Friday 18 January 2013

Kosmo Anti - Kelantan: Mengapa Tonjol "Ustazah Kelantan" Bukan "Ustazah" Sahaja?

Berita asal boleh dibaca di sini SINI 



Saya tidak mahu ulas panjang-panjang. Cuma mahu mempersoal motif Kosmo menonjolkan perkataan "Kelantan" dalam berita di atas. Mengapa? Walhal bunyi tajuknya pelik apabila dimasukkan perkataan "Kelantan". 

Tidak pernah kita baca tajuk berita: "Cikgu Johor Belasah Murid" atau "Ustazah Negeri Sembilan Mendera Muridnya". Selain janggal, bunyinya memang pelik! 

Tajuk "Lengan Murid Lebam Dicubit Ustazah" sudah memadai dan tepat berbanding dengan tajuk yang digunakan di atas. Lagipun kejadian ini berlaku di Kelantan, bukannya di tempat lain. Jika di tempat lain pun, walaupun tertuduh berasal dari Kelantan, tindakan meletakkan perkataan "Kelantan" itu tetap tidak kena! 

Kredit buat :Dunia Caca Marba

Tajuk Lain Yang Berkaitan: Kosmo Menghina Kelantan

13 comments :

  1. hahhaha...biasalah...kelantan selalu buruk lah di pandangan diorng..
    Tp sentiasa yg terbaik utk ank jati kelantan:)

    ReplyDelete
  2. kemei.
    setuju dgn kemei. Mesej yg kosmo nk smpaikan mudah jer ,hati2 dgn ustazah2 dari kelantan, sbb mereka mmg jahat dan kejam.

    Tapi bila kita fikir balik ternyata wartawan n editor kosmo ni trdiri dri golongan yg mandul akal.

    ReplyDelete
  3. saje je tu wat kecohh suh laku paper tuh huhu

    ReplyDelete
  4. miss kecoh.
    Wartawan murahan mmg mcm tu, sbb timbulkan isu sensitif utk lariskan paper dia.

    ReplyDelete
  5. mmg pelik tajuk tue...

    kalau dh pro yg batil sanggup hina bangsa sndiri...isu kecik je..mcm lah kat negeri lain xde yg samseng...

    ReplyDelete
  6. Lagi elok kalau diletakkan tajuk " Lengan murid lebam dicubit Ustazah Pas The Red Warriors Kelantan".

    Cukup-cukuplah beli Kosmo

    ReplyDelete
  7. haha
    komen Cikli tu memang terbaik
    semua ada dan lengkap sangat2
    haha

    ReplyDelete
  8. Zura Zue.
    Itulh Zura, apa motif sbnr akhbar kosmo.. sengaja nak lariskan akhbar atau memang ia akhbar yg racis. Perkara mcm ni boleh berlaku di mana2 sahaja.

    ReplyDelete
  9. Cikli .
    Setuju skali dgn Cikli..hehehe. Mmg perlo diboikot kosmo ni..

    ReplyDelete
  10. tehr.
    Betul tu tehr. Jawapan Cikli sgt tepat dan bernas. hehehe..

    ReplyDelete
  11. Kelakar baca komen CIKLI...hehehe...mmg dah lama tak baca KOSMO...Isu air SELANGOR..isu tanah rezab melayu PENANG...Isu kerugian pelaburan KEDAH...bermingu-minggu tulis berita yg sama...jelakkk muakkk...isu lembu menginap di kondo ari tu tak sampai seminggu dah tak tulis lagi....

    ReplyDelete
  12. Eye_nee .
    Biasalah Eye_nee . Kosmo ni akhbar yg diternak oleh geng2 yg anti Kelantan, Kedah, Selangor dan Penang..Mrk kena tulis mengikut nafsu penternaknya.

    ReplyDelete
  13. Suka2 hati depa je nak letak "Kelantan" tu kan.. takpe cikgu yg penting Allah tau..bagi sy Kelantan tetap di hati..hehe..
    suka Kelantan, kawan2 pun ramai Kelantan:)

    ReplyDelete