Wednesday 25 April 2012

Dalam Dompet Seorang Ayah(Setelah Genap Sebulan Pemergian Ayah Tercinta)


13 Disember 2011, ayahku meninggalkan rumah untuk ke hospital, dan pada 25 Mac 2012, ayahku meninggalkan hospital untuk pulang ke rumah(tapi sebagai jenazah).

Jujur dan ikhlas, selama ini, aku tidak pernah ambil tahu apakah yang berada di dalam dompet ayahku. Sejujurnya juga, aku hanya beranggapan di dalam dompet ayahku hanyalah mengandungi beberapa keping wang kertas yang tak seberapa, hasil pemberian anak-anaknya dan dokumen paling penting miliknya, iaitu kad pengenalan.

Malah, ketika aku meminta ICnya untuk difotostat untuk tujuan tertentu( juga ketika ayahku menyerahkan ICnya kepadaku kerana sebab tertentu) ayah tidak pernah mengizinkan aku mengambil IC tersebut dari dompetnya, malah dia sendiri yang bersusah payah mengambil ICnya untuk diserahkan kepadaku.

Aku ingat lagi,beberapa peristiwa sekitar November dan Disember 2011, termasuklah ketika ayah menyuruhku membelikannya ubat-ubat yang dia perlukan di klinik berhampiran. Ketika itu kudrat ayahku kian susut, namun dia tetap berkeras dan bertegas untuk mengambil sendiri IC di dalam dompetnya untuk diserahkan kepadaku.

Benar-benar menjadi teka-teki?

Teka-teki itu terjawab selepas peristiwa 13 Disember 2011. Ketika aku dan abangku membawanya ke Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM)Kubang Kerian. Tika itu ayah menyerahkan dompetnya kepada kakakku,sementara ICnya untuk urusan pendaftaran di HUSM diserahkan kepada abangku. Sebaik sahaja sampai ke HUSM, ayahku langsung ke bahagian kecemasan. Sebaik sahaja dibaringkan oleh doktor, ayah langsung tidak sedar/koma. Jantungnya terhenti selama 10 minit dan hampir 10 hari ayah koma.

Beberapa hari sesudah peristiwa 13 Disember 2011, aku membuka dompet ayahku untuk mengetahui ada apa dengan dompetnya(sebenarnya aku bersemangat untuk menyelongkar dompetnya setelah adikku memberitahu isi kandungannya- adikku terlebih dahulu yang menyelongkar dompet tersebut). Dompet itu sebenarnya pemberian adik bongsuku kepadanya beberapa tahun yang lalu.

Tahukah kalian, apa yang ada di dalam dompetnya?

  • Beberapa helai kertas yang lusuh, yang mengandungi tarikh lahir setiap anaknya(seramai lapan orang). Dicatat dengan lengkap setiap tarikh lahir tersebut dalam Kalendar Masehi dan juga Hijrah. Di catat juga detik anak-anaknya dilahirkan(jam dan minit).
  • Terdapat beberapa keping gambar ukuran kad pengenalan anak-anaknya. Gambar tersebut merupakan gambar anak-anaknya yang dirakam ketika pertama kali membuat permohonan Kad Pengenalan. Atau lebih tepat lagi, gambar anak-anaknya ketika berusia 12 tahun( umur pertama kali memohon kad pengenalan). Abang sulungku dilahirkan pada tahun 1964, ini bermakna sudah 36 tahun gambar ukuran kad pengenalan abang sulungku itu disimpan rapi oleh ayahku. Begitu jugalah dengan gambar-gambar adik-beradikku yang lain.

Sebak dadaku ketika teka teki itu terjawab. Jujur, aku menangis setelah mengetahui perkara itu dan setiap kali aku mengenang kembali isi kandungan dompetnya, air mataku akan mencurah, walaupun sekudrat yang mampu aku cuba menghalang.

