Friday 24 May 2013

Trip ke Kashmir.

Dal Lake-Srinagar, Kashmir

Ini adalah sambungan dari tajuk lepas

Kashmir terkenal dengan gelaran 'Paradise On The Earth'. Gelaran yang tentu sahaja membawa seribu erti dan sejuta makna. Tentu sahaja erti indah dan makna menawan. Jujur! secara peribadi, saya anggap Kashmir adalah wilayah yang paling istimewa di India. Istimewa kerana keindahan alam semulajadinya. Istimewa juga kerana warisan atau tinggalan sejarah dan paling istimewa ialah, kerana 95 peratus warganya adalah beragama islam. Kashmir juga jauh lebih bersih berbanding wilayah-wilayah lain di India.

Dal Lake, Srinagar Kashmir: Shikara

Dal Lake, bersama pemilik house Boat dan beberapa orang pelancong dari Malaysia,
 Aku: 3 dari kiri

Kashmir terletak di kawasan pergunungan Himalaya. Sebenarnya Kashmir terbahagi kepada tiga pentadbiran. Atau dengan istilah mudah, ia dipecahkan kepada tiga wilayah yang ditadbir oleh negara yang berbeza, Wilayah Jammu & Kashmir berada di bawah pentadbiran Kerajaan India. Azad Kashmir pula ditadbir oleh Kerajaan Pakistan, Manakala wilayah Aksai Chin pula ditadbir oleh Kerajaan China. Kashmir yang saya kunjungi tempoh hari adalah Jammu & Kashmir yang berada di bawah pentadbiran India, dan Kashmir inilah yang paling popular dan sentiasa mendapat tempat di hati pelancong. Ibu negerinya ialah Srinagar. 

Ketika kunjungan saya tempoh hari, Kashmir sedang berada di penghujung musim luruh, dan di kawasan berhampiran Gulmarg, salji sudah mulai mencurah.

Sebenarnya banyak lokasi yang menarik dan bertaraf ‘wajib’ kunjung andainya anda melancong ke Kashmir. Antaranya ialah Dal Lake, Gulmarg, Sonamarg, Pahalgam, Pari Mahal, Nishat Bagh, Shalimaar Bagh. 

Tapi kerana tempoh kunjunngan yang terhad, maka lokasi yang saya kunjungi turut menjadi terbatas, iaitu sekitar Dal Lake, Pari Mahal, Nishat Bagh dan Shalimar Bagh. Kunjungan ke Gulmarg juga terpaksa dibatalkan saat-saat akhir kerana 'sentuhan takdir' di luar duga. 

Ketika ke Gulmarg
Kalau tak silap aku, lokasi ini ialah Pahalgam dan
 Pergunungan Salji dibelakangku itu ialah Gulmarg.


Ingin saya tegaskan, entry ini adalah berdasarkan pemerhatian dan penelitian sepanjang kunjungan saya ke Kashmir. Selain itu, saya turut memuatkan fakta-fakta yang saya perolehi menerusi pembacaan. Syukur kepada Allah, kerana amat mudah untuk memperolehi buku-buku yang menceritakan perihal Kashmir, baik di airport mahupun di tepi-tepi jalan di Srinagar. 

Gambar-gambar yang saya paparkan/upload di sini pula adalah gambar-gambar yang saya rakam sepanjang berada di sana. Kecuali, gambar Condola dan Gulmarg yang saya perolehi dari google(akan saya nyatakan dalam ruangan kapsyen nanti). Ini memandangkan rancangan saya untuk ke Gulmarg terpaksa dibatalkan secara tiba-tiba lantaran masalah teknikal yang dihadapi oleh Gondola.

Pahalgam: kalau tak silap.


Dal Lake( Tasik Dal) merupakan lokasi wajib kunjung andainya melancong ke Kashmir. Ia terletak di ibu negeri Jammu & Kashmir, iaitu bandar Srinagar. Tenang dan mendamaikan, itulah kesimpulan saya tentang tasik ini. Selain panorama yang indah, Dal Lake juga terkenal dengan house boat dan Shikara(bot-bot kecil yang dihias berwarna warni). 

Ketika kunjungan tempoh hari, saya memilih untuk bermalam di House Boat dan bukannya di hotel. Sepanjang pemerhatian juga, saya dapati ramai pelancong asing yang memilih untuk menginap di House Boat berbanding di hotel. Mungkin mereka inginkan pengalaman yang berbeza. Suhu memang sejuk terutamanya ketika malam dan awal pagi, tapi kesejukan itu dapat diusir melelaui heater yang disediakan. Di sini juga urusan jual beli rancak dilakukan di atas bot-bot yang dikenali sebagai Shikara.

Dalam Perjalanan ke Pahalgam dan Gulmarg. 
Walaupun Kashmir berada di penghujung musim luruh, 
namun di sesetengah tempat salji sudah mulai mencurah
 
Abadikan kenangan bersama salji yang baru nak mencurah

Gulmarg juga merupakan destinasi yang perlu dikunjungi andianya bertandang ke Kashmir. Ia terkenal sebagai destinasi untuk bermain ski . Diliputi salji yang memutih menjadkan Gulmarg sebagai lokasi yang amat indah dan menawan. 

Tapi, sayang, ketika kunjungan saya tempoh hari, saya dan rakan-rakan terpaksa membatalkan perjalanan ke Gulmarg. Ini kerana Gondola( Cable Car) mengalami masalah teknikal.

