Monday 5 July 2010

IMAM MUDA



P/S= entry ini bukanlah kerana ketiadaan isu / idea untuk menulis tapi kerana saya merasakan amat penting untuk dibicarakan meskipun ia agak basi. Kerana label Imam sentiasa relevan sebagaimana relevannya iman (islam, iman dan ihsan).
Sebut sahaja Imam Muda, pasti ramai yang mengetahui akan kewujudannya di Astro Oasis. Walaupun tidak sehebat Akademi Fantasia, Mentor, Malaysian Idol, Raja Lawak dan yang seumpama dengannya, namun kewujudannya tetap diterima, meski segelintir cuma.

Tak popular! Tak mengapalah, sekurang-kurangnya ada juga program realiti tv yang bercorak keagamaan ( selain Akademi Al-Quran). Kurang sambutan! Biarlah, setidak-tidaknya terhidang juga santapan rohani buat mereka yang memerlukan






Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam. Walaupun sekadar pemimpin kerohanian yang ‘kerdil’, namun peranan imam tidak hanya mengetuai solat berjemaah. Tidak terbatas dalam ruang lingkup masjid sahaja. Tidak terhad dengan membilang butir-butir tasbih. Namun lebih dari itu. Paling utama, sebagai seorang da’ie yang berperanan untuk memperluaskan horizon dakwah dan seterusnya mencairkan antartika kejahilan.

Imam Muda, satu program yang benar-benar hebat. Hebat serba- serbi walaupun tak diperkatakan di sana- sini. Kehebatan pertama ialah pesertanya. Majoriti pesertanya memiliki kelulusan yang membanggakan dalam bidang keagamaan. Antaranya, Ahmad Hazran bin Ahmad Kamal ( Aran) yang berkelulusan , Sarjana Muda Al-Quran Wa Qiraat, dari Universiti Al-Azhar Mesir. Nik Muhammad Adib bin Md Amin ( Adib), yang berkelulusan Sarjana Muda Usuluddin, dari Universiti Muta'ah. Kalau diambil kira dari sudut kelulusan akademik yang dimiliki, mereka juga ulama sebagaimana 40 orang Ulama Muda yang menyertai parti PERKEMBAR baru-baru ini. Namun, saya secara peribadi tidak bersetuju jika gelaran ulama disandarkan kepada golongan yang memiliki kelulusan/ ilmu agama yang tinggi semata-mata ( cuma ia syarat untuk dilabelkan sebagai ulama) sebab factor-faktor lain seperti ketaqwaan perlu diambil kira. Andainya disyaratkan memiliki Master atau Phd dalam bidang keagamaan sebagai syarat untuk dilabel sebagai ulama maka orang bukan islam seperti Dr. Patricia Martinez teramat layak digelar ulama sebab dia adalah orang bukan islam yang pertama di Malaysia yang memiliki Phd dalam pendidikan islam. Kelulusannya lebih tinggi berbanding Ustaz Fathul Bari( salah seorang ulama muda). Cukuplah dahulu cerita tentang ulama muda sebab blog saya bukanlah blog poltik dan saya tidak ingin membicarakan perihal politik di blog saya.

Pengetua Imam Muda juga bukan sembarangan orang. Walaupun tak sepopular pengetua AF, namun beliau ada kehebatan yang tersendiri. Ustaz Hasan Mahmud Al Hafiz, siapa yang tak mengenailinya. Bekas Imam Besar Masjid Negara dan pendakwah bebas yang disegani ramai.

Hadiahnya juga hebat dan lumayan. Iaitu, sebuah kereta bernilai lebih RM150,000, pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000 serta komputer riba Apple Macpro dan berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi. Selain itu khidmatnya juga diperlukan untuk memegang jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

