Monday 14 January 2013

Zarina Anjoulie, Ratu Kontroversi Satu Malaysia.


Sejujurnya, saya kurang mengenali dan sekali gus tidak meminati artis ini. Kalau Angelina Jolie tu saya minatlah sebagaimana saya meminati Brad Pitt. 

Dan, saya yakin, agak ramai yang tak mengenalinya.Kehadiran Zarina Anjoulie Lavocah dalam dunia hiburan bolehlah umpama melukut di tepian gantang, masuk tidak menambah dan keluar pula tidak mengurang. Ada atau tiada, tidak member apa-apa kesan. 

Jika nak diharapkan mutu lakonannya, lebih baik tengok wonderpets. Tapi kontorversi yang dicipta olehnya umpama Tsunami yang maha dahsyat. Sebab itu, tidak salah rasanya, andainya kita labelkannya sebagai Ratu Kontroversi Satu Malaysia.

Sesungguhnya agak ramai yang menyampah dengannya, malah, ada segelintir blogger yang melakukan penjenamaan semula terhadap namanya, Zarina Anjoulie Lavocah menjadi Zarina Anjoulie Lalucah. Dan, tak kurang juga yang melabelkannya sebagai artis Simbol Seks. Ini kerana aksi dan bicaranya selalu bersulamkan lucah. Lihat sahaja kata-katanya yang saya paparkan di bawah ini: 

Mulut kata haram.. Tapi sambil tengok gosok2 bebird (kemaluan) kan kan kan ;p x senonoh je,” 

Pernah dahulu dengan penuh rasa bangga Zarina Anjoulie Lavocah mewajar dan mewaraskan aksinya yang mempamerkan payudaranya di dalam majalah FHM Indonesia keluaran Oktober 2011. 

“All I hear frm yesterday is tetek ths tetek that.Apa dosa sial tetek ak kat org..Masing2 ada tetek nk kacau tetek org, Ini adalah kata-kata atau kenyataannya yang penuh ketololan dan kebahlulan apabila tindakannya itu dicemuh oleh orang ramai.

Terbaru, Ratu Kontroversi ini telah ditahan oleh pihak berkuasa setelah didapati dia dan rakannya memiliki dua biji pil eramin 5 bersama Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Info Tambahan:
Kita jadikan ini semua sebagai pengajaran dan kita doakan agar Zarina menyedari segala kesilapannya selama ini

Jika ingin tahu lebih lanjut tentangnya lihat sahaja:  

4 comments :

  1. Mudah2an dia ni diberi hidayah oleh Allah..kesian mak ayah dia.. ermm tak tau lah salah siapa kan cikgu??..semoga dia kembali ke pangkal jalan..amin! :)

    ReplyDelete
  2. aTieYusof Family.
    Itulh yg kiha harapkan. Mudah-mudahan apa yg berlaku ni mnjdi pengajaran paling berharga buatnya serta jadi peringatan yg bernilai buat kita semua.

    ReplyDelete
  3. Godaan..hiburan...maksiat..semuanya ada dlm bidang yg diceburinya...pesta tanpa had..pergaulan tanpa batas...semua itu juga tergolong dlm lingkungan kehidupan pencarian nafkahnya...dan dia pula lahir dlm sebuah keluarga campuran yg brgkali sgt nipis pengetahuan dlm soal keagaaman...sdgkan syaitan dan iblis yg menghampirinya berpangkat sarjan...mejar...inspector..kasihan melihat pilihannya dan tutur katanya...semoga Allah buka pintu hatinya kembali mengenal Islam..sekaligus tidak lagi mengheret ibubapanya sekali kekancah kehinaan....

    ReplyDelete
  4. Semoga diberikan taufik dan hidayah buat dia dan dihindari dari segala bentuk fitnah buat anak cucu kita kan Shameel!!....

    ReplyDelete