Ayah! Maafkanlah aku kerana tidak pernah tahu kehebatan kasih sayangmu terhadapku dan anak-anakmu

Tuhan! Ampunilah segala dosa dan kesalahan ayahku. Dan,kau jadikanlah kuburnya sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga.

13 Disember 2011, ayahku meninggalkan rumah untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang lebih baik dan 25 Mac 2012, ayahku meninggalkan hospital dan pulang ke rumah,tapi sebagai jenazah.


IMBAS KEMBALI

“Esok arijadi ayh.genap 73 tahun.pakat doa biar ayah pnjg umur lg.” Itulah sms yang dihantar oleh abangku yang setia menemani ayah, sepanjang ayah menjadi warga Wad 8 Selatan. SMS tu dihantar pada pukul 10:08:07 malam, 24 Mac 2012.

Dengan penuh harap dan dengan penyerahan yang total, aku bersolat hajat sempena hari ulang tahun kelahiran ayah. Dengan harapan, mudah-mudahan ayah disembuhkan dari penyakitnya dan sekali gus dipanjangkan umur. Ya, tiada yang tidak mungkin dengan izin Allah dan tiada yang mustahil dengan kehendak Allah, namun kerja Allah tak siapa yang tahu. Pukul 4.30 pagi, 25 Mac 2012, abangku menelefon memberitahu ayah dalam keadaan nazak. Aku mula gelabah dan terus bersiap siaga untuk pulang ke kampung. Setengah jam kemudian, abang mengkhabarkan berita duka, ayah sudah tiada….


“Innalillahiwainna-ilaihirajiun."


Sedih, terkejut ,resah dan gelisah saling bertindih dalam jiwa. Sedih sebab aku tiada di sisi ketika ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Resah dan gelisah kerana keretaku masih kat workshop setelah terlibat dalam kemalangan, lantas aku meminta bantuan seorang sahabat untuk menghantarku ke stesen teksi di Terminal Bas Medan Gopeng. Syukurlah ada teksi yang sudi ke Kelantan dengan tambang RM460.00. Juga resah dan gelisah, kerana takut tidak sempat menatap wajah ayah buat kali terakhir.

Syukur kepada Allah, kerana aku sempat menatap dan mengucup dahi arwah ayah. Amat bersyukur kerana aku dan adik beradik sempat memandi,mengkafan dan menyembahyangkan, serta sama-sama mengebumikan jenazah ayah.

Selamat Jalan Ayahku Tercinta, Semoga Damai Kau Di Sana.


Artikel Sebelumnya:Al-Fatihah Untuk Ayah





Tuesday 24 April 2012

30 APRIL TARIKH AKHIR HANTAR BORANG BE




Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai bahawa tarikh akhir pengemukaan Borang BE bagi Tahun Taksiran 2011 adalah pada 30 April 2012. Ini bermakna hanya ada 6 hari sahaja lagi untuk berbuat demikian.

Kegagalan mengemukakan borang ini adalah menjadi satu kesalahan dan tindakan boleh dikenakan amaun penalti tidak akan melebihi 3 kali ganda cukai yang dikenakan di bawah subseksyen 112 (3) mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.

Justeru, LHDNM menyeru dan menasihatkan agar semua pembayar cukai untuk mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran 2011 dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya pembayar cukai memilih untuk menghantar melalui perkhidmatan e-Filing, maka tarikh akhir dilanjutkan pada 15 Mei 2012.

e-Filing Mudah, Tepat dan Selamat.


Sumber : LHDN

Samseng Yang Menyerang Mahasiswa di Dataran Merdeka di Tangkap Polis



PETALING JAYA: Polis berjaya menahan tiga individu yang disyaki menyerang kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi Khamis minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, dua daripadanya penganggur yang berusia 28 dan 30 tahun dan beralamat di Jalan Kebun, Klang manakala seorang lagi tukang kimpal yang berusia 30 tahun dan berasal di Kampung Pandan, Klang.

