Sunday 22 April 2012

Kisah Sebenar di Sebalik Kematian(Terjun Bangunan) Mahasiswi UPSI




Dalam entry lepas, lihat -->:SINI telah saya tegaskan, mahasiswi UPSI itu mungkin terjatuh atau terbunuh dan bukannya terjun bangunan atau bunuh diri. Ia dua perkara yang amat berbeza dan salah faham terhadap perkara ini menatijahkan keaiban kepada keluarga arwah. Dalam entry tersebut juga telah saya paparkan contoh yang menimpa bekas pelajar saya, yang terjun dari bangunan gara-gara rasukan/bisikan makhluk halus.

Malang bagi Malaysia kerana masih ramai rakyatnya yang mandul akal. Kalau mati terjatuh bangunan terus dianggap membunuh diri, padahal banyak kemungkinan di sebalik kejadian itu(kalau tak percaya, tanyalah SPRM). Begitu juga kalau mayat terjumpa di sungai atau laut terus dianggap mati lemas, padahal mungkin mayat tersebut adalah mangsa bunuh yang kemudiannya di campak ke dalam sungai atau laut.


*********

[HM] TANJUNG MALIM: Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu (sila baca wahai kenyataan ni wahai penyebar fitnah)

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistikmenyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

“Malah, saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis,” katanya yang dihubungi semalam.

Fatimah, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berasal dari Bakri, Muar, Johor, ditemui terbaring di bawah bangunan berkenaan dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya.

Sumber: SINI

22 comments :

  1. Ya Allah.... moga ada pencerahan pada yg menabur fitnah. Mistik adalaha suatu yg tidak mustahil dan sungguh jin dan syaitan ada disebut di dlm al-quran...

    Moga rohnya tenang di sana dan pihak keluarga dapat menerima qada' & qadar Allah ini...

    ReplyDelete
  2. Kakzakie.
    Benar tu kak. Marilah kita doakan agar rohnya damai di sana dan semoga keluarganya dineri kekuatan utk menghadapi dugaan ini

    ReplyDelete
  3. Jadilah manusia yg berfikir sebelum berkata-kata...mengaib dan menfitnah berusahalah menghindarinya....Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh FATIMAH MINA MD JEFERI..

    ReplyDelete
  4. Eye_nee.
    saya amat sakit hati bila membaca kutukan dan makian terhadap arwah di laman sosial dan blog. Antara kutukan da makian itu ialah pasti tak bau syurga, bakal ahli neraka dan lain-lain.

    Media juga yg perlu bertanggungjawab atas semua ni. Semua smlm paper trutamanya sinar harian melaporkan arwah terjun banguan gara-gara tekanan perasaan.

    ReplyDelete
  5. Kak tak dpt lari dr rasa berdebar bila tau berita ni. Anak kak yg sedang belajar di salah satu ipta d Johor pun pernah mengadu melihat sesuatu yg pelik di salah satu bangunan asrama sana. Semoga anak2 kita selamat dr gangguan syaitan dan iblis......Amin..

    ReplyDelete
  6. Hanya Allah yg tahu segala hal yang tersembunyi.
    Bersimpati dgn keluarga pelajar berkenaan...pasti sedih teramat sangat.

    ReplyDelete
  7. Kak Imun.
    Banyak2 berdoa kak, serahkan pergantungan kepada Allah.

    Tak dapat dianfikan disesentgah tempat, mmg terdapat gangguan makhluk halus yg menyebabkan histeria tahap teruk.

    Sekolah saya kat lahad Datu sabah dulu huru-hara kak gara-gara gangguan makhluk halus. Ustaz untuk pelajar2 islam dan sister utk pelajar kristian terpaksa dtg ke sekolah utk menyelesaikan mslh ni

    ReplyDelete
  8. kasihredha.
    benar kak. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Cuma kita perlu berprasangka baik.

    Mudah-mudahan rohnya damai di sana.

    ReplyDelete
  9. sbb tue kite sentiasa di suruh berzikir tuk menepis godaan syaitan nie..tp segalanye dh tertulis begitu..

    ReplyDelete
  10. mesti emosi keluarga arwah sgt tergangggu skang kan..huhu,

    semoga mereka tabah...

    ReplyDelete
  11. Moga roh arwah diterima Allah sebagai hambanya yang beriman

    ReplyDelete
  12. Semoga rohnya bersama orang yang diterima Allah. Kita juga.

    ReplyDelete
  13. semog roh nya ditmpatkan dikalangan org yg beriman

    ReplyDelete
  14. Zura.
    betul tu Zura. Ingat Allah sentiasa(brzikir)adalah sebaik2 benteng pertahanan dari ganggun iblis

    ReplyDelete
  15. mamaNoriz.
    saya yakin keluarganya sedih dan kesal. sedih krn kehilangan anak tersayang dan kesal krn pihak tertentu(akhbar)membuat spekulasi yg buruk terhadap arwah.

    ReplyDelete
  16. tehr.
    Amin...mudah-mudahan begitulah

    ReplyDelete
  17. Cikli.
    mudahan-mudahan dan harap-harap. sama2lah kita mendoakan agar pengakhiran arwah adalah pengakhiran yg baik, begitu juga dgn pengakhiran kita.

    ReplyDelete
  18. Titisan Hujan.
    Amin... sama2lah kita doakan.

    ReplyDelete
  19. itu lah, ada yg terus buat andaian tanpa unsur periksa..

    ReplyDelete
  20. Baiknyet kita jd manusia..jgn suka berkata2..yg munasabh biar kita fikir n jd peringatan..yg x munasabah..kita jdkn peringatan juga...srbb kita bkn melihat dgn mata sendiri..so baik jgn comment pe2..peringatan untuk sy juga

    ReplyDelete
  21. salam shameel.. hida pun terkejut ngan berita ni sbb masa kejadian hida ada kat kg.. mggu lepas pergi tuk konvo dan dgr cerita dari kawan2 juga pelbagai versi ada.. apa2 pun hida doakan moga rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.. Al-Fatihah..

    ReplyDelete