INI YANG PALING HEBAT, iaitu peranannya sebagai seorang da’ie yang berperanan untuk memperluaskan horizon dakwah dan seterusnya mencairkan antartika kejahilan. Ini tugas yang amat mencabar. Sarat dan padat dengan mehnah dan tribulasi. Perlu kekuatan untuk meredah lautan duga yang amat ganas gelombangnya. Secara peribadi saya amat berharap agar mereka ini tidak sekadar penghafal tetapi berperanan juga sebagai pemikir . Sebagaimana mereka menghafal ayat-ayat suci tanpa jemu, mereka juga perlu memikirkan masalah ummah tanpa lesu. Memikirkan pendekatan yang dapat menjinakkan hati-hati manusia yang pelbagai rencam agar tertarik ke jalan Allah. Kehebatan bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Hassan al-Banna sebagai dai’e yang berjaya mewujudkan kesatuan fikiran dan kesatuan tindakan dalam kalangan masyarakat , sebagaimana yang diungkapkan oleh As-Syahid Sayyid Qutb haruslah direnungi. Kata As-Syahid Sayyid Qutb “ Dalam masa 25 tahun sahaja dengan kepintarannya dia (Hassan al-Banna) mampu menghimpun masyarakat yang berbeza-beza dari sudut kejiwaan, akal, emosi dan peringkat umur sebagaimana berhimpunannya irama yang berbeza di dalam satu lagu.”

KEHEBATAN seterusnya ialah peringatan Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis ( rujuk buku ikhlas dalam ibadat dan perjuangan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi diterjemahkan oleh Persatuan Ulama Malaysia, m/s . 72-73). Hadis yang panjang tentang golongan yang dihisab oleh Allah pada hari kiamat. Dalam hadis itu ada diceritakan tentang orang alim (pandai membaca Al-Quran) yang ditanya oleh Allah tentang apakah yang dilakukan dengan nikmat yang diperolehi( nikmat ilmu). Maka dijawabnya, dia telah belajar banyak ilmu dan telah mengajar ilmu tersebut. Dia juga mendakwa dirinya membaca Al-Quran demi Allah. Lalu Allah berfirman: Sesungguhnya engkau berdusta, engkau belajar untuk dipanggil terpelajar dan alim. Engkau membaca Al-Quran untuk digelar qari dan engkau sudahpun digelar sedemikian. Kemudian Allah perintahkan agar orang alim itu dicampakkan ke dalam neraka. Apa yang dipaparkan dalam hadis ini hendaklah dihayati dan direnungi oleh para da’ie termasuklah peserta Imam Muda, juga oleh kita.


23 comments :

  1. salam shameel,

    hehehehe
    akak memang folo imam muda nih
    suka sangat suka
    bile dengar mereka2 berzikir, mangaji dan bernasyid
    menusuk dan merdu sungguh
    terharu sangat...
    aktiviti yg bagus juga
    memang bagus ada rancangan sebegini kan,
    cuba tukar jangan lupa lirik kepada jangan lupa doa ke?
    macam2 aznil kepada macam2 dosa ke?
    kan lebih baik kan
    heheheh
    wallahualam...

    ReplyDelete
  2. blueCITY= Kak saya bersetuju dgn cadangan kak supaya tukar jangan lupa lirik kepada jangan lupa doa ke?

    macam2 aznil kepada macam2 dosa ke?
    kan lebih baik kan. hahaha

    harap-harap program kerohanian mcm ni trus mndpt tempat di stesyen tv.

    ReplyDelete
  3. hee part yang last tu yang tak sedap nak ulang... bukan apa... dah jauh belayar dalam idop ni baru tau ilmu tak berkat sebab dulu azam belajar sungguh-sungguh nak masuk u lepas tu senang dapat kerja... doa tu makbul tapi ilmu takde le sebab barangkali lupa berdoa supaya ilmu yang dipelajari tu memberi barakah

    ReplyDelete
  4. salam ziarah,

    cantik jgk cadangan kak blueCITY tu..hehe,

    alhamdulillah bertambah lg rancangan krohanian di siarkan, walaupon x dapat ranking se gah rancangan2 lain namun hakikatNya ramai yg menantikan.

    syukran utk titipan hadis di akhir entri, terpaku sy sejenak.

    jemput dtg blog sy, ada award dari melatidaisy utk sahabat2 :)

    barakallahu fik

    ReplyDelete
  5. cemomoi= memang kebanyakan org menuntut ilmu hari ni kerana nak mudahkan dpt kerja. Tak boleh salahkan juga sebab syarat hari ni, perlukna kleulusan utk mendapat pekerjaan/

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. melatiDasiy= Moga-moga rancangan kerohanian senegini trus mendapat tempat.

    nnt sy dtg ke bloh ukhti utk ambik award tu.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. so hang tak setujulah dgn AF @ Mentor.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. anymous= saya bkn tak setuju 100%. Maaf, jika entry ini menyebabkan anda terasa hati.

