Monday 9 April 2012

DAYANGKU INTAN SERTAI PKR.




Penyanyi Dayangku Intan, yang popular dengan lagu ‘Semakin Rindu Semakin Sayang’ mengesahkan menyertai KEADILAN pada majlis Makan Malam WANITA KEADILAN hujung minggu lalu.

Beliau menyifatkan penyertaannya ke dalam KEADILAN sebagai satu perjuangan yang perlu dilaksanakan sebagai seorang rakyat Malaysia.

“Saya rasa ini perjuangan yang harus kita buat. Pada rakan-rakan kita yang lain perjuangan saya ini rasa kurang pintar, mereka salah,” katanya.

Beliau juga tidak risau tentang tanggapan bahawa penyanyi dan pelakon akan sukar mendapat peluang berlakon dan menyanyi apabila orang ramai melihat mereka aktif dengan parti politik selain daripada Umno.

“(senyum) Rezeki Allah yang bagi. Pada artis-artis, mungkin mereka takut tapi dalamilah perkara yang sebenar.

“Kawan-kawan saya, ada banyak kekecewaan (tentang sistem pentadbiran negara) yang tak boleh diluahkan. Jangan takut kita menegakkan kebenaran” katanya.
Beliau turut menyeru rakan-rakan seniman yang lain untuk terlibat secara lebih aktif dalam usaha membaiki negara melalui landasan politik.

“Saya mohon kita semua perjuangkan keadilan dan kita semua inginkan pembaharuan untuk semua, untuk anak-anak untuk ibu, untuk negara,” katanya.


Sumber : Keadilandaily


INFO TAMBAHAN:

Malaysia Negara demokrasi, jadi keputusan dan tindakan Dayangku Intan perlu direstui. Malaysia ni masih ramai yang sakit jiwa dan rosak mental, bila seseorang menyokong parti pembakang, terus dilabel anti-Kerajaan.

Entah apa silapnya, hinggakan ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu membezakan antara parti dengan politik. Lagi banggang, dalam surat khabar pun terdapat artikel bertajuk Kerajaan Pembakang(merujuk kepada kerajaan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor).

Malang sungguh, sebab Malaysia yang agak maju dalam aspek pembangunan tapi dalam aspek pemikiran ternyata masih ortodoks dan primitif, malah setaraf masyarakat Paleolitik


6 comments :

  1. semua nih terpulanglah pada diri, nak sertai yg mana pon. mungkin kita nih tak pandai ttg politik, tp kita ada mata tuk melihat mana yang benar atau salah.

    ReplyDelete
  2. CintaZulaikha.
    Setuju sekali. Kita kena hormati pendirian seseorg utk menyertai parti apa sekalipun. Ia sejajar dgn prinsip demokrasi. Dan kita sebagai rakyat perlu menjadi pengguna yang bijak dalam isu ini dgn memerhati dan meneliti segala keupayaan dan kemampuan sesebuah parti. Dan kita juga boleh 'murtad' dari parti andainya parti itu tersasar dan terbabas.

    ReplyDelete
  3. alamak!!
    gue ttg politik ni..
    kurang sikit..
    eheheee

    ReplyDelete
  4. mie .
    Takpe mie saya pun bukannya blogger politik tapi blogger persahabatan.

    Criter politik ni hanya sekali sekala jer bila ada isu2 menarik.

    ReplyDelete
  5. Kerajaan pusat perlu hormati kerajaan negeri
    semuanya pilihan rakyat

    ReplyDelete
  6. tehr.
    Betul tu Tehr. Tapi masalahnya kerajaan pusat mendera kerajaan negeri yg dipimpin oleh PR

    ReplyDelete