Tuesday 23 October 2012

Ibadah Korban di Kemboja: Usaha Murni Untuk Meringankan Beban Saudara Seagama

Fatwa dari Jabatan Mufti Brunei DarusSalam

Ini adalah sambungan dari tajuk lepas, lihat : -->SINI 

Saban tahun semakin ramai umat islam yang berminat untuk melaksanakan ibdah korban dan akikah di negara Kemboja. Sebenarnya tidak hanya di Kemboja tapi di mana-mana lokasi/negara yang dihimpit kemiskinan dan kemelaratan hidup, dan Kemboja adalah salah satu darinya. 


Fatwa dari Jabatan Mufti Brunei DarusSalam.

Melakukan korban di luar negeri terjadi kerana beberapa faktor, antaranya faktor harga binatang korban yang lebih murah di sesuatu tempat, faktor terdapat ramai bilangan fakir miskin di tempat berkenaan dan sebagainya. Namun,sangat tidak wajar andainya kita mengambil kesempatan berkorban di Kemboja kerana harga binatangnya lebih murah, tapi laksanakanlah ibadah korban di sana kerana di sana terdapat ramai fakir miskin yang memerlukan.

Rakyat Kemboja dianggarkan sekitar 15 juta orang dan 7% daripadanya ialah beragama islam, sebahagian besar umat islam Kemboja pula terdiri daripada etnik Melayu Champa. Sudahlah minoriti dan terpinggir, rata-riti mereka juga hidup dalam kedaifan.

Kebetulan, saya berkesempatan berkunjung ke Kemboja, termasuklah ke sebuah perkampungan Melayu Champa pada penghujung Mei 2012, jadi sempat jualah saya memerhati dan meneliti taraf hidup mereka sepintas lalu. Apa yang pasti mereka hidup dalam kedaifan.

Di sebabkan kunjungan saya ke perkampungan melayu Champa tempoh hari agak terhad dan terbatas, maka saya kekurangan gambar untuk dipaparkan, jadi saya terpaksa memaparkan gambar dari Alyaqeenfotopages

Lihatlah betapa daifnya umat islam di sana. 

Utusan Malaysia:Bilangan Umat Islam di Kemboja 



Saya difahamkan, mereka makan nasi putih berlaukkan daging hanya setahun sekali 

Atas dasar itu, amatlah wajar, andainya umat islam melaksanakan ibadah korban dan akikah di Kemboja. Matlamatnya tidak sekadar mengagihkan daging lembu atau kambing, dan tidak juga semata-mata mengadakan kenduri atau memberi makan, tapi lebih penting dari itu, ia bermatlamat untuk mempamerkan persaudaraan islam yang tidak pernah mengenal sempadan geografi. Sangat perlu dan sangat penting untuk kita pasakkan ke dalam hati umat islam di sana betapa kita sentiasa cakna dan prihatin terhadap keperitan 
yang mereka alami. 

Mufti Kemboja. 

Memang ada yang berhujah, buat apa melakukan ibadah korban di kemboja sedangkan di tempat kita juga masih terdapat orang-orang yang memerlukan daging korban. Benar sekali, di tempat kita juga masih ada, malah mungkin agak ramai orang-orang yang memerlukan daging korban.

Tapi percayalah ia tidaklah seteruk di kemboja. Di Kemboja, rata- riti umat islam di sana hanya berkesempatan menikmati daging lembu hanya setahun sekali, iaitu ketika ibadah korban di laksanakan. Apa yang pasti, di sana lebih memerlukan berbanding di tempat kita. 

Surau yg daif di Kemboja. Ustaz Wan Ahmad Tarmize sedang menyampaikan tazkirah

Cuma, bagi memastikan sunnah korban ini dihidupkan, maka perlulah dirancang agar kawasan atau kampung yang kita diami tidak ketinggalan dari melaksanakan ibadah korban. Jangan sampai tiada seorang pun yang melaksanakan ibadat korban di kampung atau kawasan yang kita diami. Andainya, adik beradik atau saudara mara kita merancang untuk berkorban di kawasan atau kampung yang kita diami, maka wajarlah untuk kita berkorban di Kemboja atau mana-mana negara yang lebih memerlukan. Atau jika anda berkemampuan, bolehlah berkorban sebanyak dua bahagian atau lebih. Satu bahagian untuk di tempat sendiri dan bakinya di Kemboja . Dan, andainya berlaku lebihan daging korban, maka daging tersebut boleh dipindahkan/diagihkan ke kawasan,kampung atau tempat lain yang lebih memerlukan. 

Di dalam masjid yang daif di Kemboja 

Masjid yang daif

Surau yang daif 

Surau yang daif yang digunakan oleh umat islam
 di Kemboja untuk beribadat


Gambar –Gambar Sekitar Ibadah Korban Di Kemboja, Kredit buat: Alyaqeenfotopages 

18 comments :

  1. CintaZulaikha.
    saya rancang nak jugak berkorban kt kemboja ni tapi belum berkesempatan sbb cuti eidul adha tak dlm musim cuti sekolah..

    ReplyDelete
  2. penjelasan yg baik shameel!

