Saturday 31 July 2010

WAKTU IMSAK, ADAKAH BID’AH.

(Gambar Dari Google)


SEBELUM RAMADHAN menjelma, elok juga kita ambil tahu tentang persoalan paling asas iaitu sahur. Sahur atau bersahur pula amat berkait rapat dengan waktu imsak. Waktu imsak kebiasannya dalam lingkungan 10 atau 15 minit( tolong perbetulkan jika saya silap) Persoalannya adakah waktu imsak itu selari dengan sunnah atau bid’ah.

Memang terdapat segelintir pihak yang mendakwa waktu imsak itu sebagai bercanggah dengan sunnah lalu melabelkannya sebagai bid’ah. Saya tidak ingin mengulas panjang kerana matlamat kewujudan blog saya bukanlah untuk berbicara persoalan khilafiah. Blog saya bukan gelanggang untuk bertikam lidah dan bersilat kata dalam persoalan bid’ah membid’ah.

Kembali kepada tajuk. Adalah digalakkan untuk kita melewatkan sahur, malah itu satu amalan yang mulia. Dalam satu hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w bersabda “ Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar( subuh).” Berdasarkan hadis ini, selagi belum tiba waktu subuh, maka selagi itulah dibenarkan makan dan minum. Ini kerana waktu sahur hanya berakhir dengan bermulanya azan subuh.

Tentang imsak pula, terdapat satu hadis yang sedikit sebanyak memperihalkan tentangnya( walaupun secara tidak langsung), iaitu hadis daripada Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Shahihnya, sabda Nabi s.a.w “ Zaid bin Tsabit menerangkan dia bersahur bersama Nabi s.a.w, kemudiannya bangun pergi mendirikan solat(subuh), Anas bertanya: “Berapa lamakah tempoh antara keduanya ( antara sahur dan solat subuh)?, Zaid menjawab., “sekadar tempoh membaca 50 atau 60 ayat Al-Quran.” Berdasarkan hadis ini jangka masa antara waktu sahur dengan waktu subuh ialah kira-kira bacaan 50 hingga 60 ayat Al-Quran yang sederhana panjangnya dan mungkin dalam tempoh masa 15 hingga 20 minit.

Dalam persoalan ini, hadis pertama menceritakan boleh makan dan minum sehingga masuknya waktu subuh. Ia tepat tanpa sebarang keraguan. Hadis kedua pula sekadar menceritakan tempoh antara bersahur dengan bersolat subuh, iaitu menyamai bacaan 50 hingga 60 ayat Al-Quran. Namun ia tidak menasakhkan( memansuhkan) hadis yang pertama.

Kesimpulannya, tiada masalah andai kita ingin bersahur pada pukul satu pagi sekalipun sambil blogwalking( tak bersahur pun tak salah),cuma ia tidak menepati sunnah. Dan, harus juga untuk bersahur sehingga kedengaran azan subuh. Cuma, sebagai langkah persediaan untuk bersolat subuh atau melakukan ibadat yang lain seperti membaca Al-Quran, pergi ke surau atau masjid, maka wajar untuk berhenti bersahur lebih awal, mungkin dalam tempoh kira-kira 10 atau 15 minit( sebelum masuknya maktu subuh) apatah lagi dalam kes suami dan isteri yang saling gaul mengauli pada malamnya. Jadi masa yang berbaki selepas bersahur itu bolehlah digunakan untuk mensucikan diri dengan mandi junub.

Jadi adakah waktu imsak itu bid’ah? Memang bid’ah kalau kita beranggapan wajib berhenti makan dan minum serta amalan lain yang membatalkan puasa setelah masuknya waktu imsak. Ini memang berlaku di sesetengah tempat malah secara peribadi saya pernah ditengking oleh pak lebai kerana menghabiskan minuman yang masih berbaki di dalam cawan. Dengan merujuk takwim imsak yang diedarkan oleh syarikat pengeluar kicap, persis Mufti, Pak Lebai itupun berfatwa “Dah masuk imsak, jangan makan. Tu yang dok minum tu(merujuk kepada saya) jahil betul.”

Tapi, tidaklah bid’ah andainya kita berhenti makan lebih awal sedikit kerana ingin mempersiapkan diri untuk membaca Al-Quran atau bersolat subuh atau urusan-urusan lain, namun kita mesti menyakini dalil yang sahih bahawa penamat sahur hanyalah azan subuh.

Akhir sekali, eloklah kita renung kata-kata ulama terkemuka Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya Fatwa Mu’asirah “ Jika seseorang selalu mengamalkan puasanya bermula daripada waktu imsak, maka ia telah melakukan suatu keterlaluan dalam agama ini dan bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w”

38 comments :

  1. salam
    sebenarnya sejak mula berpuasa kak ida teramat jrg mengikut waktu imsak...walaupun waktu imsak sudah masuk kak ida tetap makan atau minum... sehingga betul2 nak azan subuh barulah kak ida dan anak2 berhenti kerana kak ida berpegang pada Hadis Nabi SAW..

