Thursday 19 April 2012

Jenayah seksual meningkat sebanyak 36 peratus



Jumlah kes jenayah seksual termasuk rogol membabitkan mangsa berumur di bawah 16 tahun meningkat sebanyak 36.1 peratus atau 642 kes pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar kecil) berkata, statistik polis mendapati sebanyak 1,777 kes jenayah seksual terhadap remaja dilaporkan sepanjang 2010 sebelum naik kepada 2,419 kes pada tahun lalu.

“Sebanyak 924 kes telah dilaporkan pada 2005, 1,301 kes (2006), 1,653 kes (2007), 1,871 kes (2008) dan 2,049 kes (2009),” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau memberitahu, banyak kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa penjenayah sewaktu mereka bersendirian di dalam atau di luar rumah.

“Antara faktor kes jenayah seksual ini meningkat ialah disebabkan kurang pendidikan dan agama, masalah dalam institusi kekeluargaan, pengaruh media massa dan media alternatif serta mangsa dan suspek melakukannya secara suka sama suka,” katanya.

Sumber kosmo

12 comments :

  1. perkara cenggini mmg tak boleh nak dikesan. kebanyakannya sumer guna fake id. tu yg jadi payah nak tangkap kalau terjadi sesuatu.

    ReplyDelete
  2. Mrs.Eady .
    Risaukan dgn peningkatan kes ni.

    ReplyDelete
  3. Azura @ cik buaya.
    zaman skrg ni klip2 lucah mudah sgt didapati. Itu antara punca peningkatan jenayah seksual ni

    ReplyDelete
  4. CintaZulaikha .
    mmg payah nak kesan cuma kena main peranan.

    ReplyDelete
  5. tahu cakap je menteri ni...orang nak buat baik jarangnye disokong

    ReplyDelete
  6. dunia semakin menakutkan...

    ReplyDelete
  7. Tengokkan perangkaan ni
    dalam 3 tahun boleh jadi 100% tu

    Parah dah ni

    ReplyDelete
  8. Cikli .
    Setuju skali dgn kata2 Cikli

    ReplyDelete
  9. eita.
    kalau eita nak tahu, kat sekolah pelajar form 2 dah berani lakukan gangguan seksual terhadap guru perempuan.

    ReplyDelete
  10. tehr .
    sangat parah. susah nak cegah dah cuma boleh kurangkan jer,

    ReplyDelete