Monday 14 January 2013

KOSMO MENGHINA KELANTAN.


Majoriti Orang Melayu adalah penagih dadah” Kenyataan sebegini tentu sahaja melukakan hati dan menimbulkan kemarahan seluruh umat Melayu. Percayalah, abang Ibrahim Ali ,PERKASA akan mengamuk sakan.

 “Majoriti Penagih dadah adalah Orang-Orang Melayu.” Kenyataan ini perlu diterima dengan redha walaupun ia amat bisa berbisa. Ini kerana, kenyataan ini menepati realiti. 

Mesej dari dua kenyataan di atas amatlah mudah, iaitu, kita perlu teliti dalam mengatur kata dan menyusun bicara. 

Tapi malangnya wartawan yang mandul akal dari akhbar tabloid Kosmo tidak teliti dalam isu ini. Perkataan Kelantan tidak perlu disensasikan. Sebab kejadian sebegini boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa megira lokasi, negeri mahupun bangsa serta agama. 


Negeri Si Bekas Suami/Penjenayah tidak perlu disensasikan.
Ini kerana perbuatan jenayahnya yang perlu difokuskan,
dan hukuman yang diterima olehnya pula perlu dijadikan pengajaran.

Sepatutnya berita tersebut bertajuk Penampar Mahal Bekas Suami, dan bukannya Penampar Mahal Lelaki Kelantan. Ini kerana, fokus utama yang perlu disensasikan ialah hukuman terhadap lelaki yang menzalimi bekas isterinya. Apabila perkataan Penampar Mahal Lelaki Kelantan disensasikan ia seakan-akan mengambarkan aktiviti tampar menampar dan pukul memukul itu adalah hobi atau aktiviti masa lapang para lelaki Kelantan. 

Gila dan memang gila, sebab banyak lagi kes-kes lain yang lebih teruk daripada kes ini seperti kejadian wanita di rogol oleh bekas suami dan kejadian wanita disimbah asid oleh bekas suaminya gara-gara wanita tersebut enggan dirujuk semula oleh bekas suaminya itu. Tapi tidak pula disensasikan negeri kelahiran penjenayah/bekas suami tersebut. Ini yang dikatakan Hairan bin Ajaib dan Bahlul binti Tolol. Wartawan dan editor Kosmo perlu membuka mata dan minda seluas-luasnya.

Kepada wartawan dan editor Kosmo,belajarlah dari apa yang berlaku di negara tetangga kita, Indonesia. Lihatlah bagaimana penerbit dan pengarah filem terkenal Hanung Bramantyo dikecam hebat kerana filemnya berjudul Cinta Tapi Beda telah menghiris hati dan mencalar perasaan etnik Minangkabau. Filem tersebut mengisahkan Diana, seorang gadis Katolik berketurunan Minangkabau yang bercinta dengan Cahyo seorang lelaki Muslim berketurunan Jawa.

Filem ini dikecam hebat bukan semata-mata kerana menghina etnik Minangkabau yang majoritinya beragama islam. Tapi disebabkan ia mensensasikan permasalahan etnik. Malah Hanung Bramantyo dinasihatkan agar hanya memaparkan isu cinta antara dua agama tanpa menyentuh mana-mana etnik.

Kepada Kosmo, harap dapat jadikan ini sebagai satu pengajaran dan janganlah terus terlena dalam dunia tolol dan bahlul. .

19 comments :

  1. Macam ada niat lain je sebenarnya dorang ni. Tak pun kena belajar balik cara-cara nak menulis dengan beradab sikit.

    ReplyDelete
  2. Salam Shameel...
    jika baca tajuk tu macam nk fokus kepada 'KELANTAN'.. jangan pulak kerna tajuk2 yang kurang matang macam ni lebih banyak pecah belah berlaku... tapi sentiasa doakan moga semua ni dijauhkan...

    ReplyDelete
  3. Rara Nasiha .
    Sy beranggapan, wartawan tu bermotif jahat demi mengaut keuntungan.