    ReplyDelete
  13. moga kita mendapat ilmu yang diberkati dan dirahmati Allah, buat sesuatu perkara atas keikhlasan

    ReplyDelete
  14. hmmm...entri yg panjang lebor..kesimpulannya, buatlah apa2 kije tu ikhlas kerana Allah..bukan sebab mengharapkan apa2 balasan...

    p/s: harap2lah imam muda ni betul2 bersungguh2 ikhlas kerana Allah..bkn atas sbb commercial..


    Blog nostalgia budak Muor

    ReplyDelete
  15. Along Tapa= p/s: harap2lah imam muda ni betul2 bersungguh2 ikhlas kerana Allah..bkn atas sbb commercial.

    Ya, mudah-mudahan bigitulah hendaknya.

    ReplyDelete
  16. Akuvisoin= Betu tu sahabat, buat kerja krn keikhlasan. ingat Tuhan dan ingat phala dan syurga sblm melakukan perkerjaan.

    ReplyDelete
  17. Iqbal= Aritu ada maslah publish koemn, byk komen yg ghaib tiba2. Terima kasih sudi dtg dan komenb utk kali kedua.

    ReplyDelete
  18. salam akhi,

    maaf kerana agak lambat datang bagi pendapat. Pada pendapat saya,program ini bagus dan sememangnya bermanfaat untuk masyarakat.supaya mereka lebih mengenal siapakah sebenarnya imam.rata2 pandangan masyarakat sekarang ini lebih memikirkan imam itu hanyalah orang yg menjadi imam semasa solat berjamaah shj,sedangkan imam ini mempunyai tanggungjawab tersendiri kepada masyarakat dan negara.

    Sememangnya dalam berjuang menegakkan agama Allah di atas dunia ini,kita akan menempuhi tentangan dan ranjau yang berduri,tetapi kemanisannya akan kita kecapi di akhirat kelak.sudah menjadi lumrah pejuang Islam itu akan dikeji dan dihina,tetapi kita mesti ingat bahawa Rasulullah dan para sahabat menghadapi ujian yang lebih getir dan mereka berani kerana niat mereka kerana Allah SWT.sudah menjadi lumrah kita akan ditentang oleh golongan kafir, tetapi kita juga akan menghadapi tentangan dari mereka yang mengaku beragama Islam,tetapi tidak mahu mengamalkan syariat Islam.

    Saya amat suka dengan perenggan terakhir akhi itu,sememangnya orang berilmu itu berkewajipan mengamal dan menyebarkannya.seperti kata pepatah,ilmu tanpa amal umpama pokok yang rendang tetapi tiada buahnya.Kenapakah kita masyarakat Islam sering dan masih lagi ditindas?salah satu pendapat saya ialah kita mempunyai banyak ilmuan dan pakar tafsir al-Quran,tetapi kebanyakan mereka diam membisu dalam mengangkat syariat dan hukum Allah tertegak harum mewangi di atas muka bumi.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  19. Taib wahid= saya tertarik dgn pandangan akhi ttg penentangan terhadap islam yg dtgnya dari musuh yg beragma slam tapi tak ingin melihat syariat dilaksanakan.

    sudah jadi lumrah, di mana-mana sahaja, mereka yg beragama islam tapi berjiwa sekular amat lantang menentang pelaksanaan syariat islam. Di mesir, ikhwan ,muslimin diancam dan diganggu habis-habisan oleh pemerintah mesir yg sekular.

    Di Tunisia, Habib Bourguiba, Presiden Tunisia yang memerintah tahun 1957-1987 pernah mengharamkan berpuasa di bulan ramadhan atas alasan puasa akan memundurkan umat islam. malah tanpa segan silu dia dan kabinentya lunch dgn disiarkan secara langsung menrusi kaca tv. dia benar2 anti islam.

    ReplyDelete
  20. rancangan realiti imam muda sememangnya hebat..byk mesej yg baik dan bermanfaat.

    ReplyDelete
  21. Yuni = Betul tu.Imam Muda adalah rancangan yg hebat

    ReplyDelete
  22. Ana suka artikel ini akhi :-)

    ReplyDelete
  23. Nai'im Nikmat = Trima kasih atas kunjungan sahabat. Ana hargai kunjungan akhi.

    ReplyDelete