    ReplyDelete
  2. salam cikgu,

    saya mmg amalkan bershur sejak zaman sekolah lagi, dan mmg dah jadi biasa pula walau berjauhan dari mak ayah kini. mmg kdg2 konpius dgn waktu imsyak dan waktu subuh. kerana pernah membaca dlm satu artikel, mengatakan bahawa sekira ada makanan dlm mulut pun dan tiba waktu azan subuh, hendaklah kita terus sahaja menelan makanan yg sudah dikunyah itu, tapi jgnlah kita mengambil lagi makanan lain masuk ke mulut.

    saya juga diajar ttg melambat2kan waktu bersahur dan mencepat2kan waktu berbuka puasa.

    mmg betul, waktu imsyak yg ada dlm takwim , waktunya 10 minit sebelum waktu subuh.

    saya juga mmg teragak2 dan was2 dgn waktu imsyak ini. semoga kita terus menimba ilmu agama dan dijauhi dalam jalan2 yg sesat.
    amin.

    terima kasih cikgu dgn perkongsian ini.

    ReplyDelete
  3. suka sgt time pengumuman cmni...macam sesuatu yang sangat2 indah...Selamat Menyambut Ramadhan

    ReplyDelete
  4. salam.

    sepupu sy slalu pesan mcm tu jgk. ada jgk pndpt yg mengatakan kalo phrase azan "haiya alas solah" mmg dh kne btul2 stop mkn. huhu not sure sgt. sbb bile dh duk jauh, dh jrg sahur. sahur pon sblm tdo n bgn subuh.

    selamat menyambut ramadhan almubarak!

    ReplyDelete
  5. info yang baik untuk persediaan ramadhan...

    orang kita ni tu le masalahnya, banyak yang taklid buta dan sangka bila jadik jk masjid dah cukup tinggi ilmunya, kekadang sakit telinga dengar orang masjid menengking kanak-kanak yang datang ke masjid buat bising.. dorang tak sedo ke perbuatan tu akan menyebabkan bebudak menjauhi masjid

    ReplyDelete
  6. salam cikgu

    syukran atas perkongsian.. info baru buat saya. selamat menyambu ramadhan Almubarak

    ReplyDelete
  7. tu la pasal.. cam dh jd adat plak waktu imsak tu.. huk3~

    ReplyDelete
  8. idalara= Syabas kak krn tidak taqlid buta dlm permasalahan imsak. saya pun jarang ikut waktu imsak, jadi kalo saya mkn atau minum bla melepasi waktu imsak, mata saya asyik memandang jam kat astro utk memastikan agar tak melebihi waktu subuh. saya difahamkan waktu atro adalah paling tepat.

    ReplyDelete
  9. blueCITY= mmg ada hadis kak ttg boleh habiskan makanan yg berbaki di mulut walaupun azan subuh sudah kedengaran. Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad, Nabi s.a.w bersabda " Apabila seseorang drp kamu mendnegar azan, sedangkan bekas makanan dan minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya."

    p/s= sengaja saya tak paparkan dalam n3 takut menimbulkan polemik kt blog saya. hehehe.

    ReplyDelete
  10. Nur Hawa= Saya pun seronak sangat menunggu pengumuman 1 Ramadhan. Dok tunggu dpn tv sbb nak tau tarikh puasa.

    ReplyDelete
  11. Munie = Apa yg pasti ada hadis " Apabila seseorang drp kamu mendnegar azan, sedangkan bekas makanan dan minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya."

    selamat menyambut ramadhan al-mubarak

    ReplyDelete
  12. cemomoi= itulah masalahnya dgn ajk masjid, suka hati jer nak menghukum. Dia tak sedar tindakkannya itu menjauhkan org drp masjid dan sekali gus dari agama.

    ReplyDelete
  13. light of happiness = Trima kasih atas komentar. selamat menyambut Ramadhan al-mubarak juga dari saya.

    Nusana nosa= Betul tu, dah jadi adat dah waktu imsak, lagi malang bila org2 yg x faham menganggap waktu imsak sebagai penamat sahur.

    "RAMADHAN KAREEM"

    ReplyDelete
  14. salam,

    selamat menjalani ibadah puasa.

    ReplyDelete
  15. ahmad humairi= Trima kasih cikgu ats kunjungan dan komentar.

    selamat menjalani ibadat puasa juga

    ReplyDelete
  16. tahun ni nak try bersahur sambil berblogwalking...tak pernah buat lagi...anyway...rindu dengan pengumuman puasa tu...selalu tggu depan tv...mcm suspen je kan

    ReplyDelete
  17. suzzsuzie =Best jugakn brsahur sambil berblogwalking. hahaha, kita sama2 tunggu pengumuman puasa nnt kt dpn tv.