Ketiga-tiga mereka ditangkap di Subang Jaya dan direman selama tiga hari.
“Suspek telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



bengis dan ganas tapi sayang
dia juga tolol dan bahlul


Mohmad berkata setakat ini pihaknya telah menahan empat orang bagi membantu siasatan.
Aktivis mahasiswa yang menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) minggu lalu dilaporkan diserang oleh sekumpulan samseng sekitar 2.45 pagi.

Kumpulan samseng itu dikatakan bertindak merobohkan khemah, menyepak, menumbuk dan menghalau aktivis mahasiswa itu daripada Dataran sehingga menyebabkan kecederaan dan dihantar ke Hospital KL. -FMT

Sumber:Kelab Greenboc

INFO TAMBAHAN:
Tahniah saya ucapkan kepada pihak polis di atas kejayaan memberkas pengganas paling kejam di Malaysia ini. Sebenarnya,baru semalam saya membaca sebuah entry lawak tentang ketua kumpulan samseng ini, lihat --> SINI

Saya amat berharap agar pihak polis bertegas dalam isu ini. Undang-undang hendaklah bersifat menghukum dan memberikan pengajaran kepada orang lain.

Samseng bernama Muhammad Razali sangat terkenal dengan keganasannya. Dia juga mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah terlibat dalam beberapa siri serangan ganas terhadap orang awam, termasuklah membelasah seorang warga emas di Shah Alam ketika ceramah A.B.U


Entry lepas: Gambar Muhammad Razali Popular di Facebook


Youtube di bawah adalah antara keganasan yang pernah dilakukan oleh Si Samseng tersebut.

Sunday 22 April 2012

Kisah Sebenar di Sebalik Kematian(Terjun Bangunan) Mahasiswi UPSI




Dalam entry lepas, lihat -->:SINI telah saya tegaskan, mahasiswi UPSI itu mungkin terjatuh atau terbunuh dan bukannya terjun bangunan atau bunuh diri. Ia dua perkara yang amat berbeza dan salah faham terhadap perkara ini menatijahkan keaiban kepada keluarga arwah. Dalam entry tersebut juga telah saya paparkan contoh yang menimpa bekas pelajar saya, yang terjun dari bangunan gara-gara rasukan/bisikan makhluk halus.

Malang bagi Malaysia kerana masih ramai rakyatnya yang mandul akal. Kalau mati terjatuh bangunan terus dianggap membunuh diri, padahal banyak kemungkinan di sebalik kejadian itu(kalau tak percaya, tanyalah SPRM). Begitu juga kalau mayat terjumpa di sungai atau laut terus dianggap mati lemas, padahal mungkin mayat tersebut adalah mangsa bunuh yang kemudiannya di campak ke dalam sungai atau laut.


*********

[HM] TANJUNG MALIM: Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu (sila baca wahai kenyataan ni wahai penyebar fitnah)

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistikmenyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

“Malah, saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis,” katanya yang dihubungi semalam.

Fatimah, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berasal dari Bakri, Muar, Johor, ditemui terbaring di bawah bangunan berkenaan dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya.

Sumber: SINI

Pengantin Baru di ‘Rogol’ Tikus



Peristiwa ini berlaku di Banjarmasin Indonesia. Seorang pengantin baru, bernama Ati ‘dirogol’ oleh seekor tikus. Tikus tersebut telah memasuki kawasan paling terlarang (istilah yang agak sopan) pengantin baru tersebut ketika beliau sedang tidur.

Akibatnya Ati menjerit kesakitan dan tindakannya itu telah mengejutkan suaminya dari lena.

Melihat situasi isterinya yang sedang berteriak sambil memegang ekor tikus, si suami lantas bertindak menarik(untuk mengeluarkan) tikus yang berada di dalam kawasan paling terlarang milik isteri kesayangannya itu. Tapi, malangnya, ekor tikus tersebut telah terputus,manakala tikus tersebut pula terus berada di dalam kawasan paling terlarang milik isterinya.

Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan




Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.

"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.

"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.

Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.
Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.

"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.

Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.

Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."

"Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.

Sumber :Sinar Harian



INFO TAMBAHAN:
Saya lebih cenderung untuk berprasangka baik, arwah mungkin terjatuh dan terbunuh dan bukannya membunuh diri. Lagipun terdapat beberapa factor seseorang itu boleh terjatuh dari bangunan tinggi(kalau tak percaya, sila tanya SPRM).

Sekitar tahun 2005, ketika berkhidmat di Sabah, terdapat kes seorang pelajar saya yang terjun dari bangunan. Apabila ditanya (sesudah pelajar tersebut dibenarkan keluar dari hospital) dia menjelaskan melakukan perbuatan tersebut dalam keadaan luar kawalan kerana rasukan makhluk halus

Jadi eloklah kita mendoakan agar roh mahasiswi tersebut aman dan damai di alam sana.

Takziah kepada keluarga arwah dan sabarlah menghadapi dugaannya.

SAMSENG YANG MENYERANG MAHASISWA DI DATARAN MERDEKA PASTI AKAN LARI BERTEMPIARAN BILA BERHADAPAN DENGAN TENTERA MERAH



Tentera Merah, itulah gelaran yang diberikan kepada Unit Amal, iaitu sebuah organisasi di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat.

Ahli-ahli Unit Amal atau Tentera Merah terdiri daripada lelaki-lelaki yang sanggup berkorban dan terkorban kerana agama. Dengan bahasa mudah, mereka ialah pejuang-pejuang agama yang sanggup bersusah payah demi memartabatkan islam.






Pasti sahaja, samseng-samseng tak bermaruah yang didalangi GRO-GRO murahan termasuklah ahli-ahli Waris Malaya akan lari bertempiaran bila berhadapan dengan Tentra Merah ini.


Semua tahu. samseng-samseng upahan termasuklah Muhmmad Razali Boroi berjuang kerana mengharapkan habuan dunia yang dijanjikan oleh penternaknya, sedangkan Tentera Merah berjuang untuk mengharapkan keredhaan Maha Pencipta.


Tentera Merah kini dikerahkan untuk melindungi keselamatan Mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka, setelah kegagalan pihak polis melindungi keselamatan para Mahasiswa tersebut dari ancaman samseng upahan.

Sumber dengan sedikit info tambahan : Na’im Nikmat Blog


Artikel Lain Yang Berkaitan:

Saturday 21 April 2012

Gambar Budak Gemuk(Muhamad Razali) Popular di Facebook

inilah budak gemuk yang dimaksudkan.
Pakcik polis pun takut sama budak gemuk



Tiba-tiba sahaja Makhluk Tuhan Paling Boroi, Muhamad Razali menjadi terkenal seantero Malaysia. Bukan kerana fizikalnya yang gemuk lagi boroi, tapi kerana perbuatannya yang tolol lagi bahlul. Makhluk Tuhan Paling Boroi(selepas ini akan saya gantikan dengan istilah budak gemuk)menjadi terkenal kerana mengetuai serangan ke atas mahasiswa di Dataran Merdeka beberapa hari yang lepas.

Budak gemuk ni dipercayai pernah terlibat dalam beberapa kes jenayah, dan antara jenayahnya ialah menyerang dan melakukan keganasan di Shah Alam, ketika ceramah ABU dijalankan, termasuklah membelasah seorang warga emas.

Cerita tentang keganasan budak gemuk ini, anda bolehlah merujuk kepada entry saya yang lepas, lihat -->SINI


budak gemuk sedang berbincang dengan penternaknya.


Walaupun budak gemuk ini sangat kejam dan amat ganas, tapi popularitinya menyebabkan dia semakin ‘diminati’ oleh pengguna facebook. Hasil tinjauan yang saya lakukan, mendapati agak ramai juga rakan-rakan FB yang menguploadkan gambar-gambar budak gemuk ini di FB masing-masing. Malah terdapat juga yang menjadikan gambar budak gemuk ini sebagai profile picture di facebook masing-masing.

