Sunday 19 May 2013

Keunikan Jaipur (The Pink City), Rajashtan, India

Hawa Mahal(dikenali juga sebagai The Palace Of The Winds)
Dibina pada tahun 1799 oleh Maharaja Sawai Pratap Singh.

Ini adalah sambungan dari tajuk sebelumnya 

Jaipur adalah ibu negeri Rajashtan, iaitu sebuah wilayah padang pasir yang terletak di Utara India. Jaraknya sekitar 260 km dari New Delhi dan ia sememangnya sebuah destinasi yang unik dan menarik untuk dikunjungi andainya anda berkesempatan melancong ke India. 

Hawa Mahal, Jaipur.
Bersama seorang pelancong dari Malaysia

Jaipur diasaskan oleh Maharaja Jai Singh II, malah nama Jaipur sendiri adalah dari nama Maharaja tersebut . Beliau merupakan seorang pahlawan dan ahli astronomi, dan memerintah Jaipur antara tahun 1693 hingga 1743M. Pada bulan November tahun 2012, saya berkesempatan ke sana, dan entry ini adalah berdasarkan pemerhatian sepanjang saya di sana dan digabung dengan fakta-fakta dari pembacaan. 


Hawa Mahal, Jaipur

Jaipur terkenal dengan gelaran The Pink City. Ini memandangkan kebanyakkan bangunan di sini, terutamanya bangunan-bangunan lama di sini berwarna pink atau merah jambu. Gelaran Pink City ini ada sejarahnya tersendiri. Ia bermula ketika era pemerintahan Sawai Ram Singh II yang memerintah dari tahun 1835 hingga 1880. Beliau terkenal dengan jolokan Colourful Maharaja.

Hotel penginapanku di Jaipur ini adalah 
tinggalan istana/bangunan milik 
Thakur Bhgawat Singh Ji yang dibina pada tahun 1889.
 Abaikan beg-beg besar itu sebab ia bukan milik saya.


Maharaja Sawai Ram Singh II telah mengarahkan agar seluruh bandar diwarnakan dengan pink untuk menyambut kehadiran Prince Of Wales( yang kemudiannya dikenali sebagai King Edward VII ) pada tahun 1876. Tindakannya ini bukan sahaja menjadikan Jaipur sebagai sebuah bandar yang hebat, tapi turut mempunyai identiti dan penampilan yang tersendiri.Pemilihan warna pink juga bukanlah dilakukan secara semborono, tetapi melalui beberapa percubaan atau eksprimen yang bertujuan untuk mengurangkan silau dan panas terik matahari.

Amer(Amber) Fort, Jaipur




Di Jaipur terdapat beberapa lokasi yang bertaraf ‘wajib’ dikunjungi, antaranya ialah City Palace ( Chandra Mahal) atau Kompleks Kota Diraja. Ia terletak di tengah-tengah Kota Jaipur dan Keluasannya adalah sekitar 15 peratus daripada keseluruhan Kota Jaipur. City Palace dibina oleh Maharaja Jai Singh sekitar tahun 1729 hingga 1732. 

Amer(Amber) Fort


City Palace terkenal dengan keindahan dan keunikkan sebina yang terhasil daripada adunan senibina Rajput dan Mughal. Umum mengetahui, Rajput di bawah pengaruh agama Hindu dan Mughal pula berada di bawah 
pengaruh islam
Amer Fort


Hawa Mahal (dikenali juga sebagai The Palace Of The Winds) juga merupakan lokasi yang perlu dikunjungi andainya bertandang ke Jaipur. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada City Palace, dan mempunyai sejarah dan matlamat yang tersendiri di sebalik pembinaannya. Selain itu, ia juga menjadi mercu tanda Jaipur, sebagaimana Taj Mahal menjadi mercu tanda Kota Agra.


Amer Fort


Hawa Mahal dibina pada tahun 1799 oleh Maharaja Sawai Pratap Singh. Bangunan atau istana setinggi lima tingkat ini mempunyai 953 tingkap kecil. Tingkap-tingkap kecil ini digunakan oleh Royal Ladies( saya takrifkan sebagai puteri-puteri raja dan anak-anak gadis golongan bangsawan) untuk melihat dan memerhatikan kehidupan di luar istana, termasuklah segala aktiviti seperti perarakan atau apa-apa majlis yang dijalankan di luar istana. wanita-wanita ini dapat memerhatikan semua itu, tanpa perlu keluar dari istana.

Ia juga dikatakan dijadikan tempat oleh wanita-wanita istana ini mengintai putera-putera raja yang berjalan dan keluar dari istana. Jadi, mereka dapat memerhati dan meneliti tanpa disedari oleh ‘mangsanya’.

Tapi, sayang, kita tidak dibenarkan sama sekali untuk ‘menyelongkar’ Hawa Mahal secara terperinci. Ini kerana segala aktiviti termasuklah merakamkan gambar hanya dibenarkan di luar sahaja. Jadi, kita tidak dapat menghayati keindahan dengan lebih mendalam. 

Amer Fort



Satu lagi lokasi yang bertaraf wajib kunjung di Jaipur ialah Amer Fort( disebut juga sebagai Amber Fort). Ia terletak kira-kira 10 atau 11 km dari Jaipur. Amer(Amber) Fort merupakan kompleks istana yang terletak di atas bukit.

