Wednesday 2 January 2013

Taman Mini Indonesia Indah


Taman Mini Indonesia Indah (TMII) terletak di Jakarta Timur. Saya berpeluang ke sini ketika mengunjungi Jakarta pada tahun 2011. TMII merupakan sebuah kawasan atau taman pelancongan yang bertemakan budaya Indonesia. Sebenarnya, ia persis Taman Mini Malaysia di Melaka dan Sarawak Cultural Village di Kuching. Tapi, disebabkan Indonesia mempunyai kepelbagaian etnik, maka ia kelihatan sangat menarik, terutamanya jika ingin menyelami sejarah dan tradisi suku kaum/bangsa atau etnik yang menghuni bumi Indonsia. Umum mengetahui tentang kepelbagaian etnik di Indonesia. Antara yang popular ialah Jawa, Bugis, Banjar, Sunda, Batak, Mandailing, Minangkabau, dan lain-lain lagi. 

Anjungan Sumatera Barat 

TMII dibina pada tahun 1972 dan dirasmikan pada 20 April 1975. Tokoh yang banyak memainkan perananan ke arah tercetusnya idea ini ialah Ibu Tien Soeharto, isteri bekas Presiden Indonesia, Suharto. Berbagai aspek kekayaan alam dan budaya Indonesia hinggalah pemanfaatan teknologi moden diperagakan di kawasan seluas 150 hektar.
Anjungan Sumatera Barat

Kepelbagaian etnik yang ini dipamerkan melalui Anjungan Daerah. Setiap daerah mewakili suku-suku bangsa yang berada di 33 Provinsi Indonesia. Anjungan provinsi ini dibangun di sekitar danau dan dibahagikan kepada enam zon, iaitu Jawa, Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, Bali dan Nusa Tenggara, Maluku dan Papua. Selain menampilkan bangunan khas setempat, setiap anjungan juga turut mempamerkan hasil-hasil seni yang mewakili etnik atau suku kaum di Anjungan masing-masing. Semuanya ini dapat memberikan informasi yang lengkap mengenai cara hidup tradisional berbagai suku bangsa di Indonesia
 Anjungan Sumatera Barat 

Disebabkan kesuntukan masa ketika berkunjung ke Jakarta, jadi, saya terpaksa membataskan penerokaan saya di TMII ini. Saya sekadar menghayati Anjungan Sumatera Barat dan Anjungan Riau sahaja, manakala lokasi-lokasi lain hanya sepintas lalu. Atas sebab  ini juga, gambar-gambar yang saya paparkan adalah sekitar Anjungan Sumatera Barat dan Anjungan Riau sahaja. 

Umum Mengetahui, Sumatera Barat dihuni oleh majoriti etnik Minangkabau dan rekabentuk rumah Minangkabau turut mempengaruhi seni bina etnik Minangkabau di Negeri Sembilan.Manakala rumah-rumah penduduk Riau, kelihatannya persis rumah masyarakat Melayu di Semenanjung.
Anjungan Sumatera Barat

Anjungan Sumatera Barat- Bersama sahabat(Aku: kanan)


Anjungan Sumatera Barat

Anjungan Sumatera Barat- Rumah Gadang. 

Anjungan Riau 


Anjungan Riau.Gurindam Dua Belas, 
Karya Pujangga Melayu Raja Ali Haji. 

Raja Ali Haji,Jika dibelek kembali helaian sejarah, pasti sahaja kita akan teringatkan nama tokoh ini. Beliau adalah pembesar dan pengarang berketurunan Bugis yang Riau. Suatu masa dahulu Riau berada di dalam kekuasaan Kesultanan Melayu Johor. Penjanjian Inggeris- Belanda pada tahun 1824,telah memisahkan Riau daripada Johor dan sekali gus membolehkan Belanda menguasai Riau dan juga kawasan-kawasan di Selatan Singapura. Kesudahannya kawasan-kawasan ini termasuklah Riau akhirnya telah membentuk Republik Indonesia
Anjungan Riau. 

Info lanjut tentang Taman Mini Indonesia Indah, langsung sahaja merujuk ke Wikipedia

15 comments :

  1. Banyak berjalan luas pandangankan Shameel

    ReplyDelete
  2. Banyak berjalan luas pandangankan Shameel

    ReplyDelete
  3. hainom OKje.
    Kata2 yg selalu diperdengarkan oleh org dulu2 tu mmg betul. Tapi, mslhnya duit pun banyak melayang. hehehe..

    ReplyDelete
  4. wauuuuuuu, ni kalau dapat gi sekali pon dah ok da nih...teringin sgt nak melawat tpt org...hukhuk

    ReplyDelete
  5. Cantik juga kan Cikgu..
    sy tak berpeluang lgi ke Jakarta..setakat ni baru smpai Kalimantan shj..:)
    Cikgu..Lahad Datu memang dh byk berubah..dh byk pembangunan baru.. Restoran Hidayah msh ada.. Restoran Dilla Farilla tmpt sy mkn sup tu msh baru..Shopping complex Servay pun ada..maju lah juga.. tapi tak tahan harga makanan lah cikgu..mahalll!..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Jadi orang kaya lah, bila melawat Indonesia....begitu kata kengkawan yang telah melawat Indonesia.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Jadi orang kaya lah, bila melawat Indonesia....begitu kata kengkawan yang telah melawat Indonesia.

    ReplyDelete
  8. CintaZulaikha.
    Murah jer tiket flight ke Jakarta ni.. Dulu saya dpt ke sana tika harga tiket Air Asia RM350.00 pergi dan balik. Cuma perlu selalu tgk web site Air Asia.

    ReplyDelete
  9. aTieYusof Family.
    Dulu sy prnh merancang nk ke Pontianak Kalimantan, tapi terpaksa dibatalkan.. Malah hajat nak ke Nunukan dan Tarakan pun belum tercapai..Insha-Allah ingin juga ke Kalimantan nnt.

    Ternyata byk berubah Lahad Datu sekarang ni. Rindu pula sama LD.. Teringin sekali menziarah rakan2 lama kt LD dan Sabah.

    ReplyDelete
  10. ahmad humairi.
    Benar skali cikgu.. Pergi sana kita akan jadi jutawan tapi jutawan rupiah. hahaha. Masa saya pergi dulu RM350.00 bersamaan Satu juta rupiah..

    ReplyDelete
  11. Keren juga rumah adat di TMII tu ya :)

    Selamat tahun baru, wish u all the best.

    ReplyDelete
  12. seronoknya dapat pergi sana

    ReplyDelete
  13. He..he... tulah pasal sampai sudah OKje tak berjalan... sayang duit punya pasal... rasa macam banyak benda lain yang lagi perlu!

    ReplyDelete
  14. hainom OKje.
    Utamakan yg paling ptg. Itu bertepatan dgn fiqh al-awlawiyat(fiqh keutamaan).. jika dah dapat lunaskan perkara2 ptg barulah boleh melencong ke tujuan lain spt jalan2.

    ReplyDelete