Wednesday 8 May 2013

(Sesat Dan Kufur) Apabila Kitab-Kitab Hadis Dianggap Sebagai Buku Olahan Manusia.


Perbuatan menganggap hadis sebagai buku olahan manusia amatlah biadap dan boleh menyebabkan kekufuran. Mungkin bagi manusia yang bernama Saiful Bakhtiar Hashim, kitab-kitab hadis termasuklah kitab Sunan Sittah itu setaraf dengan majalah Mangga dan URTV. Mungkin bagi dia, ulama-ulama hadis,termasuklah Imam Bukhari dan Muslim itu setaraf dengan wartawan Majalah Hiburan. Ulama-ulama hadis telah mewakafkan hidup dan kehidupannya untuk mempelajari dan mengkaji hadis termasuklah menkaji sanad dan matan hadis dan menguasai pelbagai disiplin ilmu hadis termasuklah ilmu Al-Jarh wa al-Ta’dil. Tapi dengan penuh kebiadapan, dia samatarafkan hadis tersebut dengan buku olahan manusia. 

Sejujurnya, saya pernah meneroka dan menyelongkar ke akaun Facebooknya, ternyata dia ni amatlah cakna terhadap masalah dan permasalahan orang Melayu. Dia lantang mengutuk pihak-pihak yang menggugat Ketuanan Melayu,termasuklah DAP. Tahniah perlu diucapkan kerana dia sangat prihatin terhadap isu melayu dan kemelayuan, namun takziah lebih utama untuk diucapkan sebab dia terbabas dan tergelincir dari sudut islam dan keislaman. 

Menolak hadis yang sahih( baik mutawatir mahupun Ahad), hukumnya adalah kufur. Dan, sebagai umat islam, kita seharusnya menerima hadis-hadis yang sahih dan hasan. Lainlah kalau hadis bertaraf Dhaif. Itupun masih boleh diterima untuk kelebihan amal, selagi tidak terlalu Dhaif(dhaif jiddan) ataupun hadis palsu (maudhu') yang perlu ditolak secara total.

14 comments :

  1. Nauzubillah min zalik!..takut lah dgn org2 yg suka mempersenda hukum agama ni kan cikgu?.. apa pun yg kita lakukan, kena balik pd hukum agama..baru akan merasai nikmat hidup yg sebenar...(sekadar pandangan peribadi)...:)

    ReplyDelete
  2. aTieYusof Family.
    Mempertikaikan hadis mmg membawa kekufuran,dan ia sgt membahaya. Bayangkan jika org tersebut diambil nyawa sebelum sempat bertaubat, matinya adlah dalam keadaan kufur.

    ReplyDelete
  3. Nauzubillah.. Ingt ulas novel ke pe.. Huhu

    ReplyDelete
  4. ada juga manusia yang masih kufur begini.. semoga dia insaf dan segera bertaubat sebelum terlambat..

    ReplyDelete
  5. Nauzubillah..moga diberi kesedaran kepadanya ~~

    ReplyDelete
  6. Bila dah rasa diri tu serba pandai,sarba tau.. inilah jadinya..

    ReplyDelete
  7. Berani Bersuara..Tahniah..tp nampak tidak bijak langsung...ini hal Agama...rujuk bijak pandai dahulu sebelum berikan pendapat..jika tidak lebih baik diam supaya tidak kelihatan hanya sekadar seorg Melayu tetapi tidak tahu apa itu Islam...

    ReplyDelete
  8. maria firdz.
    Ulas novel..hehehe..jrg baca novel.

    ReplyDelete
  9. Blogger Mizz Aiza.
    Harap2 dia cepat bertaubat. saya dah ke akaun fb dia. Dia ni otai rockers.

    ReplyDelete
  10. Nazmin Nazifa εїз.
    Harap2 begitulah. Jika tidak, ia tidak hanya sesat tapi turut menyesatkan.

    ReplyDelete
  11. fiqas Rafies
    Setuju sekali dgn saudara..

    ReplyDelete
  12. Eye_nee.
    Cintakan dan sayangkan bangsa, itu bagus dan baik. Tapi ia tidak bermakna dan tidak membawa apa2 makna jika terbabas agama dan tergelincir akidah.

    ReplyDelete
  13. rasanya mamat yg pos komen tu yg dol...

    ReplyDelete
  14. Hish.... takutnya.... harap harap dia akan sedar nanti...

    ReplyDelete