Tuesday 9 October 2012

JALAN-JALAN KE KEMBOJA (SIEM REAP & PHNOM PENH)



Ini adalah sambungan daripada entry lepas, lihat:--> SINI 

Kunjungan saya ke Kemboja hanyalah sekitar Siem Rap dan Phnom Penh sahaja dan tempohnya juga sangat terhad iaitu pada 28 hingga 30 Mei 2012. Selama dua hari di sana hanya beberapa lokasi sahaja yang sempat saya dan rakan-rakan kunjungi. Antara lokasi yang sempat kami kunjungi ketika di Siem Rap ialah Angkor Wat, Bayon Temple dan Angkor Night Market, disamping menikmati suasana malam sekitar Siem Rap. Di Phnom Penh pula, kunjungi kami terhad di Royal Palace, Russian Market dan Central Market serta Toul Sleng Museum. Untuk menjadikan kunjungan ini lebih bererti, kami melakukan kunjungan ke perkampungan masyarakat Melayu Chmpa ketika dalam perjalanan dari Siem Rap ke Phnom Penh. Agak terkilan juga, kerana sesetengah lokasi termasuklah Killing Field terpaksa kami batalkan dan hasrat hati untuk ke Tasik Tonle Sap juga tidak kesampaian.
                             Angkor Wat.

Memperkatakan tentang Kemboja(Cambodia)tentu sahaja beberapa perkara yang terbayang di minda. Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan semasa, pasti sahaja sengketa antara Kemboja dan Thailand yang meragut beberapa nyawa pada tahun 2011, masih lagi diingati. Kedua-dua negara tersebut bersengketa kerana masing-masing menuntut ketuanan atau permilikan ke atas sebuah kuil purba, Preah Vihear yang berusia 900 tahun. Sengketa tersebut memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) campur tangan untuk meredakan keadaan sekali gus mendamaikan kedua-dua negara yang bertelagah ini.
Berpayung menuju Angkor Wat.

Bagi peminat dan pencinta sejarah pula, tentu sahaja ingin melihat tinggalan kerajaan Angkor yang pernah wujud di bumi Kemboja. Jika diselak kembali helaian buku teks sejarah tingkatan satu dan tingkatan empat, pasti akan diketemui sedikit fakta tentang sejarah Kerajaan Angkor. Angkor wat dan Tasik Tonle Sap pasti sahaja menerjah minda.
Berpayung menuju Angkor Wat.

Bagi para pengkagum seni bina silam, pasti sahaja Angkor Wat dan Bayon Temple mengundang persona. Bagi umat islam yang mewah simpati pula, tentu sahaja kedaifan masyarakat Melayu Champa yang mengundang minatnya ke Kemboja, dan biasanya mereka ini terlibat dalam misi korban di sana.
 main sorok-sorok kat tiang Angkor Wat

Namun, yang pasti kekejaman Pol Pot tidak akan terpadam dalam sejarah Kemboja dan juga sejarah ketamadunan manusia. Sepanjang memerintah selama empat tahun(1975-1979), dia melakukan kekejaman yang melangkau batas-batas kemanusiaan. Bayangkanlah, pada tahun 1975 sahaja, satu perempat daripada 8 juta orang rakyat Kemboja(maknanya 2 juta orang) mati dibunuh oleh tentera Khmer Rouge pimpinan Pol Pot(fakta ini sila rujuk Metro Ahad,9 September 2012, Halaman E2).
                   First Gallery Of Angkor Wat

Jujur,Kemboja agak jauh ketinggalan berbanding Malaysia dari aspek pembangunan. Beberapa faktor yang menyebabkan kemboja ketinggalan sebegini rupa . Antaranya, kerana huru-hara yang dicetuskan oleh Pol Pot dan juga pertelingkahan politik antara Putera Norodom Ranariddh dan Hun sen selepas pilihnaraya umum 1992.

P/S : Beza waktu antara Malaysia dan kemboja ialah satu jam Jika di Malaysia pukul 5.00 PM maknanya kat sana pukul 4.00PM.

                      Aku kat Angkor Wat

Terus terang saya katakan, Siem Rap bukanlah lokasi untuk membeli belah. Tidak juga sesuai untuk dijadikan lokasi berbulan madu. Tapi, ia merupakan lokasi yang banyak memaparkan sejarah silam Kemboja terutamanya yang berkait rapat dengan kerajaan Angkor.
Matawang Kemboja(Cambodia Reil) 

Angkor Wat, bermakna "Temple City" atau "City of Temples". Angkor bermaksud "kota" atau "ibu kota" dan Wat pula merujuk kepada Kuil. Jika diperhatikan pada bendera negara kemboja, kita dapati gambar Angkor Wat adalah sebahagian daripadanya. Kami tiba ke Angkor Wat, sekitar pukul 3.00 PM. Agak kepenatan sebab kami belum sempat merehatkan diri di hotel, lantas bergegas ke Angkor Wat. Nasib agak malang kerana tika itu hujan mula mencurah. Bermula dengan gerimis dan kemudiannya melebat. Apabila hujan agak reda barulah kami berpayung dan memulakan langkah memasuki kompleks Angkor Wat. .
South Gate Of Angkor Thom. 

