Friday 5 October 2012

MOGA CINTANYA SAMPAI KE MATI



39 tahun dahulu, dia(Raya Dahan) diperkenalkan dengan calon suaminya(Kamarul Baharin) yang lumpuh separuh badan. Namun nekad dan muktamad, dia tetap menerima lelaki lumpuh tersebut sebagai pelengkap hidupnya.

Sungguh! wanita ini membuahkan rasa kagum di hati saya. Apa tidaknya,sewaktu mula-mula mengenali lelaki tersebut( calon suaminya), lelaki tersebut telah pun terlantar lumpuh selama enam tahun. Namun cinta dan kasihnya terhadap lelaki tersebut tidak pernah terhakis dan terkikis.

Di awal perkahwinan, si suami kerap mengajukan tanya, adakah dia ikhlas menerima kekurangannya, namun berkali-kali dia menegaskan saya ikhlas menerima awak sebagai pelengkap hidup dan tidak pernah menyesal mengahwini awak” 

Sesetengah kes, seseorang tunang akan memutuskan ikatan pertunangan apabila tunangnya tidak lagi sempurna. Terdapat juga kes(melalui pembacaan di akhbar), seorang suami menceraikan isterinya yang kudung kaki kerana kemalangan, dan lagi malang, kemalangan itu berpunca daripada kecuaian si suaminya. 

Saya teringatkan kisah seorang kenalan yang telah dua kali memutuskan ikatan pertunangan. Sekitar tahun 2005, dia bertunang dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai operator pengeluaran. Tak sampai setahun dia bertindak memutuskan ikatan pertunangannya itu dengan alasan inginkan suami yang mampu menjamin masa depannya, lantas dia menjalin hubungan dengan seorang guru dan mengikat tali pertunangan dengan guru tersebut pada pertengahan tahun 2006. Dan, saya mendapat perkhabaran ikatan pertunangannya dengan guru tersebut juga sudah putus, setelah dia mengenali seorang doktor pakar. Saya tidak tahu perkembangan terkininya, adakah dia masih lagi memburu lelaki yang benar-benar sempurna kerjaya atau dia telah tersungkur dalam pencarian itu. Yang pasti Allah itu Maha Adil. 


Tajuk Lain Yang Berkaitan :Pelamin Anganku Musnah

8 comments :

  1. bukan senang kan nak jpa yg jenis setia sgt..untung si suami.

    nak mencari yg terbaik tuh mmg bagus, tp agak2lah kut..

    ReplyDelete
  2. Titisan Hujan.
    Saya rasa satu dlm sejuta. hehehe.

    ReplyDelete
  3. CintaZulaikha.
    Setiap manusia inginkan yg terbaik utk hidup dan kehidupannya. jadi memilih yg terbaik itu lumrah dan keperluan.

    Tapi ia perlu berpada2 sbb tiada penghujungnya dlm proses mencari kesempurnaan.

    ReplyDelete
  4. So sweet! Kisah cinta yg hebat sbnrnya.

    Kalau sempurna pd pndgn mata dunia yg dikejar..mmg tak berpenghujung.

    ReplyDelete
  5. Ujie
    Ramai yg tak faham maksud sempurna.. Lelaki anggap seseorg wanita itu sempurna bila cantik dan bergaya. Perempuan anggap lelaki itu sempurna bila kacak dan berada.
    Sesebuah kerjaya dianggap sempurna bila menjanjikan gaji yg tinggi dan lumayan. Ibu bapa dianggap sempurna bila anak2nya berkelulusan tinggi walaupun sifar pengetahuan agama.

    ReplyDelete
  6. mencari bahagia bukan kerana pandangan zahir
    lagi pun tiada manusia yang dapat menjamin kebahagiaan orang lain

    ReplyDelete
  7. kepada kawan perempuan sentiasa lah berwaspada, dan jangan terleka dengan janji yg tak pasti...

    ReplyDelete