Apa sebabnya gambar budak gemuk ini diupload?

“Maaf saya tidak mempunyai jawapan untuk pertanyaan itu.”

Di sini saya paparkan gambar-gambar budak gemuk yang terlaris di kalangan pemilik akaun facebook.



ini antara gambar budak gemuk yang digemari oleh rakan2 fb saya




wajah budak gemuk yang kejam dan penuh kezaliman
ni tetap 'disukai' pemilik akaun fb



wow budak gemuk pun ada awek.


aksi tak senonoh budak gemuk ini juga
banyak diupload oleh pengguna fb



Gambar ini paling yang banyak diupload oleh rakan-rakan fb.
Hahaha, comelkan.


wajah bengis dan kejam budak gemuk
mula memenuhi laman fb dan blog.




Mungkinkah semua ini satu petanda, bahawasanya budak gemuk ini semakin menghampiri ajalnya?


Artikel sebelum ini: Gambar Samseng Boroi Tersebar di Internet

Friday 20 April 2012

Gambar Muhamad Razali (Ketua Samseng Paling Boroi) Yang Menyerang Mahasiswa Di Dataran Merdeka Tersebar Luas

inilah gambar samseng paling boroi
yang amat ganas dan sangat kejam



Samseng paling boroi dan juga paling ganas di abad ini mengganas lagi.Namanya Muhammad Razali. Dia dikatakan pernah terlibat dalam beberapa kes jenayah sebelum ini, lihat -->:SINI. Tentang rekod jenayah lampaunya ini saya tak pasti, tapi rasanya tidak mustahil.




polis pun takut sama samseng boroi


Hubungan sulit antara Muhammad Razali(samseng boroi)
dgn pucuk pimpinan UMNO


Samseng boroi rapat dan akrab dengan Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Abdul Raouf Mokhtar dan sering berkomunikasi melalui facebook.Siap panggil 'boss' kat Naib Ketua Umno tu.




samseng boroi jugak akrab
dengan Ezam Mohd Nor



Saya tak berminat untuk perkatakan isu ini secara panjang lebar, sebab ia telah banyak diperkatakan oleh rakan-rakan blogger.

Cuma yang menghairankan saya, mengapkah samseng ini tidak dipenjarakan sedangkan rekod jenayah lampaunya diketahui oleh pihak polis, termasuklah keganasannya di Shah Alam.

Cuma satu sahaja, jika pihak polis terus membiarkan samseng boroi ini berleluasa, tidak mustahil samseng boroi ini akan 'mati terseksa' sebab saya yakin, ramai pihak yang tidak berpuas hati hanya menunggu masa yang sesuai untuk menamatkan hayat si boroi ini.

Dan, Amat tidak mustahil, samseng boroi ni akan mati dalam keadaan yang amat mengerikan.



aksi tak senonoh samseng boroi yang diambil dari FBnya



Lain-lain berita dan cerita tentang samseng boroi ini, sahabat boleh rujuk kepada link yang saya sertakan.


saksikan keganasan lampau samseng boroi di Shah Alam.

Thursday 19 April 2012

Kisah Cinta Antara Datuk Shafie Apdal Dan Zahida Rafik (pendedahan oleh pemandu artis tentang skandal menteri bayar RM100 ribu setiap kali jumpa)





Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.

Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.
Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

“Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.
Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.
“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

“Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.(tambahan dari saya- ribuan malah mungkin jutaan rakyat Malaysia yang kais pagi makan pagi, tapi artis jelita juga yang diberikan 'zakat' oleh bapak menteri)

Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.

“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.

