Sunday 25 July 2010

QADA PUASA DAN BAYAR FIDYAH.

(gambar dari google,ia tiada kaitan dgn tajuk)


SEDIKIT MASA lagi Syaaban akan melabuhkan tirainya. Maksudnya tak lama lagi bulan suci yang penuh keberkatan akan menjelma. Sebelum RAMADHAN KAREEM diucapkan, mari kita lihat hutang-hutang terdahulu. Hutang puasa yang saya maksudkan, iaitu jumlah hari-hari puasa yang pernah kita tinggalkan pada musim Ramadhan lepas. Tak kiralah secara sengaja atau tidak, sepatutnya diqadakan secepat mungkin, namun Allah Yang Maha Penyanyang memberikan kita kelapangan untuk melaksanakan qada pada bila-bila masa sahaja(kecuali pada hari yang diharamkan berpuasa) sebelum tiba Ramadhan yang berikutnya. Jadi, pada bulan Syaaban segala puasa yang telah ditinggalkan hendaklah diqada sepenuhnya tanpa berbaki lagi.

Andainya seseorang gagal melunaskan hutang puasanya ini hingga menjelma Ramadhan yang berikutnya, maka dia wajib menqada puasa yang ditinggalkan berserta fidyahnya sekali. Sebenarnya ada beberapa golongan yang wajib qada dan membayar fidyah, namun disini saya hanya ingin fokuskan kepada golongan yang melewatkan qada puasa sehingga melewati Ramadhan yang berikutnya.





Kadar fidyah ialah secupak beras atau gandum kepada fakir miskin bagi setiap hari puasa yang diitnggalkan. Ini adalah pandangan Imam Syafi’i dan jumhur ulama’. Sandaran imam syafi’i dalam penetapan ini ialah sebuah hadis yang riwayat Darulqutni daripada Abu Hurairah mengenai lelaki yang sakit kemudian sihat tetapi tidak juga menqadakan puasanya hingga tiba ramadhan berikutnya,. Baginda bersabda “ Hendaklah ia qadakan puasa yang ditinggalnya, kemudian mengeluarkan secupak makanan kepada orang miskin bagi setiap hari yang ditinggalnya.

Kadar fidyah akan bertambah sejajar dengan pertambahan tahun yang diabaikan qada puasa. Sebagai contoh, andainya seseorang meninggalkan puasa selama lima hari pada tahun pertama dan tidak menqada puasanya hingga masuk bulan Ramadhan tahun yang kedua, maka dia diwajibkan qada puasa selama lima hari dan membayar fidyah sebanyak 5 cupak beras. Seandainya gagal dilunaskan puasa itu hingga masuk ramadhan pada tahun berikutnya pula( tahun ketiga), maka dia wajib qada sebanyak lima hari dan membayar fidyah sebanyak 10 cupak.

Berbalik kepada persoalan fidyah, pada hari ini secupak beras itu lebih sesuai dinilai dari segi wang ringgit. Kadar sekarang ialah secupak beras bersamaan dengan RM1.20 dan ia boleh diberi kepada sesiapa sahaja yang secara zahirnya adalah faqir miskin,termasuklah kepada saudara mara sendiri.


1) Lebih lanjut :

a) Pondok Pasir Tumboh Kelatan.
http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=25:bayar-fidyah-tinggal-puasa&catid=9:soal-jawab-agama&Itemid=25





26 comments :

  1. salam cikgu,

    saya mencari2 juga artikel mengenai qada puasa ini. masih tak lengkap juga rasanya kan.
    tapi menambah juga apa yg saya cari2 selama ini, juga menyakinkan apa yg faham selama ini.

    semoga cikgu sentiasa dirahmati allah swy selalu. amin

    ReplyDelete
  2. salam shameel..
    elok la di kongsi
    dan di war-warkan
    memandangkan dah masuk
    syaaban ni..pasti ramai
    yang alpa

    ReplyDelete
  3. blueCITY = Terima kasih Kak Biru atas kunjungan. Elok juga ke link pondok pasir tumboh tu sbb byk maklumat kt situ

    ReplyDelete
  4. zulkbo= Trima kasih atas komentar. Ya, btul tu sekadar renungan utk meningatkan mana2 yg lupa.

    ReplyDelete
  5. puasa pun dah dekat kan.. so kita kenala bersedia :)

    ReplyDelete
  6. Fyzal = Btul tu, kita kena bersedia. Bln syaaban adalah sebaik2 prsediaan sbb tu Nabi s.a.w sgt galakan umtnya brpuasa dlm bln syaaban

    ReplyDelete
  7. harap dapat merasai ramadhan lagi :)

    ReplyDelete
  8. info yang sangat baik sebab banyak orang hanya gantikan puasa je tapi tak tau kena bayar fidyah skali

    ReplyDelete
  9. naz= sam2lh berdoa agar dapat merasai ramadhan utk menikmati bulan pesta pahala

    ReplyDelete
  10. cemomoi= Betul tu sahabat, masih ramai org x tau ttg hukum mmbayar fidyah. Malah ada yg meningallkan puasa sejak bertahun2 tapi x jugak bayar2 fidyah

    ReplyDelete
  11. Thank kamo for the reminder.hurm..kdg2 terlepas pandang benda ni.=p

    ReplyDelete
  12. bagus shameel saling ingat mengingati sesama insan.. semoga kita tidak mudah lupa..

    ReplyDelete
  13. fuhhh alhamdulillah
    nasib baik dah siap ganti puasa
    ^________^!

    ReplyDelete
  14. Arra jasmy =sekadar renungan utk dikongsi kerana agama itu nasihat.

    ReplyDelete
  15. chaon = betul tu ingati meningati spya kita semua x mudah lupa. dan plg ptg tak memandang ringan trhadap urusan agama.

    ReplyDelete
  16. syahira= Tahniah sy ucapkan sbb dh habis ganti puasa.

    ReplyDelete
  17. uish tajam gmbr awl2 tu. ngeh3. slmt menyambut ramadhan almubarak. :)

    ReplyDelete
  18. tima kasih incik shameel utk info yg bermanfaat

    2 thn lepas terpaksa tinggal puasa sbb masalah kesihatan tp tahun ni baru dpt ganti. penah dgr org ckp kene double jumlah hari berpuasa...memang konfius!tp info kat sini dah jelas.t.kasih.

    ReplyDelete
  19. Munie = gambar awal tu menakutkan para mahasiswa/si. hehehe

    ReplyDelete
  20. Dark Half= Syukur Alhamdulillah sbb sahabat dh ganti puasa. entry ini sekadar perkongsian ilmu ke arah mematngkan kita dalam beragama

    ReplyDelete
  21. velasrizal = betul tu, ganti cepat2. heheh

    ReplyDelete
  22. takut juga kalau one day tak terganti~

    ReplyDelete
  23. salam,

    kalau berhutang dengan pihak bank...tak bayar..keluar surat mahkamah...kita dah takut!

    ...dengan ALLAH???

    ReplyDelete
  24. sy dah ajak kwn2 sy baca psl pose nie...hahaha!trima kasih

    ReplyDelete