Amer Fort
  

Amer Fort dibina oleh Raja Man Singh pada tahun 1592. Ia dikatakan didiami oleh Maharaja Rajput dan ahli keluarganya.Sekilas pandang, ia persis tembok besar china, walaupun tidak sepanjang tembok tersebut. 

Untuk ke Amer(Amber)Fort ini, pelancong bolehlah menaiki gajah yang disediakan. Berdasarkan pengalaman saya, para pelancong terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran untuk menaiki gajah dan seterusnya menerokai Amer Fort. 


Amer Fort


Sepanjang perjalanan(menaiki gajah) menuju Amer Fort, para pelancong berkesempatan menikmati keindahan yang terbentang di sekitar kompleks tersebut. Aktiviti meneroka dan menyelongkar keunikkan Amer Fort secara tuntas pula hanya bermula setelah perjalanan( menaiki gajah) tiba ke destinasinya. Bermula dari situ, kita akan dibawa melihat setiap sudut dan bangunan yang tersergam indah. Jujur! ia memang indah dan unik. 

Keunikan dan keindahan Amer Fort ini kerana senibinanya yang mempunyai pengaruh senibina Hindu dan Islam. Jadi, pastikan, anda merakam segala keindahan yang terhidang untuk dijadikan kenangan terindah dalam hidup anda. 

Di bahagian dalam Amer Fort terdapat beberapa buah bangunan yang cantik dan terkenal seperti Diwan-i-Aam (Hall Of Public Audience). Corak dan ukirannya seakan-akan ukiran yang terdapat pada istana-istana dinasti Mughal. Ia digunakan oleh Maharaja untuk aktiviti-aktiviti tertentu termasuklah untuk meraikan perayaan dan mengadakan sambutan sempena kemenangan.

Aku di  Amer Fort
Amer Fort
Amer Fort



Kesimpulannya mudah sahaja, andainya anda berkesempatan melancong ke India, cuba-cubalah intai ruang dan mencari peluang untuk berkunjung ke Jaipur. Saya yakin, anda akan berpuas hati dengan kunjungan tersebut. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan:  

19 comments :

  1. sangat-sangat menarik..kalaulah berkesempatan untuk pergi, memang tak lepas peluang...

    ReplyDelete
  2. Selalu juga tgk ttg Jaipur ni dlm rencana2 pelancongan.. mmg unik! bangunan Hawa Mahal tu menjadi salah satu tarikan:)

    ReplyDelete
  3. CintaZulaikha
    Memang menarik Zulaikha. Kalau ada peluang mmg kena pergi.Lagipun Zulaikha ni org seni jadi pasti sahaja amat menghargai seni binanya yg unik dan indah.

    ReplyDelete
  4. aTieYusof Family.
    Jaipur ni termasuk dlm kategori Golden Triangle( jaipur, agra dan delhi). Jadi, kalau pakej melancong ke India, biasanya akan ke ketiga2 destinasi ni.

    ReplyDelete
  5. menariknya.. apa perasaan naik gajah tu? aiza tak pernah lagi naik gajah..

    ReplyDelete
  6. Mizz Aiza.
    Best jugak naik gajah.. ni pun first time naik gajah.. Rasa takut jugak sbb sering terbayang gajah2 liar yg selalu sy terserempak kt grik masa balik ke kelantan.

    ReplyDelete
  7. cantek sggh amer fort tu

    ReplyDelete
  8. wowwww..sgt mnarik, best ke pergi india??? gmbar taj mahal xde pun

    ReplyDelete
  9. cantikkk permandangan di sana.. Few years ago saya berkesempatan ke Kerala India.. suasana di sana juga tidak kurang hebatnya kan

    ReplyDelete
  10. el.
    Amer Fort tu mmg cantik dan unik.

    ReplyDelete
  11. S.K.A.
    Trima kasih ats kunjungan.Gmbr taj mahal ada dlm entry yg sy sertakan link kt bawah tu.

    ReplyDelete
  12. adzairdawati makdara.
    Saya teringin jugak nak gi kerala, sbb dgr criter member2 yg pergi sana kerala pun cantik jugak.

    ReplyDelete
  13. Penginapan kamu juga unik cikgu... tinggalan Istana Thakur Bhgawat Sigh Ji 1889....Gabungan Hindu dan Islam untuk senibina City Palace...Pasti sangat menarik kan...Makin dibaca makin teruja pulak nak berkunjung....

    ReplyDelete
  14. Eye_nee.
    Hotel penginapan saya tu mmg besar dan antik sebab ia adalah tinggalan pembesar Jaipur zaman silam.

    ReplyDelete
  15. Memang banyak tempat menarik di sini cuma tak tahan dengan masakannya yang kadang terlalu spicy tu je.

    ReplyDelete
  16. cahayacinta

    salam seni bina yang cantik.sy tak pernh kesana hiii

    ReplyDelete
  17. assalam,

    seronok ye dapat jalan2 tengok tempat orang...bunda Malaysia pun tak habis pusing lagi..

    ReplyDelete
  18. aku biasa tengok dalan filem hindi je
    hehe
    nak ke sana belum ada kesempatan

    ReplyDelete
  19. Seronok dapat berjalan dan melawat negara orangkan Shameel!

    ReplyDelete