Lebih lanjut lihat SINI

Jenayah seksual meningkat sebanyak 36 peratus



Jumlah kes jenayah seksual termasuk rogol membabitkan mangsa berumur di bawah 16 tahun meningkat sebanyak 36.1 peratus atau 642 kes pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar kecil) berkata, statistik polis mendapati sebanyak 1,777 kes jenayah seksual terhadap remaja dilaporkan sepanjang 2010 sebelum naik kepada 2,419 kes pada tahun lalu.

“Sebanyak 924 kes telah dilaporkan pada 2005, 1,301 kes (2006), 1,653 kes (2007), 1,871 kes (2008) dan 2,049 kes (2009),” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau memberitahu, banyak kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa penjenayah sewaktu mereka bersendirian di dalam atau di luar rumah.

“Antara faktor kes jenayah seksual ini meningkat ialah disebabkan kurang pendidikan dan agama, masalah dalam institusi kekeluargaan, pengaruh media massa dan media alternatif serta mangsa dan suspek melakukannya secara suka sama suka,” katanya.

Sumber kosmo

Keputusan Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2011




Keputusan Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2011 | Olahragawan Dan Olahragawati 2011 - Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong dipilih sebagai olahragawan dan olahragawati 2011 semasa Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2011.

Datuk Lee Chong Wei mengatasi lima pencabar lain Sazali Abdul Samad (bina badan), Cheng Chu Sian (memanah), Bryan Nickson Lomas (terjun), Adrian Ang Hsien Loong (boling) dan Leong Tze Wai (karate).Manakala Pandelela Rinong menewaskan Nur Suryani Mohd. Taibi (menembak), Fatehah Mustapa (berbasikal), Chai Fong Ying (Wushu) dan Jacqueline Jenelee Sijore (boling) serta calon pilihan Datuk Nicol David.

Pemenang menerima ganjaran tunai RM20,000 berserta trofi daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sumber: kizmyself


Info Tambahan:
Tindakan Datuk Lee Chong Wei tidak menghadirkan diri bagi menerima hadiah olahragawan Kebangsaan, telah mengundang rasa marah Ketua pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong. Malah ketua pengarah MSN itu menyifatkan pemain nombor satu dunia itu sebagai sudah besar kepala.

Lebih lanjut langsung sahaja ke Metro

Monday 16 April 2012

ANGGUR VS ARAK




Kisah ini saya ambil dari FB seorang sahabat ,dengan melakukan sedikit perubahan( edit). Moga kerja dakwah yang dilakukannya dirahmati Allah sentiasa.

Seorang masiehi(akan saya gantikan dengan istilah Nasrani) telah menyambut kedatangan seorang muslim di rumahnya, lantas dihidangkan anggur, lalu muslim tersebut memakan anggur tersebut.

Kemudian Nasrani tersebut menghidangkan arak, lantas muslim tersebut mengatakan minuman itu haram. Lalu ditempelak oleh Nasrani tersebut. Katanya " aku hairan kenapa engkau tidak meminum arak, sedangkan arak juga dari anggur yang kau makan tadi.

Si muslim bertanya " adakah engkau mempunyai isteri dan anak perempuan?

“ Ya.” Jawab si Nasrani tersebut.

Lantas Si muslim menyuruhnya membawa ke mari, lantas bertanya kepada si Nasrani tersebut “kenapakah Allah menghalalkan isteri kamu untuk kamu dan mengharamkan anak kamu untuk kamu ? sedangkan anak kamu berasal dari isteri kamu ?”

Akhirnya Nasrani tersebut mengucap dua kalimah syahadah .

Atrikel sebelumnya : Kisah Guru Tadika Yang Tak Percayakan Tuhan

Sunday 15 April 2012

Ahli Politik Melacurkan Akidah Guna Tangkal Azimat Untuk Berkuasa.



Kerana kuasa terdapat segelintir ahli politik yangsanggup melakukan perbuatan Khurafat daan syirik. Kerana kuasa juga, terdapat ahli politik yang sudi melacurkan akidah. Inilah yang berlaku apabila politik tidak berpandukan agama.

