Sunday 28 October 2012

IKAN BAIK UNTUK JANTUNG.



Kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dari semasa ke semasa, dan ia amat berkait dengan masalah kolestrol berlebihan atau hypercholesterolemia. 

Hasil kajian mendapati, masyarakat Eskimo mempunyai kadarpenyakit jantung yang amat rendah dan paras kolestrol yang lebih rendah berbanding masyarakat biasa di bandar-bandar di Amerika Syarikat dan Eropah. Selepas diadakan kajian, didapati kandungan makanan orang Eskimo amat tinggi dengan asid lemak omega 3. 

Pemerhatian yang serupa bagi penduduk di Okinawa Jepun dan penduduk di Kepulauan Crete, Mediterranean, juga mendapati mereka mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah. Hasil kajian mendapati penduduk di kedua-dua tempat ini makan ikan dan makanan laut yang lain dengan banyak.

BERAPA BANYAK IKAN YANG PERLU DIMAKAN. 
  • Mengikut kajian yang dibuat, cadangan pemakanan ikan ialah sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu. 
  • Makan juga ikan yang lebih kecil saiznya. Ini bagi mengurangkan risiko pencemaran logam raksa dan racun PCB yang mencemarkan daging ikan, terutamanya ikan-ikan yang besar seperti ikan tuna dan ikan jerung. 
  • Persatuan Jantung Amerika Syarikat(AHA) mencadangkan pengambilan satu gram EPA dan DHA setiap hari sekurang-kurangnya dengan makan ikan untuk mengurangkan risiko sakit jantung koronari.


CARA MASAKAN IKAN.
  • Cara memasak ikan juga mempengaruhi paras kolestrol. Jadi ada beberapa perkara yabg perlu diketahui. Jangan menggoreng ikan secara ‘gorengan dalam’(deep fry) atau menggoreng dengan minyak ‘asid lemak trans’ yang boleh melawan kesan kebaikan omega 3 yang berperanan menurunkan paras kolestrol.
  •  Goreng dengan minyak yang sedikit dan penggunaan minyak zaitun disyorkan sebab ia turut membantu menurunkan paras kolestrol 
  • Cara masakan yang baik ialah memanggang,merebus,munggunakan ketuhar gelombang mikro dan stim. 
  • Makan sandwich tuna dengan roti berserat penuh adalah satu contoh makanan yang amat baik untuk menurunkan paras kolestrol.

14 comments :

  1. maydin kat alor setar nih siap letak board tulis "makanlah ikan seminggu dua kali" kut..tak igt yg brapa ari tuh, tp mmg ada board surh orang ramai makan ikan..

    sedap apa ikan..masak stim pon best :)

    ReplyDelete
  2. CintaZulaikha .
    Baguslh kalao kt mydin ade board mcm tu.. sy tak perasan plak ade tak board mcm tu kt mydin kelantan. Mmg sedap mkn ikan.. Lagi2 ikan kerapu..

    ReplyDelete
  3. ikan mmg sedap///...masalahnye org melayu ni mmg dh terbiasa ngan goreng menggoreng ni..... walhal tau je x baik tuk kesihatan..huhu

    ReplyDelete
  4. sedang makan roti dgn tuna smabil baca blog en shameel.hehehe

    ReplyDelete
  5. kat Beijing susah nak dapat Ikan...jauh dari laut. ouh makan tuna bagus untuk mengurangkan kolestrol..tapi siaplah lepas makan, naiklah jerawat

    ReplyDelete
  6. Intan Norhaida .
    singang lebih baik dari goreng sbnrnya.. tp org kita dah terbiasa dgn goreng sejak zaman berzaman.

    ReplyDelete
  7. Titisan Hujan .
    Wah, kena pada masanya tu. heheheh..

    ReplyDelete
  8. Tulus Sweet.
    Gunakan oxy utk sigkirkan jerawat. hehehe. bln 12 thn 2010, sy lihat ramai jgk org2 kt beijing memancing ikan kat sungai yg dah mulai beku...tak tahulah ikan apa yg dipancingnya.

    ReplyDelete
  9. blog-tips-kurus.
    sy baru tahu ni ikan baik utk otak.

    ReplyDelete
  10. Macam ni kena lebihkan lauk ikanlah.... budak-budaklah.... yang kurang makan, ayam memanjang!

    ReplyDelete
  11. hainom OKje.
    Itulah ygt sebaiknya lebihkan ikan sebagai lauk, lagipun ayam skrg ni byk yg dah 'dinodai' bahan2 kimia.

    ReplyDelete