Tuesday 29 January 2013

Toul Sleng Genocide Museum: Bukti Kekejaman Pol Pot Di Kemboja.


Ini adalah sambungan daripada tajuk lepas
 
 Pol Pot atau nama sebenarnya Saloth Sar merupakan pemimpin Khmer Rouge dari tahun 1963 hingga 1998. Beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Kemboja pada tahun 1975 hingga 1979. walaupun hayat pemerintahan hanyalah tiga tahun, namun ia tetap kekal melekat di hati nurani setiap warga Kemboja. Segala kezaliman dan kekejaman yang pernah dilakukannya tidak akan sesekali terhakis dan terkikis dari catatan sejarah peradaban manusia. 

Bayangkanlah, dalam tempoh sesingkat itu, hampir tiga juta rakyatnya terbunuh. Malah, pada tahun 1975 sahaja, satu perempat daripada 8 juta orang rakyat Kemboja(maknanya 2 juta orang) mati dibunuh oleh tentera Khmer Rouge pimpinan Pol Pot. 

Berbekalkan kekejaman dan kezaliman yang pernah dilakukan, Pol Pot dianggap setaraf dengan manusia-manusia Yang Maha Zalim seperti Adolf Hitler, Joseph Stalin, Slobodan Milosevic dan Radovan Karadzic (sekadar menyebut beberapa nama sahaja). 

Kini, segala sisa dan saki baki kekejaman rejim Khmer Rouge pimpinan Pol Pot telah diabadikan. ia tidak hanya untuk tontonan, kunjungan mahupun penyelidikan semata-mata, lebih penting dari itu ialah sebagai satu pengajaran dari sebuah pengalaman yang amat memeritkan.
Sebenarnya, selain di Toul Sleng Genocide Museum (Muzium Pembunuhan beramai-ramai), bukti kekejaman Pol Pot juga dipamerkan di lokasi lain, iaitu di Killing Field. Namun, ketika mengunjungi Kemboja, saya tidak berkesempatan mengunjungi Killing Field, maka entry saya hanya berkisar Muzium ini sahaja. 

Untuk memudahkan penulisan entry ini, saya sekadar menterjemah pamphlet (lihat gambar di atas) yang saya perolehi ketika mengunjungi muzium ini pada penghujung Mei 2012. Syukur kepada Allah, ketika saya begitu bersemangat untuk translate , tiba-tiba saya terjumpa terjemahan yang menarik dari blogger Nurul Hidayah Isnin

Jadi saya paparkan di sini terjemahan tersebut dengan sedikit perubahan. 

Muzium Pembunuhan Kaum Tuol Sleng merupakan bekas pejabat keselamatan 21 telah dibina atas arahan Pol Pot (Sa Lut Sor) pada zaman 'Demokrasi Kampuchea'. Bangunan yang dibina pada 17 April 1975 juga dipanggil S-21 dan direka khas untuk penahanan, soal siasat, penyeksaan yang tidak berperikemanusiaan, dan tempat pembunuhan mangsa atau tahanan yang telah memberikan segala maklumat kepada orang-orang Pol Pot(tentera Khmer Rouge). 

Pemerintahan Pol Pot bermula dari tahun 1975 sehingga 1979. Setelah kerajaan mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1979, mereka mula mengumpul bahan bukti di pejabat 21 seperti gambar, filrm, dokumen penakuan tahanan yang direkodkan, alat-alat penyeksaan, alat membelenggu tahanan, dan 14 mayat mangsa tahanan dan salah seorangnya adalah perempuan. 


Muzium Pembunuhan Kaum Tuol Sleng seluas 600 x 400 m ini dikelilingi oleh 2 laipsan pagar besi berombak yang diletakkan kawat duri yang tebal. Bangunan asal pejabat 21 ini merupakan sekolah Rendah Tuol Sleng dan Sekolah Menengah Tuol Svay. 


Selain itu tentera Khmer Rouge juga memasang pagar yang sama di sekitar itu dari jalan 113 ke jalan 131 dan dari jalan 320 ke jalan 350 selepas menghalau penduduk bandar di sana berpindah ke perkampungan dengan tujuan perhambaan. Kawasan pada masa itu menjadi seolah-olah PENJARA tanpa dinding! Maka bermulalah transformasi daripada sebuah SEKOLAH yang penuh dengan gelak tawa kanak-kanak yang gembira mencari ilmu kepada sebuah NERAKA penyiksaan yang penuh dengan jeritan tahanan-tahanan yang diseksa. 


Bilik darjah telah berubah menjadi sel-sel kecil bersaiz 0.8 x 2 m sebagai penjara individu. Bahagian depan bangunan ditutupi oleh jejaring berkawat duri untuk mengelakkan tahanan daripada membunuh diri dengan cara terjun dari bangunan. 



Bangunan B dan C.

Terdapat 4 bangunan; A, B, C, dan D. Bangunan A telah diubahsuai menjadi bilik bersaiz 6x4m setiap sel. Tingkap sel telah dipanel dengan kaca untuk mengurangkan bunyi tahanan yang menjerit akibat diseksa. Bangunan ini khas untuk pemimpin-pemimpin yang bangkit menentang pemerintahan Pol Pot. Sel mereka dilengkapi dengan katil, selimut, bantal, tikar, dan bekas untuk membuang air. 


Bangunan B, C, dan D : Bilik di aras tanah telah dibahagikan kepada sel-sel kecil. Ada yang dibahagikan oleh batu-bata dan ada yang dibahagikan oleh kayu-kayu hitam sahaja dan menjadikan sel-sel itu seperti kandang kecil. Bilik di tingkat 2 dan 3 telah dijadikan tempat penjara beramai-ramai. 


