Monday 1 October 2012

PELAMIN ANGANKU MUSNAH



Adakalanya cinta itu beralih tanpa alasan yang wajar. Adakalanya juga, kasih itu berpindah tanpa sebab yang munasabah. Ketika hati penuh debar menanti dan menunggu lafaz keramat “ aku terima nikahnya” dari bakal suami, tiba-tiba si lelaki itu(bakal suami) membubarkan ikatan pertunangan. Inilah nasib malang yang menimpa Amrina Rusyada Mohamad Safir(26 tahun).

Lagi mengecewakan, cinta dan kasih lelaki yang sepatutnya menjadi suaminya itu, beralih dan berpindah kepada jirannya sendiri.

Bersabarlah wahai gadis. Sudah, Cukup-Cukup Sudah. Jangan bersedih dan usah menangis kerna hidup untuk dinikmati dan bukannya diratapi. Serahkan kepada Allah kerana Allah itu Maha Mengetahui. Mengetahui apa yang terbaik untukmu. Yakinlah, pasti ada hikmah yang tersirat disebalik hakikat yang tersurat. 


Tajuk Lain Yang Berkaitan: Bila Cinta Tak Berbalas


30 comments :

  1. pahit tp kena terima....
    ade la hikmahnye... maybe lelaki tubukan yg terbaik utknye...

    ReplyDelete
  2. Intan Norhaida.
    Setuju dgn intan. Mungkin lelaki tu bkn yg terbaik utknya w/pun lelaki tu seorg ustaz..

    ReplyDelete
  3. itu lebih baik berlaku sebelum kahwin....memang ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  4. ummiarissa.
    Benar skali. Pembubaran ikatan sebelum kahwin lagi baik dari ditamatkan selepas kahwin.

    Hikmah tersembunyi pasti ada hikmahnya cuma manusia kadang2 terlalu gopoh mentafsir takdir.

    ReplyDelete
  5. semua perkara yg terjadi mmg ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  6. tak ada jodoh nak buat camna...jodoh dan maut semua di tentukan oleh Allah...mungkin ada hikmahnya....

    ReplyDelete
  7. CintaZulaikha.
    Hikmah yg akan dpt diketemui bila seseorg tu meneliti setiap apa yg berlaku kpd dirinya dgn cermat dan teliti.

    ReplyDelete
  8. Che Rosliza Che mat.
    Benar skali, jodoh,maut dan pertemuan ketentuan Allah.

    ReplyDelete
  9. ada hikmah yang kita tak nampak. Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita semua :)

    ReplyDelete
  10. Nurul Husna Mohd Hassan.
    Allah adalah Perancang Yang Maha Sempurna. Apa yg ditakdirkan maka itulah yg terbaik utk hamba-Nya.

    ReplyDelete
  11. Masya-Allah... berat apa yg ditanggung olehnya. Kakak dapat membayangkan bagaimana sedih/malu/tercabar (kerana beralih pada jiran)/geram semua mesti bercampur-baur.

    Namun itulah hakikat segala yg kita ada adalah milik Allah. Biarlah tak dapat dimiliki sekarang daripada menanggung derita sepanjang kehidupan.

    ReplyDelete
  12. Kakzakie.
    Seberat2 mata memandnag, berat lagi bahu memikul... memang berat dugaan utk gadis ini galas, tapi Allah Maha Adil..

    ReplyDelete
  13. mmg bukan jodoh..

    tapi bagi diri yg menanggung pastilah amat berat rasanya. susah nak lupa sampai bila2.

    ReplyDelete
  14. Kesian ek.....tapi nak buat camne dah ketentuan takdir...

    terpaksa belajar untuk redholah....

    ReplyDelete
  15. Ujie.
    Lagi teruk bekas tunang tu berkahwin dgn jirannya. Tentu sukar utk gadis ni melupakan sebab selalu terpandang bekas tunangnya.

    ReplyDelete
  16. hainom OKje .
    Terpaksa redha walau derita hatinya hanya Tuhan yg tahu.

    ReplyDelete
  17. Ni memang lagu sedey... selalu gak dengar lagu ni kat Sinar.. :) tapi just layan lagu je.. tak de kena mengena pun.. uwaaaa.. musnah sbb tak dpt balik kg raya haji nanti..

    ReplyDelete
  18. bukan jodohlah mcm tu,nanti ada yg lebih sesuai akan sampai.

    ReplyDelete
  19. mungkin ada hikmah atas apa yg terjadi... dari bercerai berai kemudian hari baiknya perpisahan tu terjadi hr ni

    ReplyDelete
  20. smoga satu hari nanti pahit akan manis akhirnya...

    ReplyDelete
  21. elok putus sebelum nikah..kalau dah tikah ??? lagi merana...

    ReplyDelete
  22. wah, jiran sebelah rumah tu
    memang sedih dan pedih

    ReplyDelete
  23. JaSSNaNi.
    Lagu pelamin anganku musnah ni biasa org nyanyi masa Karaoke.Kita yg just layan pun rasa sedey sgt, hehehe. Jika org putus tunang yg dengar boleh nangis tu..

    ReplyDelete
  24. thomas.
    setuju dgn bro thomas. jodohya akn tiba bila sampai masanya. Cuma bila,di mana dan dgn siapa terkandug dlm rahsia Tuhan..

    ReplyDelete
  25. syiela.
    Itulh pada pandangan saya. Jika dteruskan perkahwinan sdgkn lelaki tu dah tak cinta lagi, lambat laun akan bermasalah juga, baik berpisah sblm kahwin..

    ReplyDelete
  26. caliph shuriken.
    Harap2 begitulah. kesian sama gadis ni..Harap ketemu dgn yg lebih baik..

    ReplyDelete
  27. izan mama mia
    Setuju skali.. Drp meneruskan perhubunga dlm keadaan cinta yg dah terhakis baik putuskan sahaja.

    ReplyDelete
  28. tehr .
    Wah jira tehr rupanya. Macam mana keadaan si gadis ni skrg. Harap2 dia tabah menghadai dugaan dan harap2 dia dah ketemui penganti..

    ReplyDelete
  29. saya kenal dngn wanita itu..

    alhmdulillah, kini ia sudah mendapat jodoh dngn lelaki yg baik2 juga, bbahagia dngn miliki cahayamata..

    ketentuan Tuhan, andai ia bukan jodoh kita..

    ReplyDelete
  30. ? .
    Alhamdulillah. syukur kpd Allah. Itulah kerja Tuhan yang penuh rahsia. Moga wanita tu bahagia hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete