Thursday 22 July 2010

KELLIE'S CASTLE, PERAK

(Inilah Kellie's Castle.
Gambar ini saya rakamkan pada tahun 2009)

Kepada yang pernah menonton filem Anna And The King, yang dilakonkan oleh Chow Yuen Faat tentu tahu salah satu lokasi pengambaran filem tersebut ialah Kellie’s Castle ( Istana Kellie) yang terletak di Batu Gajah Perak. Binaan yang mengikut reka bentuk istana Moghul di Agra India ini dibina oleh 70 orang pekerja binaan dari Madras India. Di sini saya bercerita berdasarkan kunjungan saya ke sana dan juga berasaskan pembacaan saya mengenai Kellie’s Castle.




Ia mula dibina pada tahun 1909, sebagai tanda cinta William Kellie Smith terhadap isterinya Agnes. William merupakan pedagang getah terkemuka British dan berasal dari Kellas Scotland. Pada tahun 15 September 1911, akhbar London Financer melaporkan Kellie’s Castle sebagai binaan paling unik sekitar timur jauh. Lagi hebat, lif yang dibina di dalam istana ini( namun tidak dapat disiapkan) merupakan lif yang pertama di Tanah Melayu . Di sini juga terdapat terowong rahsia yang mempunyai laluan bawah tanah kira-kira 500 meter hingga ke kuil hindu.




Istana ini tidak dapat disiapkan kerana William meninggal dunia di Lisbon Portugal pada bulan Disember 1926. Namun tersebar berita kononnya istana yang terbengkalai ini diselubungi misteri. Kononnya roh William sering kelihatan berlegar-legar di istana ini dan peristiwa ini dikatakan pernah disaksikan oleh sesetengah orang. Bagi umat islam, usah percaya dengan khurafat. Andainya benar seperti yang didakwa maka itu adalah syaitan dan bukannya roh. Tapi, saya yakin dakwaan misteri itu hanyalah metos semata-mata.



Dari segi lokasi, istana kellie terletak lebih kurang 15km dari Bandar raya Ipoh. Bagi pengunjung yang datang dari arah Kuala Lumpur melalui lebuh raya Utara-Selatan, boleh keluar di plaza tol Simpang Pulai dan menuju ke Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh. Jom kenali istana Kellie, kenali Batu Gajah, kenali Perak dan kenali Malaysia.







(pokok ini menyerupai seekor beruang.
Ia sekadar kebetulan sahaja dengan izin Allah.
Jadi, tiada apa yg nak dihairankan)


( Ini gambar cicit William Kellie Smith)






27 comments :

  1. salam..
    memang cantik istana ni
    patutlah di jadikan lokasi
    pengambaran filem..berbanggalah
    anda rakyat Perak sekalian..tahniah..peliharalah warisan negara ini..

    ReplyDelete
  2. saya kurang gemar sedikit apabila istana tu dah diubahsuai untuk film anna and the king. di cat warna putih dan hilang sedikit keasliannya. saya rase, keunikan istana tu, kene stay macamane ia ditinggalkan.. baru lah feel... =') pendapat ikhlas sahaja.. hope u dont mind.

    ReplyDelete
  3. artikel yang menarik..
    its about ur history place..

    ReplyDelete
  4. hehe bangga nye tempat kelahiran aj kt batu gajah tuh hehe

    ReplyDelete
  5. sy x sampai lagi ke sana..woo. ='p

    ReplyDelete
  6. duk kat perak tp x penah pegi pun kat sini... ;(
    nak pegi tp xde chance lg.. hehe

    ReplyDelete
  7. zulkbo= betul tu, warisan negara perlu dijaga dgn baik.

    ReplyDelete
  8. Anna fauzi= Ttg tu mmg kita agak terkilan sbb ia menghilangkan warisan asal. tapi apakan daya, sbb itu kehendak hollywood

    ReplyDelete
  9. Fifiey lychee= Trima kasih atas kunjungan dan komentar.

    Miyuki Aoi= org perak ke?

    ReplyDelete
  10. AJ= baru tahu, awk org Batu Gajah rupa2nya. Skrg dok kt mana yer?

    Amira = Ada masa kena dtg tu. cuti2 malaysia

    ReplyDelete
  11. nice info shameel.. cantik menara tue kan.. bangunan yang lama2 nie selalunya kukuh kan..

    ReplyDelete
  12. ...info sejarah..thanks shameel..

    dah pernah pegi perak, tapi tak pernah sampai sini..insyaAllah next time!

    ReplyDelete
  13. lalu je batu gajoh tengok dari jauh tah bila nak g situ yerk

    ReplyDelete
  14. salam,

    aku dah melawatnya masa zaman bersekolah di smjk sultan yusuf dulu...keadaannya amat mneramkan kerana belum lagi dipulihara seperti sekarang.

    ReplyDelete
  15. chaon= mmg cantik bangunan ni. ya, bangunan lama sgt kukuh dri segi binaanya. Mcm angkor wat, candi borubudur semuanya masih bertahan wlaupun dah berusia ribuan tahun.

    ReplyDelete
  16. Afida= Kalo dtg perak lagi, peruntukan masa utk ziarah tempt2 mnarik kt cni. hehehe

    ReplyDelete
  17. tak sampai sana lagi. tapi teringin juga nak pergi.

    ReplyDelete
  18. cemomoi= alang2 dtg perak,baik singgah trus ke kellie's castle.

    ReplyDelete
  19. ahmad humairi= cikgu dulu bekas pelajar smk sultan yusuf ke. Rasanya sekolah tu dalam ppd kinta selatan. Sy dgr criter, dulu mmg istana ni tak diurus dgn baik.

    ReplyDelete
  20. istana cantik.malas nak takut.kena ke takut?

    ReplyDelete
  21. dengar2 bahagian bumbung tu busuk bau hancing sebab orang tak jaga..penuh sampah jugak..tak pernah pi lagi..

    ReplyDelete
  22. akufobia= tiada apa yg nak ditakutkan.

    ReplyDelete
  23. kech hidayah= tika sy pergi takde plak bau busuk hancing tu, cuma ada kesan conteng menconteng. vandalisme x kira tempat skrg ni. tmpt brsejarah yg jdi lokasi pelancogan pun turut diconteng.

    ReplyDelete
  24. I have been there. When I was in secondary school. Longgggggg time ago. It's a must to visit Kellie's Castle. Boleh tengok panaromic view of Ipoh dari atas. Tapi bilik bawah, if I'm not mistaken, store simpan arak, agak menakutkan. =)

    ReplyDelete
  25. dulu study kat seri iskandar..
    selalu lalu je.. pernah pegi sekali je.. huhuhu.. scary jgk kdg2.. tp structure die awesome..

    ReplyDelete
  26. Best pergi melawat pada musim DURIAN.. musim buah byk benor buahan...hehe
    Kalau nak buat buku sila melawat kami pulak..

    ReplyDelete