara Malaysia yang berkelayakan tetapi telah mengabaikan tanggungjawab untuk mengundi dalam PRU13 yang baru sahaja berlalu. 

 Makna Kaedah Fiqh yang dinyatakan di atas ialah, sekiranya sesuatu perkara yang wajib tidak dapat disempurnakan atau dilaksanakana lantaran ketiadaan 'IA'(yang mungkin terdiri daripada aktiviti, perkara , atau alat tertentu) maka 'IA' turut menjadi wajib.

Contoh yang paling mudah adalah begini, Untuk bersolat kita wajib berwuduk(kecuali kes tertentu hanya memerlukan tayammum), dan berwuduk pula memerlukan air. Maka, memiliki air hukumnya adalah wajib sebagaimana wajibnya berwuduk untuk bersolat.

 Ada Apa Pilihan Raya ?

Tentu sahaja untuk memilih seseorang untuk menjadi pemimpin dan seterusnya mengetuai sesebuah negara atau negeri. Atau untuk memilih bahagian tertentu yang kita namakan Dewan Undangan Negeri(DUN) dan Parlimen. Jadi apabila kita mengundi seseorang, ia bermakna kita telah bersetuju untuk memberikan mandat kepada seseorang bagi sesuatu kepimpinan. Dalam konteks pilihan raya kepimpinan yang dimaksudkan ialah membentuk sesebuah kerajaan.

Pemimpin dan Kepimpinan pula berkait rapat dengan kuasa dan kekuasaan. Ini kerana, apabila menjadi pemimpin dan membentuk sesebuah kerajaan, bermakna memiliki kuasa dan kekuasaan. Baik Kerajaan Pusat mahupun kerajaan Negeri, kedua-duanya memang mempunyai kuasa dan kekuasaan. Cuma, ruang lingkup kuasa itu sahaja yang berbeza. Menjadi Perdana Menteri tentu sahaja lebih berkuasa berbanding menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri. Kuasa Kerajaan Pusat tentu sahaja mengatasi Kerajaan Negeri. 

Ada Apa Dengan Kuasa?. 

Ia telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W di dalam sebuah hadis :

“Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak mampu hendaklah dengan lidahnya. Sekiranya tidak mampu hendaklah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman”.Hadis riwayat Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad.

Mencegah kemungkaran dengan tangan maknanya dengan kuasa. Ini kerana tangan merupakan simbolik kepada kuasa. Sebab itulah para ulama khalaf mentakwilkan tangan ALLAH sebagai Kuasa ALLAH. Mencegah dengan kuasa adalah sebaik-baik bentuk pencegahan. Kuasa dan kekuasaan yang ‘hebat’ pula hanya dimiliki oleh pemimpin tertinggi

Kemungkaran pula tidak sekadar berkhalwat, berzina dan segala aksi yang terlarang , tapi lebih dari itu. Ia termasuklah kemungkaran ekonomi, kemungkaran politik dan kemungkaran sosial. 

Apa yang pasti hanya dengan memiliki KUASA (menjadi Pemimpin dan membentuk sebuah Kerajaan) barulah usaha mencegah kemungkaran ini dapat dilaksanakan secara total. Jadi memiliki KUASA ke arah ini adalah wajib. DAN berdasarkan kaidah fiqh tadi, maka mengundi dalam pilihraya adalah WAJIB kerana dengannya pembentukan kerajaan dapat dilakukan dalam konteks negara demokrasi seperti Malaysia.

6 comments :

  1. Dah tertunailah tanggungjawab kita kan Shameel

    ReplyDelete
  2. hainom OKje.
    Alhamdulillah, tertunai sudah

    ReplyDelete
  3. Apa jadi tanah tumpah darah Shameel? Tanah tumpah darah kakak dah kian berubah tapi tetap ada yg menyedihkan..

    Tempat mengundi Lim Kit Siang dan Salahudin Ayub sebelah-menyebelah aje tau dik tapi lihat apa keputusannya? 'Mereka' sangat bersatu. Tapi 'kita' entahlah...

    ReplyDelete
  4. Kena menunggu 5 thn lagi utk memilih pemimpin...apa pun moga yg menang dapt menunaikan t/jawab sebaik mgkin.. jgn hanya hadir masa nak PRU..:)

    ReplyDelete
  5. Kakzakie .
    Alhamdulillah kak, negeri saya masih lagi di bawah naungan bulan purnama, cuma ada yang tidak menyenangkan dlm perlantikan exco baru ni.

    Perkembangan di johor agak memberangsangkan. Benar kak 'mereka' amat bersatu menjulang org2 'mereka' di Johor. Tapi 'mereka' kurang memberi sokngan kpd 'kita'. Tapi mujurlah virus sebegini tak merebak ke seluruh negara, cuma hidup subur di johor sahaja. Sebab di bukit gantang perak, 'mereka' yg majortinya di kuala sepentang amat membantu memenagkan ustz idris ahmad.

    ReplyDelete
  6. aTieYusof Family.
    itulh doa dan harapan kita agar YB yg menang tu melaksanakan amanah yg diberi. Jika tidak, kita akan adili mereka dlm PRU14

    ReplyDelete