Tuesday 24 April 2012

30 APRIL TARIKH AKHIR HANTAR BORANG BE




Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai bahawa tarikh akhir pengemukaan Borang BE bagi Tahun Taksiran 2011 adalah pada 30 April 2012. Ini bermakna hanya ada 6 hari sahaja lagi untuk berbuat demikian.

Kegagalan mengemukakan borang ini adalah menjadi satu kesalahan dan tindakan boleh dikenakan amaun penalti tidak akan melebihi 3 kali ganda cukai yang dikenakan di bawah subseksyen 112 (3) mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.

Justeru, LHDNM menyeru dan menasihatkan agar semua pembayar cukai untuk mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran 2011 dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya pembayar cukai memilih untuk menghantar melalui perkhidmatan e-Filing, maka tarikh akhir dilanjutkan pada 15 Mei 2012.

e-Filing Mudah, Tepat dan Selamat.


Sumber : LHDN

6 comments :

  1. Sudah beresss... Kalau ditangguh takut lupa la pulak nnt..

    ReplyDelete
  2. sekarang senang.. boleh pakai E-Filing.. jimat masa..

    ReplyDelete
  3. ainnoraini.
    saya baru jer beres ptg tadi. Cuma bayar jer belum lagi. Esok or lusa bayarlah pulak.

    ReplyDelete
  4. fiqas .
    Betul tu fiqas . Mudah dan cepat dan yg ptg selamat.

    ReplyDelete
  5. Auntie baru isnin lepas ke Plaza Peransang di SA ni untuk uruskan hal income tax ni yang tak selesai2 walaupun dah hampir 3 tahun bersara. Pening.... Dia silap atau auntie yang silap.

    ReplyDelete
  6. Aku selalunya pilih e-filing je
    Mudah dan menjimatkan

    ReplyDelete