    ReplyDelete
  18. salam..
    info yg baik..
    bsiap sedia utk mhadapi ramadhan ^^

    ReplyDelete
  19. sahur tu kan sunnah.. tak susah pn sbnrnye.. cme jgn dlyn mood tdo n selera tu.. syukran ats pkongsian~ :)

    ReplyDelete
  20. nice info..setahun 2 kali jer dpt tgk muka pakcik kat dlm t.v tu..

    ReplyDelete
  21. selamat menyambut ramadhan

    ReplyDelete
  22. caliph= Trima kasih atas komentar.

    Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak juga.

    ReplyDelete
  23. Macy= Betul tu Macy, gagahkan diri utk bersahur krn ia sunnah yg amat dituntut.

    ReplyDelete
  24. life kami = hahaha, 3 kali sebenarnya pakcik tu kluar tv. firt, tyme umumkn tarikh puasa, lps tu, tyme umumkn tarikh raya. last skali umumkan tarikh tgk anak bulan utk raja haji

    ReplyDelete
  25. tehr= selamat menyambut Ramadhan juga dari saya.

    RAMADHAN KAREEM.

    ReplyDelete
  26. Islam tidak pernah menolak amalan turun-temurun yang telah menjadi `uruf‘ (budaya yang baik dalam masyarakat) bagi sesuatu bangsa. Justeru, di atas dasar apakah sesetengah fahaman atau mazhab yang cuba menggugat amalan-amalan baik yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat itu? Sedangkan, amalan-amalan baik yang diamalkan seperti membaca Yasin (secara beramai-ramai pada malam Jumaat) dan juga menyambut Maulidur Rasul (Maulud Nabi s.a.w) itu sebenarnya menyeru ke arah perpaduan dan mengeratkan hubungan sesama umat.

    Sekalipun amalan-amalan tersebut dianggap sebagai bidaah, harus difahami bahawa tidak semua bidaah itu sesat. Amalan-amalan yang dinyatakan itu sebenarnya adalah termasuk dalam bidaah hasanah (bidaah yang baik). Oleh yang demikian, kita harus menerima adanya bidaah yang baik dan menolak bidaah yang buruk.Wallahualam.

    ReplyDelete
  27. sy senang je.

    lau x jaga, sy x sahur.
    lau jg da agak lewat, smpai nk msk subuh sy mkn lg.

    hehe.

    well.entri ni bg pengetahuan yg mmg sy jarang nk amek tahu.thanks

    ReplyDelete
  28. Zulkbo= Terima kasih atas pandangan. Sy bersetuju dgn pandangan en. zul. mmg btul islam x menolak uruf bag isesuatu bangsa selagi mana ia tidak menyalahi agama.

    sy juga krg bersetuju dgn perbuatan melabel fitnah terhadap amalan tradusu spt bacaan yassin pada mlm jumaat.

    cuma, para dai'e hendaklah mendidik masyarkat agardapat membezakan antara adat dan agama. Tentang sahur itu, masih ada yg beranggapan wajib berhenti mkn dan minum apabila tiba waktu imsak. Perkara mc mni yg sepatutnya diperbetulkan agar masyarakat tahu hakikat sebnar ttg sahur, imsak dan puasa.

    Sgt penting agar masyarakat tidak bertaqlid buta dalam persoalan agama.

    ReplyDelete
  29. Fatihah= Trima kasih atas komentar. Cuma, bersahir itu penting kerana padanya keberkatan meskipun dg nmeminum seteguk air.

    ReplyDelete
  30. da nak ramadhan daa
    selalu sahur malam2 sbb payah nk bgn pagi
    hehehhe

    ReplyDelete
  31. syahira ariff = sahur mlm2, awlnya. heheh. Tak sabarnye tunggu bln pose.

    ReplyDelete
  32. sambal tempe n smbal udang such a hidangan yg masyuk unt sahur...erm...duk hstel nih,mkn megi je kot ms sahur nnti

    ReplyDelete
  33. cik jari= Tyme kt usm dlu, sy slalu berbuka puasa kt masjid. mkn dlm talam. bersahur plak bli awal2, pkul 12 tgh mlm dh beli dh. pkul 1 trus mkn.

    ReplyDelete
  34. xsabar nk menjalani ibadah puasa:)
    moge puasa kali ni lbh bermakna...

    ReplyDelete
  35. Ecah mashuri = Bagus dan tahniah sebab semangat nak berpuasa begitu mendalam dlm diri echah.

    Tapi, berpuasa kt kelantan sgt best, banyak juadah berbuka yg sedap2.

    ReplyDelete
  36. salam shameel,
    perbincangan yang ilmiah. abah setuju dengan shameel.

    semoga Allah memanjangkan usia kita sehingga ke bulan Ramadhan pada tehun ini. InsyaAllah!

    ReplyDelete
  37. abah aman = Trima kasih atas kunjungan dan komentar.

    Moga Ramadhan kali ini akan memberikan kita seribu erti dan sejuta makna. Erti ketaqwaan dan makna keimanan.

    ReplyDelete