Untuk pengetahuan sahabat, Gondola yang digunakan di Gulmarg meruapakan Gondola yang terpanjang di dunia. Jujur! saya sangat terkilan dan sungguh kecewa, tapi saya yakin adanya hikmah yang tersirat di sebalik hakikat yang tersurat

Gambar ini dari google : Inilah Gondola untuk ke Gulmarg
.Kerana Gondola ada masalah teknikal, aku dan rakan-rakan tak dapat pergi ke Gulmarg.
Gambar ini dari Google : Gulmarg

Sekarang saya bercerita pula tentang taman-taman yang terdapat sekitar Kashmir. Tempoh hari, hanya tiga taman sahaja yang sempat saya kunjungi, iaitu Pari Maha, Nishat Bagh dan Shalimar Bagh. 

Pari Mahal merupakan sebuah taman yang perlu dikunjungi andainya anda ke Kashmir. Asalnya, ia adalah sebuah biara Budha, dan kemudiannya dijadikan sebagai balai cerap oleh Dara Shikoh, putera sulung pemerintah Mughal, Shah Jahan. Beliau kemudiannya turut membina sebuah pusat pengajian ilmu astrologi di kawasan ini.
Nishat Bagh pula dibina pada tahun 1633M oleh Asaf Khan, iaitu abang sulung Permaisuri Mughal, Nur Jahan. Ia terletak di tebing Tasik Dal dan berlatar belakangkan gunung Zabarwan.

Jika anda berkunjung pada musim bunga, saya syorkan agar berkunjung ke Siraj Bagh atau dikenali juga sebagai Indira andhi Tulip Garden. Ini kerana taman yang terletak kaki gunung Zabarwan ini meruapakan Taman Tulip Terbesar Di Asia.

Lain-Lain tentang Kashmir,biarlah gambar yang bercerita.


Pari Mahal

Pari Mahal



Pari Mahal
Dalam Perjalanan ke Pari Mahal
Nishat Bagh
Nishat Bagh
Nishat Bagh
Abadikan Kenangan di Nisha Bagh
Nisha Bagh


 Tajuk Lain Yang Berkaitan : Jaipur : The Pink City

23 comments :

  1. Tak bawak balik hok mate hijau ke cikgu?

    ReplyDelete
  2. menarik sungguh pengalaman.. aiza suka tengok pemandangan air tu. tenang je..

    ReplyDelete
  3. Masyaallah, lahaulawala kuwatailla.

    Cantiknya alam ciptaan Tuhan.

    Terima kasih berkongsi gambar-gambar yang cantik tu.

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat jenjalan macam ni.. baru plan ngan mmber nk bercuti tahun depan tapi x decide lgi kat mne.. kne tgk bajet n kelapangan dlu.. :)

    ReplyDelete
  5. yang gambar last dah macam mohabhattien dah. kiki.

    ReplyDelete
  6. antara tempat2 menarik yang mahu aku kunjungi
    tapi entah bila masanya

    ReplyDelete
  7. Cikli.
    Hehehe. Takdan nak bawak balik cikli..

    ReplyDelete
  8. Mizz Aiza.
    Pemandangan air tu kt Dal Lake.Kalau pertengahan bulan januari, tasik ni akn membeku.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Mak Long a.k.a Kunang-kunang.
    Alam ciptaan Allah mmg menarik dan menawan selagi mana kita mensyukuri dan menghargai.

    ReplyDelete
  11. HiDa.
    Bagus tu.. jalan2 dulu sebelum dibebankan dgn tangungjawab yg besar.

    ReplyDelete
  12. cikguNae.
    ni yg bulan 11 tahun 2012, tapi saya lewat tulis kat blog ni.

    ReplyDelete
  13. NARDtheNERD.
    Kashmir dulunya mmg jadi lokasi pengambaran filem2 hindi. Tapi Mohabbatein tu kat Europe rasanya

    ReplyDelete
  14. teh ramuan.
    Insha-Allah tehr, ada masa nnt dpt jugalah ke Kashmir.

    ReplyDelete
  15. cantek giler kashmir ni
    tp sayang ea xdpt naik gondola tu..xpelah xde rezeki..betul tu ada hikmah disebalik kejadian...

    best dpt rasa real salji..jeles baq ang :)

    ReplyDelete
  16. el.
    saya rasa kashmir ni wilayah or kaw yg paling cantik kt India. Mmg sedih x dpt naik gondola tu tapi apakan daya. hehehe.

    ReplyDelete
  17. best nya....harap ada rezeki pergi ke sana... :)

    ReplyDelete
  18. Ez-1.
    Jika nak ke sana eloklah pada musim bunga. Sy dfahamkan pada masa tu pemandangannya sgt cantik.

    ReplyDelete
  19. sonoknyer dapat lawat negara org
    jauh perjalanan, luas pandangan
    harap boleh ke sana juga seuatu hari nanti
    suka g tempat sejuk :)
    cantik gambar

    ReplyDelete
  20. cantik.. cantik... pemandangannya...

    ReplyDelete
  21. Shameel awak ni sebenarnya kerja apa...asyik berjalan memanjang!!! hehe...
    Tapi betul...sejak dulu lagi Kashmir ni dah terkenal dengan kecantikkannya kan

    ReplyDelete
  22. hainom OKje.
    Saya kerja guru jer, hehehe pastu adalh sampingan.. Tapi saya mmg suka jalan2 tgk keindahan alam ciptaan Tuhan.

    ReplyDelete