Monday 8 October 2012

Gadis Malang : Empat Jam Dirogol Secara Bergilir- Gilir Oleh Sepuluh Lelaki Myanmar



Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini. 

Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira. Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu. “Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya. 

Sumber: Metro

Info Tambahan.
Waspadalah wahai wanita kerna dirimu amat berharga.

20 comments :

  1. humm..sb tu tak boley nak kuar sorg2 leni, kena berteman lebih dari 2,3 org. takut2 jd cengginilah...kesian.

    ReplyDelete
  2. CintaZulaikha .
    Baik2 berhati2 Zulaikha. Byk sgt ancaman mcm ni skrg ni

    ReplyDelete
  3. Aku tak percaya! Aku tak percaya dakyah kau orang! Kamu memang sengaja mahu menjatuhkan martabat PDRM dan kerajaan BN. Bukankah Malaysia negara paling selamat di rantau ini!

    ReplyDelete
  4. Ya allah siannya... tak berperikemanusiaan sungguh!!

    ReplyDelete
  5. Ya Allah...takutnya bila baca...meremang bulu roma...semoga Allah melindungi wanita Islam di seluruh dunia.Amin..

    ReplyDelete
  6. Anonymous.
    hahaha, sabar Anom. kita pakat ambil iktibar.

    ReplyDelete
  7. hainom OKje.
    Lebih kejam dari binatang sbb binatang yg setahun tak mengawan pun tak serakus ni..

    ReplyDelete
  8. s h a .
    Sama2lh kita mendoakan agar perogol2 it menerima balasan yg setimpal dan moga mangsa rogol itu dapat pembelaan yg sewajarnya dan dapat meneruskan kehidupan dgn tenang dan senang..

    ReplyDelete
  9. Astagfirullah.. Takutnya.. Betapa sakitnya dia selama 4 jam.

    ReplyDelete
  10. ya allah takutnyeee...deritanya dia...harap2 perogol tu dpt balasan..

    rasa tak selamat jer...mintak jauhkan perkara2 seperti ini berlaku kat kita semua..

    ReplyDelete
  11. Titisan Hujan .
    Dlm keadaan skrg, tidak slmt utk wanita jalan2 bersendrian.Baik utk shooping mahupun kerja, mesti berteman..

    ReplyDelete
  12. LydSunshine.
    Sakit satu hal, tapi yg pasti dia akan alami tekanan perasaan dlm masa yg terdekat dan dibimbangi tekanan perasaan itu akn berpnjngan hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  13. ainnoraini.
    Dia pasti derita dlm temp0h 4 jam tu. Tidak setakat dirogol, aksi tersebut pun dirakam dan mungkin disebarkan. Moga Allah memberikan kekuatan jiwa kepadanya dan moga Allah melaknat perogol durjana tu.

    ReplyDelete
  14. hmm...sadisnyer....xde perikemausiaan lgsung..!!

    ReplyDelete
  15. memang sial r orang uh !!!!

    ReplyDelete
  16. Zura.
    mrk ni mmg jenis jantan yg hidup utk seks

    ReplyDelete
  17. Yuni Aisyah
    perogol2 ni kejam lebih dri binatang. hati2 selalu

    ReplyDelete