Dulu, nama Mona Fendy(moga Allah mengampuni dosanya dan moga arwah kembali ke paksi akidah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir) menjadi popular gara-gara melakukan pembunuhan kejam. Tapi, ada hikmah tersirat di sebalik kekejaman Mona Fendy. Hikmah tersebut ialah terdapatnya Yang Berhormat yang menggunakan khidmatnya(dan khidmat lain-lain bomoh) untuk kekal berkuasa.

Itu kisah puluhan tahun dahulu, rupa-rupanya aktiviti ‘menyembah’ bomoh ini masih lagi laku di kalangan ahli-ahli politik demi kelangsungan hayat politiknya. Memandangkan Pilihanraya Umum ke -13 (PRU) bakal menjelma bila-bila masa dari sekarang, maka terdapat ahli politik yang mula bertuhankan syaitan. Ada yang memakai cebisan kelambu Kaabah yang dipuja untuk dipakai sebelum berceramah bagi memukau pendengar. Ada juga yang menggunakan cemara babi supaya sukar digugat oleh lawan dalam arena politik.

Sumber: Metro


Info Tambahan:

Memang ada ulama yang mengatakan harus atau boleh menggunakan tangkal azimat yang diperbuat daripada ayat-ayatal-Quran. Namun terdapat juga ulama yang mengharamkan dan sekali gus tidak membolehkan perbuatan tersebut. Di antara dua pendapat ini, yang lebih selamat ialah tidak boleh.

Apatah lagi dalam hadis-hadis sahih, baginda banyak mengajar jampi-jampian yang menggunakan al-Quran, zikir dan doa sebagai pelindung dari penyakit dan perbuatan dengki orang lain. Akan tetapi dalam hadis-hadis tersebut, baginda tidak mengajar agar jampi-jampian itu dilakukan ke atas tangkal.

Lagi satu yang perlu kita fahami, Islam memandang sesuatu perbuatan bukan sahaja kepada perbuatan tersebut, tetapi juga kepada natijah yang terhasil daripadanya. Meskipun sesuatu perbuatan itu dibenarkan, namun ia boleh membawa kepada keburukan.Dalam persoalan ini, Sadduz Zaraie (Menyekat Pintu-pintu Keburukan) perlu difahami. Keburukan yang dimaksudkan ialah manusia akan menganggap tangkal azimat itu sebagai penentu untung rugi nasib diri.

Friday 13 April 2012

Cara Paling Mudah Mendapatkan Six Pack



Membentuk enam otot di bahagian perut atau lebih dikenali sebagai six pack akan menyebabkan seseorang lelaki itu kelihatan lebih maskulin dan ganteng. Namun, untuk mendapatkan six tidaklah sesenang yang disangka dan tidak semudah yang diduga. Apa yang pasti sesiapa yang mengidamkan six pack terpaksa mengikuti disiplin yang agak ketat.




Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah:
  • Bagi yang memiliki berat badan berlebihan, tentu sahaja menurunkan berat badan merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan dengan tabah.
  • Latihan dan senaman juga perlu dititikberatkan. Ada beberapa senaman yang perlu dilakukan oleh pemburu six pack, antaranya ialah bangkit tubi(sit up). Tentang bangkit tubi ini, paling minimum perlu dilakukan sebanyak 200 – 300 kali sehari.
  • Suplemen juga diperlukan jika ingin memiliki six pack. Suplemen seperti serbuk minuman protein amat berguna buat individu yang mahu mengekalkan six pack. Mungkin anda terpaksa membelanjakan sekitar RM300 hingga RM500 sebulan bagi perbelanjaan suplemen ini. Ia adalah satu pelaburan agar anda benar-benar maskulin dan ganteng.
Saya yakin, ramai yang tidak sanggup memperuntukan masa dan wang sebegini rupa, juga tidak sanggup mengekang selera. Namun, dalam masa yang sama ingin memiliki six pack. Tidak mengapa akan saya terangkan cara-cara untuk mendapatkan six pack dengan mudah tanpa memerlukan anda berpenat lelah.