Untuk memahami sejarah Angkor Wat, sahabat disyorkan merujuk buku berjudul Ancient Angkor yang ditulis oleh Michael Freeman dan Claude Jacques. Buku setebal 239 muka surat ini amat bagus untuk memahamkan kita akan sejarah silam kerajaan Angkor. Segala-galanya tentang sejarah silam Angkor dibicarakan secara mendalam di dalam buku ini. Kisah tentang Angkor wat pula dimuatkan pada halaman 46 hingga 67. 

Di sini, saya ringkaskan sedikit info mengenai Angkor Wat. Ia dibina oleh Raja Suryavarman II pada awal abad ke-12 Masehi. Pembinaannya memakan masa selama 30 tahun. Dan, ia juga merupakan monumen keagamaan yang terbesar di dunia(the world's largest religious monument).

                                               Bayon Temple

Angkor Wat merupakan kuil bagi penganut agama Hindu. Unsur-unsur keHinduan amat ketara pada kuil ini. Ini tidaklah menghairankan kerana pembinaan Angkor Wat adalah simbolik kepada Gunung Meru. Menurut kepercayaan Hindu, Gunung Meru adalah pusat dunia(order kosmos) dan merupakan tempat tinggal dewa-dewa Hindu.
       Four-Faced Statue Of Budha, Bayon Temple

Setiap ukiran dan patung yang terdapat pada Angkor Wat mempunyai makna-makna tersendiri. Apa yang pasti, ia berhubung kait dengan kepercayaan Hindu. Antaranya ukiran yang mewakili kisah-kisah tertentu dari kitab epik Hindu, iaitu Mahabbarata. Ini termasuklah peristiwa perang Kurukshetra antara tentera Pandava dan Kaurana di Utara India.
                     Four-Faced Statue Of Budha, Bayon Temple

Berbeza dengan Angkor Wat, Bayon Temple pula merupakan kuil yang berasaskan agama Budha. Dibina pada lewat abad ke- 12 atau awal abad ke-13 oleh Raja Jayavarman VII. Ia memang unik, kerana padanya terdapat menara muka(face-tower) yang diukir pada batu-batu dari gunung. Pada asalnya terdapat 49 buah menara, tapi hari ini hanya terdapat 37 buah menara sahaja yang masih bertahan. Selain simbolik keagamaan, ukiran-ukiran yang terdapat pada Bayon Temple, turut memerihalkan sejarah silam masyarakat Khmer.

Four-Faced Statue Of Budha, Bayon Temple


Bayon Temple

Bayon Temple

Di Kemboja, saya dapati mata wangnya jarang sekali digunapakai dalam sebarang aktiviti urusniaga. Baik di super market mahupun di warung-warung di tepi jalan, mereka lebih berminat berurusniaga dengan menggunakan US Dollar(USD). Mata wang Kemboja dikenali sebagai Reil. Kadar tukarannya kepada Ringgit Malaysia pada ialah, 1.00 MYR bersamaan 1289.00KHR(Cambodia Reil). Apa yang pasti, anda tidak akan menemui mata wang kemboja ini di mana-mana money changer di Malaysia. Puas saya mencari di setiap money changer kat Ipoh, namun saya gagal menemuinya. Rakan-rakan saya yang berada di Kelantan dan Pahang juga gagal menemui mata wang tersebut. Jadi sesiapa yang ingin berkunjung ke Kemboja, perlulah convert money kepada USD. Kadarnya lebih kurang 1USD = 3.20MYR.


                                  Bayon Temple



Four-Faced Statue Of Budha, Bayon Temple 

Setelah sehari suntuk berada di Siem Rap, saya dan rakan-rakan bergegas pula Phnom Penh keesokan harinya. Sengaja kami menggunakan bas, semata-mata ingin menghayati bumi Kemboja semaksimum mungkin. Phnom Penh adalah ibu negara Kemboja.


 
                        Angkor Night Market

Syukur kepada Allah sebab dalam perjalanan ke Phnom Penh, saya dan rakan-rakan sempat singgah ke perkampungan Melayu Champa, iaitu kampung Trapiang . Sebahagian besar penduduk kampung tersebut menunggu kedatangan kami di masjid sesudah solat asar. Amat sayu hati ini apabila melihat kedaifan yang mereka alami. Kehidupan mereka amatlah sukar dan ini dapat dilihat pada rumah kediaman mereka yang amat daif. Malah masjid yang digunakan untuk beribadat juga belum siap sepenuhnya.