    ReplyDelete
  4. HiDa.
    Apa motif sebenar wartawan tu tulis tajuk sebegini..Yg pasti dia tidak profesional.

    ReplyDelete
  5. erm..sepatutnya sblm mencetak sesebuah akhbar, editor kena peka ttg tajuk..ditakuti akan mendatang kan ketidak senangan sesetengah pihak.. tak perlu lah fokus org asal mana..sbb pokok perkara utama nya bukan dari mana pesalah itu tetapi kesalahan yg telah di lakukan nya..moga perkara ini blh dijd kan ikhtibar..

    ReplyDelete
  6. Memang marah betul orang kelantan yang 'ni' ni...he...he..
    Yelah betul terlajak kata memang susah nak undur dah ni...
    Semoga benda ni menjadi pengajaran buat mereka tu...

    ReplyDelete
  7. aTieYusof Family.
    Kesilapan wartawan dan kecuaian editor jdi punca semua ni. Harap2 lepas ni mrk lebih berhati2..

    ReplyDelete
  8. kak nora.
    Salam kenal juga kak nora. Trima kasih ats kunjungan.

    ReplyDelete
  9. hainom OKje.
    Tidak sekadar terlajak kata jer tapi dah tahap terlajak mencetak dan menerbit..

    ReplyDelete
  10. huhuhu.... nauzubillah .. ape nak jd skrg ni ~~ hmm

    ReplyDelete
  11. Nazmin Nazifa.
    Dunia akhir zaman awk..

    ReplyDelete
  12. ada sedikit benda yg sy hendak terangkan di sini.

    1) Memang silap wartawan tu sebab tajuk dia mmg panas. Tak perlu di'mention' negeri sepatutnya.

    Tapi jika difikirkan semula, kenapa kita perlu untuk selindungkan semua itu? Nak menutup aib negeri itu sendiri kah? Rakyat kadangkala perlu tahu ttg perkara sebenar. Kita seringkali dijadikan bahan lawak mainan media..:)

    ReplyDelete
  13. Adam Haiqal .

    Saya ulang balik komen awak ....Tapi jika difikirkan semula, kenapa kita perlu untuk selindungkan semua itu? Nak menutup aib negeri itu sendiri kah? Rakyat kadangkala perlu tahu ttg perkara sebenar...

    INI ULASAN SAYA

    Sgt byk kes jenayah yg berlaku di mana2 negeri. Tapi mengapa tidak disensasikan nama negeri tersebut. Cuba lihat print screen yg kedua kenapa tak dibuat tajuk LELAKI KUALA LUMPUR UGUT ISTERI.

    Begitu juga dgn kes pelajar tingkatan 4 melahirkan anak dlm sebuah tandas di terengganu, kenapa tak letak tajul GADIS TERENGGANU BERSALIN DALM TANDAS.

    Atau selepas ini setiap kes jenayah kita paparkan nama negerinya spt LELAKI TERENGGANU MENGAKU JADI TUHAN(ayah pin..

    Ini jelas lagi bersuluh wartawan tersebut belum mumaiyiz dalam etika kewartawanan..

    ReplyDelete
  14. memang tak patut mereka tulis macam tu

    ReplyDelete
  15. tehr.
    Inilh yg berlaku apabila mereka menulis tanpa berpandukn akal.

    ReplyDelete
  16. bagi aku, kalau benda tu betul. Apa masalahnya kita tak nak mengaku?

    ReplyDelete
  17. titan.
    Bkn soal betul atau salah tapi soal mengapa perlu difokuskan kpd negeri atau tempat kelahiran si penjenayah. Yg perlu difokuskan ialah kesalahan dan hukuman yg ditrimanya sahaja.

    Kalaulah nak ditonjolkan negeri kelahiran si penjenayah, lepas ni kena adilah dan masukkan sekali elemen bagsa mcm LELAKI MELAYU GEMAR MEROGOL, WANITA MELAYU SUKA JADI GRO.

    ReplyDelete
  18. Terlampau nak sensasikan tajuk berita supaya menjadi berita panas.

    ReplyDelete