Saturday 6 October 2012

TAHNIAH BUAT RED GIANTS



Malam ini Pasukan Selangor akan berhadapan dengan Pasukan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu Kelantan. Selangor boleh tewas dan Selangor juga berpotensi untuk menang. Impian Selangor untuk merealisasikan misi 33 kali menjuarai Piala Malaysia mungin tercapai dan mungkin juga akan lebur dan berkubur. Jadi, ucapan tahniah ini tiada kaitan dengan nasib yang bakal menimpa pasukan Selangor.

“Solat Jangan Tinggal” 

Itu adalah nasihat yang dititipkan oleh pemain pertahanan Selangor, Bunyamin Umar. Jujur, beliau telah membebaskan islam yang seringkali dipenjarakan di surau dan masjid. Ikhlas, dia telah membawa islam keluar dari lipatan sejadah dan untaian tasbih. Ini dakwah yang hebat, cukup hebat dan sangat hebat. Tahniah kerana dakwah yang sebegini hebat ,meskipun ungkapan itu amat ringkas tapi ia mempunyai makna yang amat besar. Lebih besar dari seluruh alam dan segala isinya. Lebih bermakna dari apa yang terdapat di langit dan di bumi. Ungkapan ini membuahkan rasa kagum di hati saya terhadapnya. Apa tidaknya, ketika segelintir pemain bola sepak yang bergelumang dengan pelbagai gejala yang menghakis akhlak dan mengikis jatidiri islam yang dianuti, tiba-tiba Bunyamin melaungkan kalimah yang cukup hebat, Jangan tinggal solat. 

Jarang benar untuk melihat pemain bola sepak membicara persoalan agama, apatah lagi untuk memperjuangkan agenda agama. Saya kembali terkenang ketulusan hati seorang pemain bola sepak yang terkenal, Frederic Kanoute yang telah membelanjakan 510,860.00(RM2.26 juta) untuk menyelamatakan sebuah masjid di Seville. Jumlah itu hampir menyamai jumlah pendapatannya selama setahun. Islam yang dianuti benar-benar meresap ke dalam lubuk hati Frederic Kanoute. 

Sebelum terlupa ingin saya maklumkan, saya adalah anak jati Kelantan, dan sudah pasti menyokong The Red Warriors, namun saya tidak pernah segan untuk memuji Bunyamin Umar. Tahniah buat Bunyamin dan tahniah juga buat pasukan Selangor kerana memiliki pemain yang teguh dan utuh pegangan agamanya ini.

Tajuk Lain Yang Berkaitan: Tolong Ingatkan Aku

10 comments :

  1. btol apa cakap bunyamin tuh...walau apa pon yg ingin kita lakukan, solat jangan lupa. nescaya apa yg dilakukan berhasil dengan berkat Allah

    ReplyDelete
  2. CintaZulaikha .
    Benar skali Zulaikha. Pesanan dia tu perlu kita terima pakai tanpa prejudis.

    ReplyDelete
  3. sesuailah dengan namanya.mampu memikul nama.

    ReplyDelete
  4. inilah yg kite perlukan di malaysia...susah nk cari anak muda yg masih mengamalkan ajaran islam lebih2 lg dlm bidang yg diceburinye tu,,,,,
    semoga menjadi ikutan anak2 muda len..

    ReplyDelete
  5. Titisan Hujan.
    Harap2 dia istiqamah dgn sikapnya ini..Bunyamin nama saudara Nabi Yusof A.S jugakan?

    ReplyDelete
  6. Intan Norhaida.
    Kita mengharapkan lebih ramai ahli sukan bersikap sebegini. Adakala bosan juga dgn sikap segelintir pemain bola sepak yg terbabit dgn kes keruntuhan moral.

    ReplyDelete
  7. Myzul
    Benar skali Myzul. Meninggalkan solat bererti meruntuhkan agama, jadi solat perlu dijaga dan dipelihara selagi hayat masih ada.

    ReplyDelete
  8. setuju
    apa yang kita buat, kita suka
    jangan lupa perintah agama

    game malam tadi memang bagus
    tahniah kepada kedua2 pasukan

    ReplyDelete
  9. tehr.
    game smlm sy nonton dgn penuh debar, mmg menharapkan kemenangan kelantan. Tapi menang dan kalah adalah adat dlm pertandingan dan kita harap para penonton dpt menerima kenyataan.

    ReplyDelete