                                      Phnom Penh


Masyarakat Melayu Champa,suatu ketika dahulu adalah bangsa yang hebat dan memiliki Kesultanan Melayu Champa, tapi mereka ditewaskan dan diusir dari tempat asalnya di bahagian tengah Vietnam. Ketika Pol Pot memerintah Kemboja, ribuan masyarakat Melayu Champa dibunuh dengan kejam. Para Ulama diseksa dan dibunuh tanpa belas kasihan, Al-Quran dan kitab-kitab agama dibakar. Masjid pula dijadikan sebagai kandang babi.

Phnom Penh


Masyarakat Melayu Champa,di kampung Trapiang Phnom Penh

Kunjungan ke Phnom Penh dianggap tidak sempurna andainya tidak bertandang ke Royal Palace. Ia merupakan sebuah kompleks bangunan yang berfungsi sebagai kediaman raja-raja Kemboja. Russian Market dan Central Market pula merupakan pasar yang agak terkenal kat Phnom Penh. Sebenarnya situasinya lebih kurang Benth Thanth Market di Ho Chi Minh Vietnam, atau setidak-tidaknya persis Pasar Ikan di Medan, dan Pasar Baru Trade Center di Bandung . Yang pasti, kebijaksanaan dalam tawar menawar amatlah penting andainya anda ingin menjadi ‘pemenang’


Muzium Tuol Sleng Genosid. 
Di sini bukti kekejaman Pol Pot dipamerkan.


Berkunjung ke Muzium Tuol Sleng Genosid amatlah perlu sekiranya berpeluang menjejak kaki ke Phnom Penh. Muzium ini menjilidkan kisah kekejaman rejim Khmer Rouge pimpinan Pol Pot.

Royal Palace

Muzium Tuol Sleng Genosid asalnya adalah sebuah sekolah tinggi( high school) yang kemudiannya dijadikan penjara(S-21)oleh rejim khmer Rouge. Untuk mengetahui kisah ini secara mendalam, anda boleh merujuk sebuah buku yang ditulis oleh seorang bekas tahanan di sini, iaitu Bou Meng
Aku dan rakan-rakan kat Sempadan Kemboja- Vietnam.

Disebabkan kebolehannya menaip(kalau tak silap saya), maka Bou Meng tidak diseksa sebagaimana tahanan lain, namun isterinya turut terkorban, gara-gara kekejaman rejim Khmer Rouge.Segala penderitaan yang dia alami dan segala bentuk kekejaman dan penyeksaan terhadap tahanan lain telah diluahkan dalam bukunya yang berjudul A Survivor From Khmer Rouge Prison S-21( Justice For The Future Not Just For The Victims).

Buku setebal 80 halaman ini amat bermakna untuk menghayati kekejaman Pol Pot. Benar, Pol Pot memang kejam, pada tahun 1975 sahaja, satu perempat daripada 8 juta orang rakyat Kemboja(maknanya 2 juta orang) mati dibunuh oleh tentera Khmer Rouge pimpinan Pol Pot.

                    Di tepian Sungai Mekong.


Satu lagi keanehan dan mungkin juga boleh ditakrif sebagai keunikkan di Kemboja ialah, lampu di dalam bas wajib dibuka andainya melakukan perjalanan pada waktu malam. Betapa sukarnya untuk melelapkan mata, apatah lagi untuk lena kerana kita sudah dibiasakan untuk lena dalam keadaan gelap.



26 comments :

  1. kemboja...wowwww..seronoknya shameel dpt jalan2..

    ReplyDelete
  2. Titisan Hujan
    yer kn sama dgn Thailand waktunya. Kalau kt indonesia rasanya lebih awal sejam dari kita,

    ReplyDelete
  3. CintaZulaikha
    Kebetulan member ajak time cuti aritu..jadi sy ambil kesempatan kenal2 kemboja.

    ReplyDelete
  4. Kemboja..teringin menabur bakti pd muslim champa di sana. Polpot dah memusnahkn segala, hingga tiada kitab & alquran utk dipelajari. Moga ada sinar utk mereka.

    *beberapa thn lalu saya & suami sepatutnya tinggal bekerja di sana (utk projek pembangunan muslim kemboja). Tapi projek tu alami masalah dan tertangguh hingga kini.

    ReplyDelete
  5. Ujie.
    Melayu-Muslim Champa perlu dibantu, mrk hidup dlm kedaifan dan ketinggalan dlm pelbagai aspek.

    Saya doakan perancangan Ujie dan suami utk membantu Melayu Champa ini akan menjadi kenyataan dlm tempoh terdekat.