Tiang kayu yang dulunya dijadikan alat untuk pendidikan Jasmani telah berubah menjadi mesin penyiasatan dan penyiksaan oleh Pol Pot. Tangan tahanan diikat kebelakang dan ditarik ke atas ke bawah berulang kali sehingga tahanan pengsan. Apabila tahanan pengsan, kepala mereka akan direndam ke dalam air untuk diseksa dan disiasat semula. 


Bagi mengukuhkan pertahanan dan keselamatan, 1684 pekerja diupah dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu di pejabat S-21 Tuol Sleng, Kor di Ta Khmao, dan Khor di Prey Sor, Barat Phnom Penh. Pejabat ini bersambung khas dengan pihak berkuasa tempatan dan kementerian pertahanan Khmer Rouge. Pejabat S-21 telah diketuai oleh Kang Kek Lev (Duch), yang merupakan bekas guru Matematik. 

Berikut merupakan statistik tahanan dari tahun 1975 hingga Jun 1978: 
  • 1975 : 154 tahanan 
  • 1976 : 2250 tahanan 
  • 1977 : 2350 tahanan 
  • 1978 : 5765 tahanan
Bilangan di atas tidak melibatkan jumlah kanak-kanak yang dibunuh dan dianggarkan sejumlah 20 000 kanak-kanak telah dibunuh!

Tahanan biasa hanya bertahan 2 hingga 4 bulan manakala tahanan dari golongan orang politik akan bertahan 6 atau 7 bulan sebelum dibunuh.


INFO TAMBAHAN:

Untuk menyelongkar kekejaman Pol Pot terhadap tahanan-tahanan ini,anda bolehlah merujuk sebuah buku yang ditulis oleh seorang bekas tahanan di sini, iaitu Bou Meng. 

Disebabkan kemahiran yang dimiliki, iaitu kebolehan menaip, maka Bou Meng tidak diseksa sebagaimana tahanan lain, namun isterinya turut terkorban, gara-gara kekejaman rejim Khmer Rouge.Segala penderitaan yang dia alami dan segala bentuk kekejaman dan penyeksaan terhadap tahanan lain telah diluahkan dalam bukunya yang berjudul A Survivor From Khmer Rouge Prison S-21( Justice For The Future Not Just For The Victims). 


Buku setebal 80 halaman ini saya perolehi/beli ketika mengunjungi muzium ini pada tahun lepas. Ia amat bermakna untuk menghayati kekejaman Pol Pot. Benar, Pol Pot memang kejam.

Selain itu, VCD yang berjudul S21: Khmer Rouge The Killing Machine juga turut memaparkan perihal kekejaman Khmer Rouge pimpinan Pol Pot. VCD ini saya perolehi/beli berhampiran Russian Market di Phnom Penh. 


Tajuk Lain Yang Berkaitan:

19 comments :

  1. sya pn mlwat ke sni msa ke kemboja tmpoh hari..
    trima ksh untk entri saudara sblm ni krn byk mmbntu sya dn shbt smasa kmbara ke bumi kemboja :)

    ReplyDelete
  2. Saya sekadar berkongsi utk manfaat bersama. Trima kasih juga ats kunjungan saudari ke blog saya ini.

    ReplyDelete
  3. wah dasyat
    terima kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete
  4. Sop.
    Mmg dahsyat sop, tapi seberat2 mata memandang berat lagi bahu memikul..

    ReplyDelete
  5. wow nice entry..love it very much :D

    ReplyDelete
  6. wow nice entry..love it very much :D

    ReplyDelete
  7. pol pot memang kejam..dah berapa keturunan pol pot sekarang nie ada nak memusnahkan islam..dulu pernah dengar air botol mineral yg dijampi paderi pol pot yg ke berapa entah klu kita minum terus gila,murtad dan tak sedar diri ikut ajaran kristian..tak tau jenama apa air mineral tu..tapi hati2..sekarang mungkin takde dah..kot2 akan datang akan ada semula air macam nie..

    ReplyDelete
  8. fatin aziz.
    Trima kasih fatin ats kunjungan ..

    ReplyDelete
  9. fadh leyanie.
    yer kn, tapi syg tingkahlakunya tak seperti yg dibayangkan pada wajahnya. Begitu juga dgn Hitler, muka dan imejnya agak lawak tapi sgt kejam dan zalim.

    ReplyDelete
  10. seribupilihan.
    Trima kasih ats tambahan info. First time sy dgr wujudnya air mineral jampi oleh paderi pol pot. Kesian umat islam di sana.

    ReplyDelete
  11. igt zaman hitler je yg kejam
    ada lagi kejam ea..
    smpi 20K kanak2 jd mangsa..huhuhu

    ReplyDelete
  12. el.
    mungkin hitler lebih kejam tapi Pol Pot turut termasuk dlm kategori manusia Maha Kejam.

    ReplyDelete
  13. kejam gila ni. sakit kepala tengok.. T_T

    ReplyDelete
  14. Cikgu sejarah ni mesti suka entri ni shameel hehe...

    ReplyDelete
  15. Hanida Moss.
    Pot Pot mmg kejam. Terhadap umat islam kat sana lagi kejam perbuatannya. Alim ulama dibunuh dgn kejam. Kitab2 agama di bakar dan masjid dijadikan kandang babi..

    ReplyDelete
  16. hainom OKje.
    Kebetulan pula sy ni guru sejarah.. jadi sy juga berminat dgn kisah2 sejarah.

    ReplyDelete
  17. salam kenal shameel.wah seronoknya jalan2 kesini..In Sya Allah nak pegi juga =)

    ReplyDelete
  18. Dahsyatnya mereka menyiksa tahanan..kejam sangat-sangat...tetapi entry ni memang menarik. Terima kasih sebab share.. :)

    ReplyDelete