Saturday 24 July 2010

Banyak Kopitiam diragui

KUALA LUMPUR 24 Julai – Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halal setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya.
Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.
Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging.
Jelas beliau, sebaliknya syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon sahaja.
Menurutnya, justeru, semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halal.
“Permohonan dibuat melalui telefon... pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain.
“Jika tiada, ia bermakna premis itu layak menerima sijil halal,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar hari ini mendedahkan sebuah kopitiam di Kepong yang diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf.
Saimah berkata, hampir keseluruhan kopitiam di negara ini menggunakan sijil halal dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi.
Beliau memberitahu, sebaliknya jika dipohon daripada Jakim, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh daripada restoran sehingga ke pusat penyembelihan.
Sumber= Utusan Malaysia.

5 comments :

  1. erm susah jugak kan nak tentukan kopitiam mana yang halal or haram.dari luar nampak macam ok jer..

    ReplyDelete
  2. yatre Hayati= Langkah terbaik ialah dgn memilih restoran atau tmpat mkmn yg dimilki leh org islam( x kisahlah melayu ke atau apa2 ke). Selain halal ia juga dpt mmbantu sesama saudara seagama. malah duit yg kita guna utk brbelanja tu mgkin juga akan digunakan oleh pemilik kedai utk bersedekah kt masjid atau berzakat nnt.

    ReplyDelete
  3. Salam Shameel
    rasanya dah hampir setahun kak ida tk menjamah di kopitiam...sejak kak ida mendapat info tentang halal atau tidaknya makanan dan penyediaan di kopitiam.

    ReplyDelete
  4. idalara= Trima kasih atas kunjungan dan komentar. Bagus sekali tindakan kak ida sebagai langkah berjaga-jaga. halal jelas dan haram pun jelas. antaranya ialah syubhah. jika terpelihara drp prkara syubhah maka insha- Allah akan terpelihara agama.

    ReplyDelete