Sunday 22 April 2012

Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan




Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.

"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.

"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.

Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.
Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.

"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.

Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.

Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."

"Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.

Sumber :Sinar Harian



INFO TAMBAHAN:
Saya lebih cenderung untuk berprasangka baik, arwah mungkin terjatuh dan terbunuh dan bukannya membunuh diri. Lagipun terdapat beberapa factor seseorang itu boleh terjatuh dari bangunan tinggi(kalau tak percaya, sila tanya SPRM).

Sekitar tahun 2005, ketika berkhidmat di Sabah, terdapat kes seorang pelajar saya yang terjun dari bangunan. Apabila ditanya (sesudah pelajar tersebut dibenarkan keluar dari hospital) dia menjelaskan melakukan perbuatan tersebut dalam keadaan luar kawalan kerana rasukan makhluk halus

Jadi eloklah kita mendoakan agar roh mahasiswi tersebut aman dan damai di alam sana.

Takziah kepada keluarga arwah dan sabarlah menghadapi dugaannya.

5 comments :

  1. yang pastinya dia jatuh. itu yang umum tahu. tak perlu membuat spekulasi utk lariskan paper

    ReplyDelete
  2. Tanya SPRM tu yg tak boleh tahan..^__^

    setuju dgn shameel, bersangka baik itu yg terbaik.

    ReplyDelete
  3. Cikli.
    spekulasi sengaja dicipta utk lariskan paper.Langkah terbaik kita serahkan kepada Allah

    ReplyDelete
  4. Ujie .
    Sebab dah 2 kes org mati terjatuh bangunan kt bangunan SPRM.
    hahaha.

    ReplyDelete
  5. Takziah kepada keluarga arwah
    Dugaan Allah datang dalam berbagai bentuk dan cara

    ReplyDelete