Sila perhatikan dengan cermat dan teliti kaedah-kaedah yang akan saya paparkan

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V







Artikel sebelumnya: Tips Mengelakkan Gangguan Makhluk Halus

Thursday 12 April 2012

Bekas Polisterin Punca Kanser.



Tidak sekadar memakan masa yang lama(ratusan tahun) untuk reput, bekas polisterin juga turut mengancam nyawa.

Hari-hari kita tapaw makanan dengan menggunakan bekas polisterin dan tanpa kita sedari, tindakan kita itu umpama membunuh diri secara perlahan. Oleh sebab itulah ia sinonim dengan istilah 'white coffin'.



Polisterin dihasilkan daripada petroleum, dan ia mengandungi Styrene dan Benzene. Kedua-dua unsur ini merupakan punca barah dan neurotoxic yang berbahaya kepada saraf dan otak manusia.


Artikel sebelumnya: Berjalan Baik Untuk Kesihatan

Wednesday 11 April 2012

Adik Wani EROTÄ°K Perosak Dikir Barat

awal kemunculannya, wani ni agak sopan


Adik Wani(Azmahirwani Nordin, 21) adalah nama yang tidak lagi asing kepada pemina dikir barat moden. Sebenarnya, ia tidak layak dinamakan dikir barat tapi ia sekadar lagu berloghat kelantan




dikir barat moden tidak direstui oleh aktivis dikir barat Kelantan


Adik Wani Erotik dan beberapa artis seangkatan seperti Rosalinda seringkali menyanyi dengan aksi penari tiang. Perbuatan menjijikan Adik Wani Erotik dan artis-artis dikir barat seangkatan dengannya ini seringkali menimbulkan kemarahan dan kutukan dari orang ramai. Anda boleh lihat sendiri kutukan dan cemuhan yang dilontarkan di laman youtube. Tapi seperti biasa geng-geng erotik ini telah buta mata dan tuli telinga hingga tidak ada sekelumit pun rasa malu dan bersalah.

Lihatlah sebahagian aksi erotik Adik Wani(walaupun lagu ini hanyalah untuk mengambarkan nikmatnya merokok)





Entry sebelumnya Zed Zaidi : Patriotik atau Dengki

Gempa Bumi Di Aceh:Tiga gegaran susulan berlaku




Tiga gegaran susulan berlaku selepas gempa bumi berukuran 8.7 magntiud melanda utara Sumatera petang tadi dengan bacaan tertinggi ialah 8.2 magnitud pada skala Richter, kata Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGC), Pusat Maklumat Gempa Bumi Nasional (NEIC).




Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, bacaan paras laut menunjukkan bahawa tsunami berlaku dan mungkin sudah melanda beberapa kawasan pantai.
"Berdasarkan data ini, ancaman akan terus melanda semua kawasan pantai di Lautan Hindi. Bagi kawasan berkenaan apabila tiada ombak besar berlaku untuk sekurang-kurangnya dua jam selepas jangkaan tsunami atau ombak tidak berlaku dalam tempoh dua jam, barulah pihak berkuasa tempatan boleh mengandaikan ancaman itu sudah berlaku," katanya.

Sumber :Berita Harian

Video Gempa Bumi Di Aceh 11 April 2012


Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh

Sementara itu, di Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengarahkan semua pusat operasinya terutama di negeri-negeri di utara supaya diletakkan dalam tahap berjaga-jaga tertinggi bagi menghadapi `sebarang kemungkinan' berikutan gempa bumi di utara Sumatera, petang tadi.

Arahan itu dikeluarkan pada kira-kira jam 5.30 petang selepas jabatan itu menerima maklumat mengenai gempa bumi 8.9 magnitud di Aceh yang mungkin menyebabkan tsunami di kawasan pantai di utara Semenanjung Malaysia.