    ReplyDelete
  6. kejamnya Pol Pot... banyak ilmu bila kita berjalan kan

    ReplyDelete
  7. di merata2 tmpt dunia, ade je masyarakat islam yg idup dlm kedaifan...
    di pulau hainan, china, sy pun berkesempatan pg atas dasar ketrja dn melihat sndiri kedaifan mereka....sunnguh daif...
    bile pg oversea mmg x cukup 3 hari...tp kalau nk stay lebih, kna bajet besar la plak...

    ReplyDelete
  8. syiela.
    Pol pot mmg kejam dan zalim. Jahanam kemboja kerananya.Setuju ngan syiela byk ilmu yg akn kita perolehi bila kita berjalan ke tmpt org, tp utk itu kita kena cakna disepanjang tmpt yg kita kunjungi.

    ReplyDelete
  9. Intan Norhaida.
    Adakalanya umat islam yg minoriti di tindas oleh negara2 tersebut. Mcm yg berlaku kt rohingya dan kemboja.

    ReplyDelete
  10. Shameel gi atas urusan apa ehh?.....keje ke jenjalan je......banyak tempat sejarah kan...

    ReplyDelete
  11. wahh...pg kemboja...ouh...x sesuai shopping eyh.hehe.okayla, x abes banyak duit. :) thanx shameel untuk tips tukaran mata wang tu.boleh beringat kalau ke sana.

    ReplyDelete
  12. terima kasih untk prkongsian yg sgt brmanfaat ini... insyaAllah, saya akn mngikuti pgram korban pd hari rya haji nnti di Kemboja... rsa x sabar nk brkunjung ke sna dn mmbantu saudara seIslam di sana...

    ReplyDelete
  13. hainom OKje
    saya gi jalan2 jer kt sana.Itupun sbb member ajak.

    Mmg byk tmpt bersejarah kt sana terutamanya kt siem rap. Terutamanya berkiatan dgn kerajaan Angkor. Begitu juga dgn sejarah perkembangan agama hindu-Budha.

    ReplyDelete
  14. s h a.
    Hehehe betol tu x habis byk duit sbb bukan byk benda nak dibeli kecuali permata dan barangan berasaskan kulit buaya.

    ReplyDelete
  15. faten.
    Trima kasih ats kunjungan dan tahniah sy ucapkan krn anda bakal menyertai program korban kat sana. mmg menyayat hati apabila berkunjung ke perkampungan Melayu Champa. Mereka rata riti hidup dlm kesusahan..

    ReplyDelete
  16. Cantik tempat ni,memang kena pergi tenguk juga.

    ReplyDelete
  17. thomas .
    mmg cantik dan berbaloi pergi sana.

    ReplyDelete
  18. hey shameel i've been to here last July :) ok tapi sayangnya aku ni jenis yg tak minat sejarah.. tapi it was a great experience memanjat main temple tu ha ha ha semput dibuatnya :)

    ReplyDelete
  19. paripariputih.
    Mmg great experience bila bpanjat temple tu. Tp sy xlh semput hehehe.Awk pegi last july, baru lagi tu. Sy ingat nak pegi lagi thn dpn tapi khas utk xtvt korban kt sana..

    ReplyDelete
  20. tempat tu sesuai utk yg minat kaji sejarah kn...

    ReplyDelete
  21. caliph shuriken
    Betul tu caliph. Byk tinggalan sejarah kt kemboja ni.

    ReplyDelete
  22. zila manaf.
    Trima kasih ats kunjungan..

    ReplyDelete
  23. Salam shamel,

    Saya nak ke kemboja hujung bulan 1 thun depan, so tengah sibuk survey2 tempat yang nak di kunjing. Anyway thanks for this info sangat berguna. Saya ke sana back packers 5h 4malam. Ingat di siem reap dalam 2 hari dan kemudian ke phnom penh sbb dr blog2 yg saya baca di siem reap x byk yang menarik kecuali angkor watt dan old market. tu yang decice 2hr saje kat siem reap and then baru pergi ke phnom penh insyaAllah singgah sekejap ke kg melayu champa. Boleh tahu x hotel mana yang murah n klu boleh dekat dengan lokasi.

    Thanks ye!

    ReplyDelete
  24. fuza
    Wah bagus tu back packers sbb lebih menarik dan mencabar. Ttg hotel yg murah tu sy x pasti, kat siem rap aritu sy bermalam kt angkor star hotel, dan kt Phnom penh plak sy lupa nama hotelnya. Tapi sbb Fuza ni gi secara back packers, eloklah cari hotel2 yg murah tapi tak digalakkan hotel bajet sbb tak terjamin keselamatan..Member sy 2 thn lepas kehilangan dslrnya kt hotel bajet di Phnom Penh.

    ReplyDelete