Monday 28 January 2013

Irwansyah dan Raffi Ahmad ditahan berpesta dadah


Artis popular Indonesia, Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 yang lain ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan pada pagi semalam.

Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.

Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN, Anang Iskandar pada sidang media di sini petang semalam. Irwansyah popular di Malaysia menerusi lagu Pecinta Wanita dan My Hearts serta sinetron Andai Ku Tahu dan Upik Abu dan Laura. 

Sumber: Kosmo

9 comments :

  1. Aslm Cikgu..
    lam tak kemari:)
    baru dengar berita ni td kt TV..terkejut jugak.. apalah nak jadi kan..popular tp tak guna akal..:(

    ReplyDelete
  2. Yg tidak berfaedah itulah yg suka dilakukan...manusia zaman moden otak masih dizaman kuno...merugikan....

    ReplyDelete
  3. dah kawin, ada isteri pun masih macam ni.

    ReplyDelete
  4. sorry my friend, berita ini belum tuntas, berita terbaru , irwansyah dan istri tidak bersalah, karena irwansyah hanya berkunjung ke rumah raffi ahmad untuk kontrak Usaha. jadi tidak betul , ini baru berita nya , saya dari indonesia. maaf hanya membetulkan

    ReplyDelete
  5. dimas bagus nugroho.

    Terima kasih sahabat kerana menjelaskan isu ini. Saya sekadar memetik dari surat khabar (paper) sahaja. Harap2 berita ini tidak benar.

    ReplyDelete
  6. lama tak mai sini...windu sama akakkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  7. Emmmm...yelah shameel lrwan ngan isterinya dah dilepaskan...berita pagi tadi rasanya...

    ReplyDelete
  8. CintaZulaikha .
    Akakkk..???. Hehehehe..

    ReplyDelete
  9. hainom OKje.
    Sy pun ada trbaca metro tadi.. Irwansyah dan isterinya hanya ke rumah Raffi slps persembahan dan tak tahu ada pesta dadah kat sana.

    ReplyDelete