Wednesday 14 July 2010

ESQ teruskan program latihan kecuali di Wilayah Persekutuan

(Dr Ary Ginanjar Agustian, pengasas ESQ )



KUALA LUMPUR: ESQ Leadership Training Center Sdn Bhd (ESQ) akan meneruskan program latihan yang ditawarkan syarikat itu ke seluruh negara kecuali Wilayah Persekutuan susulan pengumuman Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang membenarkan ia dijalankan.

Pengerusi Panel Syariah dan Akidah ESQ, Datuk Mustafa Abdulrahman, berkata modul dalam sistem latihannya akan diteliti bagi memastikan ia selaras dengan syariah dan buku yang digunakan akan diterbitkan dalam Bahasa Melayu.

Di Putrajaya hari ini, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa kursus Latihan Kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik oleh ESQ. (sumber berita harian)

Status ESQ mula hangat diperkatakan sejak jumaat(9 julai 2010), apabila Mufti Wilayah Persekutuan , Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah bertindak mengharamkan ESQ atas alasan ia mendukung ajaran liberalisme dan pluralisme. Sebenarnya beliau bukanlah Mufti Pertama yang mengharamkan ESQ, sebab sebelum ini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya(saya kurang pasti, adakah beliau telah dilantik menjadi mufti atau tidak ketika itu, tetapi sekurang-kurangnya beliau adalah Timbalan Mufti negeri Sarawak sebelum ini) turut ‘mengharamkan’ secara tak langsung ESQ melalui tulisannya yang mempertikaikan program tersebut termasuklah konsep suara hati dalam mencari kebenaran.

Bagaimanapun Ketua Panel Syariah ESQ, Datuk Mustafa Abdul Rahman yang juga bekas pengarah Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menafikan terdapatnya penyelewengan dan kesesatan dalam program ESQ. Malah terdapat beberapa orang bekas mufti yang turut menjadi ahli panel syariah ESQ, termasuklah bekas mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kader Talip, bekas mufti Kedah, bekas Mufti Johor dan lain-lain tokoh agamawan islam. Lebih dari itu, setakat ini seramai lapan orang mufti di Malaysia yang pernah menghadiri latihan ESQ termasuklah mufti Pulau Pinang.

Sejujurnya, saya mengikuti perkembagan ESQ sejak beberapa tahun yang lalu meskipun saya tidak pernah menyertai latihannya. Saya adalah pelanggan tetap Majalah I, terbitan kumpulan Karangkraf. Majalah ini pula menyediakan satu ruangan khas untuk memaparkan perihal ESQ termasuklah pengalaman pesertanya. Saya tertarik dengan Majalah I bilangan 78, April 2009( dari muka surat 18-42, membincangkan perihal ESQ, ). Paling saya tertarik dengan sesi temubual dengan Pengasas ESQ, Dr. Ary Ginanjar Agustian. Kata Dr Ary Ginanjar, beliau tidak membahaskan tentang ilmu-ilmu yang mendalam seperti tajwid, hal-hal khilafiah atau perbezaan mazhab dalam fiqh, tetapi mengambil satu modul yang sederhana tentang rukun islam yag lima, rukun iman yang enam dan prinsip ihsan ( sebab itu ia dikenali sebagai The ESQ Way 165).

Dr Ari Ginanjar Agustian mendakwa lagi setiap buku dan modul training yang dihasilkannya akan disemak terlebih dahulu oleh gurunya, Kiyai Haji Habib Adnan , seorang hafiz Al-Quran dan bekas Ketua Majlis Ulama di Bali. Di samping itu, turut terlibat dalam proses menyemak ialah Profesor Dr Kiyai Ali Yafi, Ketua Majlis Ulama Indonesia, sejumlah ulama Nahdatul Ulama dan Muhammadiah, ICMI dan lain-lain lagi. Setelah diluluskan oleh ulama-ulama ini barulah ia dicetak. ( utk maklumat lanjut sila rujuk m/s 29, pada majalah tersebut)