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah, tahun ini kami adik beradik buat korban.......

    tq singgah.......

    ReplyDelete
  4. Syukur alhamdulilah saya da buat ibadah korban sebelum ni 5x utk ahli keluarga, tahun ni saya buat utk saya sendiri, selama ini sya perna dengar ttang ibadah korban kat kemboja dan harga seekor lembu murah dibandingkan kat malaysia,TETApi baru saya sedar dan dpt tahu rakyat kemboja terlalu Daif dan setahun skali dpt makan nasik (sungguh rasa sedih ).kenikmatan yang allah s.w.t yang diberikan di negara malaysia ni kebanyakan tak bersyukur, insyalla jikalau ada rezeki ditahun hadapan saya akan buat ibadah korban di kemboja. ( insyalla jikalau saya nak bagi sumbangan ke negara kemboja dlm masa terdekat bolekah saudara bagitau apa caranya)T/K

    ReplyDelete
  5. Islam amat menitikberatkan perihal ikatan persaudaraan. Alangkah baik andai mereka yg berkemampuan membantu yg kurang.

    Kakak belum pernah lagi membuat qurban di luar M'sia selain dulu masa di Mekah adalah. Teringin juga sebab kakak buat tiap tahun di taman sendiri..

    ReplyDelete
  6. Ujie .
    sama2lh kita mendoakan agar umat islam di sana berada dlm naungan rahmat dan redha-Nya.

    ReplyDelete
  7. Qhaifa Nur.
    Tahniah sbb menghidupkn sunnah yg mulia ini.

    ReplyDelete
  8. nor mi .
    Trima kasih ats kunjungan. Ttg sumbangan ke kemboja tu pernah juga saya dan rakan2 usahakan dulu. Antara yg mereka amat perlukan ialah pakaian2 dan Al-Quran serta kitab2 agama. Tapi mslhnya kos penghantarannya agak mahal iaitu RM20 sekilo(kalau tak silap) dan brgn tu pulak akan sampai ke Ho Chi Minh(Saigon) Vietnam. Jarak antara Saigon ke Phom Penh, sy tak pasti dar segi KM cuma saya anggarkan umpama jarak dari Ipoh ke Kota Bharu(berdasarkan pengalaman saya ke sana tempoh hari).

    Seingat saya pn. Ainon Mohd dari PTS sering melakukan kerja amal di kemboja dan boleh disalur sumbangan melaluinya.

    P/S: Beberapa org penduduk kg cham pernah memaklumkan ketika kunjungan sy tempoh hari, mrk amat memerlukan telaga tiub... Malah di sesetngah tmpt telaga tiub lebih mrk perlukan berbanding wang.

    ReplyDelete
  9. Kakzakie.
    insha Allah kak, jika berpeluang dpt juga nnt kak berkorban di Kemboja nnt.

    ReplyDelete
  10. T/kasih atas penjelasan saudara.Bagaimanakah saya boleh menghubungi Pn. Ainon Mohd dari PTS.

    ReplyDelete
  11. Biasanya Pn. Ainon akan maklumkan kt FBnya jika ada xtvt/misi bantuan ke Kemboja.Kebetulan saya member FBnya.

    http://www.facebook.com/profile.php?id=572523113&fref=ts

    ini plak website PTS milik Ainon Moh.

    ReplyDelete
  12. t/kasih,walaupun ni adalah kali pertama sya mengunjungi blog saudara, sya suka artikal ini,smoga artikal2 yg dipamerkan didalam blog saudara sedikit sebanyak memberi manfaat dan berbuka minda pada semua.

    ReplyDelete
  13. inilah maksud sbnar korban...

    ReplyDelete
  14. nor mi .
    matlamat or motif kewujudan blog sy ialah meluaskan empayar persabahatan dan melebarkan wilayah persaudaraan. Bersahabat dan bersaudara sesama insan tetapi kerana TUHAN. Saya sekadar berkongsi untuk manfaat bersama.

    P/S: jutaan maaf sebab tidak dpt ziarah blog2 shbat buat masa ini sbb sy skrg bercuti kt kg, dan brodband kt kg terlalu perlahan, kt rumah sewa sy gunakan streamyx.

    ReplyDelete
  15. Zura .
    Berkorban apa sahaja demi islam yg tercinta..

    ReplyDelete
  16. byk sekarang company yg menawarkan pakej kurban n akikah di sana... sekadar tuk bertanya, sejauh mana ketulusan petrkhidmatannya???? teringin jua nk membuat korban di sana

    ReplyDelete
  17. Intan Norhaida.
    Lupa plak nak jwb pertanyaan Intan ni. Setakat ni beberapa NGO yg lakukan korban kt sana dptlah dipercayai dan satu lagi kita perlu berprasangka baik dgn mempercayai agensi/NGO yg terlibat, andainya mrk menyeleweng mereka akan trima dosanya dan kita dah terlepas dari tanggungjawab. Tapi langkah berjaga2 perlulah kita pastikan kita berurusan dgn NGO/agensi yg benar2 dipercayai.

    ReplyDelete