Tentang teori God Spot ( saraf pendorong manusia mencari Tuhan) telah ditemui oleh sekumpulan saintis pakar saraf dari Universiti California di San Diego yang diketuai oleh Dr. Vilayanur Ramachandaran( huraian lajut, sila lihat m/s 40-42 majalah yang sama). Walaubagaimanapun Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) lebih cenderung agar istilah God Spot ditukar kepada istilah fitrah. Sila ke sini untuk maklumat lanjut http://www.zaharuddin.net/content/view/828/95/.


Pandangan peribadi saya, andainya Jumhur ulama Malaysia( merujuk kepada mufti-mufti dan ulama-ulama yang menganggotai Majlis Fatwa Kebangsaan) meluluskan ESQ, maka wajar dan waras untuk kita akur dengan fatwa tersebut selaras dengan firman Allah, "“Wahai orang beriman taatilah Allah, taatilah rasul dan orang yang memerintah urusan kamu (ulil amri).” (Surah an-Nisa’, ayat 59). Ibnu Abbas dan Imam Ibnu Qayyim berpendapat maksud (ulil amri) pada ayat ini ialah ahli fikah dan ahli agama (ulama).

Adapun pendapat Mufti Wilayah Persekutuan adalah terpencil dan itu ijtihad peribadi beliau. Dalam islam perkara begini adalah lumrah. Bukan dalam perkara ini sahaja malah dalam banyak perkara. Malah dalam hal keharaman babi pun masih berlaku khilaf dalam kalangan ulama. Tiada khilaf sebab telah qat’ie tentang haramnya memakan daging babi tetapi khilaf tentang hukum menyamak setelah menyentuh babi. Namun bagi kita yang bermazhab Syafie, menyentuh babi wajib disamak walaupun Imam Nawawi( seorang tokoh terkenal dalam mazhab SYafie bercanggah pendirian tentang hal ini). Maaf saya bukan ingin berbicara tentang perkara khilaf. Bukan itu matlamat penulisan saya di blog ini. Lagipun membicarakan persoalan khilaf secara terbuka akan memberikan ruang kepada si jahil untuk mencampuri urusan agama secara membabi buta. Lagi malang ia akan menjauhkan si jahil dari landasan agama. Apa yang ingin saya nyatakan ialah, lumrah dan kebiasaan apabila terdapat segelintir ulama yang tidak menyetujui pendapat ulama lain. Namun pandangan jumhur adalah lebih menepati kebenaran dan kita sewajar dan sewarasnya akur.




13 comments :

  1. kesimpulannya?
    kira bgantung pada keyakinan kita lah ye? ke macam mana?

    ReplyDelete
  2. Iqbal Syarie= Tentang boleh atau tak, memang susah nak cari kesepakatan 100%. sudah lumrah macam tu. Tapi, jika majlis fatwa kebangsaan (yg mempunyai 14 orang mufti dan ahli2 lain yg terdiri drp pensyarah pengajian islam dlm pelbagai disiplin ilmu islam) memutuskan ia tidak haram, maka kita tak wajar mempertikaikan. Cuma, jika kita masih ragu2, maka eloklah mengelakkan diri dri program ESQ

    ReplyDelete
  3. macy= Kita berhak berpegang kpd keyakinan diri setelah kita diberi hujah dan difahamkan oleh pihak yang bertangggungjawab( dlm hal ini majlis fatwa kebangsaan)

    ReplyDelete
  4. salam,

    kawan2 akak ramai dah pergi esq ni, semua di kl lah kan.
    so far, akak tanya best ke?
    of coz ramai yg kata best, beri kesedaran dan blablabla...
    mcm kursus motivasi , kursus jati diri, cuma ada juga yg berkata2 mayb setelah membaca ttq ada unsur2 liberalisme dan pluralisme. sampai ada yg kata spt ingin nak tubuh satu agama baru?

    hmmmmmm
    bagi akak mcm ni, apa juga niat org yg membuat kursus esq itu, dan kita yg pergi dgn niat dan fikir kursus ini sebagai kursus kesedaran, pasti akan ada nilai2 baik dan murni, selagi tiada unsur2 yg menghina agama kita, tiada unsur atau aktiviti spt menyesatkan, so kita ambil yg baik. tapi kalau ada terang2an kursus ini menodai agama islam atau ada agenda yg semua peserta kursus boleh nampak, so buat lah laporan pada pihak berkuasa.
    kita sendiri mampu nilai mana baik buruk betul salah kan?

    wassalam

    ReplyDelete
  5. Iqabl Syarie = 'afwan sahabat, sekadar ingat mmeperingati sesama saudara muslim, kerana agama itu nasihat.

    ReplyDelete
  6. blueCITY= betul kak, kalau ada unsur penyelewengan dari islam, para peserta hendaklah bertanggungjawab dgn membuat laporan polis dan kpd jabatan agama. Cuma, kita tak pasti, adakah modul yg digunakan utk para mufti itu adakah sama dgn modul utk arg ramai. Satu lagi, di Malaysia dgr ceriter modulnya disemak beberapa klai jabatan agama tapi ttg modul di negara lain masih lagi menimbulkna keraguan,

    ReplyDelete
  7. pergilah dulu baru tahu sesat atau tidak :) ku yg dah pergi selama hampir 2tahun nih pun, alhamdulillah tak jumpa lg yg sesat mahupun seleweng.
    macam mana nak bercakap, kalau kita sendiri tak tahu kebenarannya?

    ReplyDelete
  8. Nur Su'aidah = awak pernah mengikuti ESQ, mgkin awk lebih tahu ttg pengisiannya. Cuma Ustaz Zaharuddin yg kini dalam proses menyiapkan Phd telah dijemput utk mengikuti program ESQ, dia juga mengakui tiada penerapan unsur islam liberal sepanjang dia ikuit cuma ada beberapa teguran dari dia agar ESQ benar2 menepati syariah.

    ReplyDelete
  9. salam sahabat.
    sy pernah dengar ESQ ni.tp belum pernah hadir.tengokkan sambutan org ramai mmg hangat.pernah terfikir utk hadiri ttp masa membataskan.biarlah org berkelayakkan yg membuat penilaian.lagipun zaman ini kita bebas mengikut pendapat ulama yg yg kita 'sukai' ttg apa yg masih diperselisihkan dan bukan sesuatu yg dah tetap spt pengharamam judi,arak dll.ttp jika kita sendiri masih was-was/curiga baik tidak payah ikut.sebab itu dunia hari ini boleh pertikai fatwa sebahagian ulama kerana mengikut pendapat ulama lain.kecualilah ada khalifah yg mengazetkan sesuatu fatwa,dan ia wajid diikut tanpa gagal.
    -Wallahua'lam

    ReplyDelete
  10. Pacifit= Saya berstuju dg npandangan sahabat.
    "biarlah org berkelayakkan yg membuat penilaian.ttp jika kita sendiri masih was-was/curiga baik tidak payah ikut." saya yakin mufti wilayah mebuat keputudan beradasarkan analisanya yg bersendikan ilmu. Nmaun saya juga amat hormati fatwa yg dikelaurkan oleh majlis fatwa kerana ia dibuat secara kolektif oleh para ulama di negara kita.

    ReplyDelete
  11. Hamzah lan= Terima kasih atas kunjungan dan komen sahabat. sebagai org awam, eloklah kita akur sahaja keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Ia dibuat secara kolektif, dan kita akau atas dasar akur kepada ulil amri. cuma kalau masih ragu2 maka elakkanlah dri program ESQ demi kemurnian akidah.

    ReplyDelete