Monday 12 July 2010

MALANG TIDAK BERBAU

(kemalangan ngeri melibatkan sebuah bas ekspress di Perak)


KALAU kita belek helaian sejarah, Bridget Driscoll merupakan manusia pertama yang menemui ajal kerana dilanggar kenderaan bermotor pada 17. Ogos 1896.(rujuk Dewan Masyarakat oktober 2005, m/s: 9). Bilah-bilah hari sesudah itu tidak pernah sunyi dari menyaksikan episod demi episod kemalangan jalan raya. Kerajaan dan NGO juga tidak pernah sunyi daripada memikirkan strategi-strategi untuk mensifarkan kemalangan jalan raya, namun hingga sekarang, kes kemalangan jalan raya tidak pernah surut dan susut. Sehingga 2005, seramai 25 juta orang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya di seluruh dunia, jumlah tu hampir menyamai jumlah penduduk Malaysia hari ini. Majalah yang sama juga mengatakan, 2 nyawa melayang setiap minit di jalan raya. Kajian Universiti Harvard dan World Road Organisation(WRO), mendapati kemalangan jalan raya menjadi pembunuh ketiga tertinggi di dunia bagi manusia.

(adakalanya nyawa manusia lebih murah drp harga seekor arnab)


Di Malaysia pula, Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia(MIROS) mengatakan, secara purata terdapat 15 kes kematian sehari akibat kemalangan jalan raya di Malaysia. Begitulah kisah ngeri dan sedih di jalan raya. Kematian di jalan raya tak mengenal siapa, pengemis, petani, buruh kasar, pelajar universiti, artis, ahli politik dan sesiapa sahaja.

Yang paling dikesali( bukan menyesali takdir) ialah orang Melayulah yang paling ramai terkorban di jalan raya. Lihat sahaja ketika Ops Sikap ketika musim perayaan, pastinya bangsa kita adalah juaranya. Tak kira raya apa, Melayu tetap mendahului. Itu belum lagi dikira dengan jumlah Mat Rempit Melayu yang menemui ajal di jalan raya.

Sebenarnya tiada sesiapapun yang ingin menemui ajal di jalan raya. Tidak ada orang yang ingin mati dalam keadaan ngeri, berkecai tulang dan bersepah daging serta terburai tali perut. Malah Mat Rempit pun tak ingin mati dalam keadaan ngeri macam tu.

Adakala kita telah berhati-hati dan menjadi pemandu yang berhemah tapi kemalangan tetap berlaku disebabkan kecuaian pihak lain. Saya sendiri pun pernah mengalami keadaan seperti ini. Tiga tahun lepas di sungai siput perak, ketika hujan lebat dan lampu isyarat berwarna merah tiba-tiba sebuah kereta melanggar kereta saya dari arah belakang. Bila saya bertanya mengapa? Jawabnya sambil meminta maaf, sorry dik, kalau hujan lebat pak cik tak boleh bezakan warna hijau dan merah. Terlonggo mulut saya mendengar jawapan yang Maha Gila itu. Suatu ketika yang lain di lebuh raya utara-selatan, lebih tepat lagi dekat Bukit Gantang, ketika saya dalam perjalanan ke Parit Buntar, sebuah lori ( yang perlahan macam kura-kura) yang berada di lorong paling kiri tiba-tiba menukar lorong. Saya yang memandu dalam kelajuan sederhana, lebih kurang 130km sejam di lorong kanan hampir-hampir menjadi mangsa nahas.


Apa yang pasti, disamping berhati-hati ( termasuk memastikan kenderaan dalam keadaan yang selamat), kita tiada pilihan lain kecuali berserah kepada Allah.

18 comments :

  1. yup...betul tuu...
    kita sbg Muslim ni haruslah sntiasa b'tawakal ats setiap perkara yg kta buat selain amalkn sikap b'hati2 x kira d mna pn..InsyaAllah sume slmt...
    hehe just sharing n just love dis entry!!

    ReplyDelete
  2. n@jwamz= Terima kasih atas kunjungan dan komen. moga kita dalam naungan rahmat Allah sepenjnag masa termasuklah ketika di jalan raya

    ReplyDelete
  3. Salam shameel...

    Owhh Shameel pernah mengalami pengalaman dilanggar orang. Saya pun sama. Tahun 2008. Bulan Ramadhan. Teruk Incik Hitam cedera. salah dia sebab masuk lorong tiba-tiba. Tapi boleh pula dia melarikan diri begitu saja...

    Alhamdulillah, saya selamat... cuma itu la...ada rasa gerun nak memandu di jalan tersebut. sanggup lalu jalan yang jauh. Trauma.

    Sekarang sudah lebih 2 tahun..saya rasa trauma tu dah mula hilang..
    waAllahualam..

    ReplyDelete
  4. Afida= Itulah masalahnya. Adakalanya, kita dah cukup berhemah tapi org lain pula cuai. kalau setakat keta yg rosak,boleh tahan lagi w/pun sedih dan marah sbb sekurang2nya ada insurans. Tapi kalau kita yg rosak. Nau'zubillah walaupun ada insurans nyawa.

    ReplyDelete
  5. salam,

    Bila sesuatu berlaku, kita sering menyalahkan pihak lain dan kekurangan kita tidak diakui.

    ReplyDelete
  6. salam shameel...

    nauzubillah.. mohon dijauhkan Tuhan dari malapetaka macmni... ade someone berpesan pada ayue,
    nilai taqwa perlu tinggi ketika memegang stereng...
    hmmm.....

    ReplyDelete
  7. dah lama naik bas...tipa kali naik tak kre la bas ke apa..memang tawakkal habes..mintak padaNya supaya takde kejadian tak diingini berlaku..

    ReplyDelete
  8. uhuk..sy pnh kena langgar mse naik beskal..terpelanting kat jalan bsr..sebek mase tu xde sbjik kenderaan pn lalu..=) pnjang umo lagi~

    ReplyDelete
  9. ahmad humairi= Btul tu cikgu, adakalanya kita juga melakukan kesalahan di jalan raya terutamananya tidak mengikut had kelajuan yg telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  10. Akufobia= Ya, kita kena hati-hati dan berhemah namun faktor takdir tetap penentu segalanya.

    ReplyDelete
  11. Ayue Aishah = Berdoalah sentiasa agar kita semua dilindungi dari kecelakaan jalan raya.

    Saya bersetuju, nilai taqwa perlu tinggi ketika memegang stereng. Lagi bagus, jika kita ingat org2 tersayang, igt hospital dan ingat kubur sewaktu hendak memulakan perjalan / memegang stereng.

    ReplyDelete
  12. Amira= Kalau menaiki bas, kita tak boleh buat apa-apa sebab bkn kita yg driver. Bertawaqal sahajalah dan pilihlah bas yang rekod syarikatnya bersih dari jenayah.

    ReplyDelete
  13. Amira= Kalau menaiki bas, kita tak boleh buat apa-apa sebab bkn kita yg driver. Bertawaqal sahajalah dan pilihlah bas yang rekod syarikatnya bersih dari jenayah.

    ReplyDelete
  14. kay-N = Alhamdulillah, sbb dpanjangkan umur. hati-hatilah selalu.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. salam,
    bagi saya, selalu berhati-hati dan mematuhi peratutan adalah amalan yang baik.
    cuma orang kita nampaknya cepat ego bila dijalanraya, yang pakai kancil lebih ego dari yang pakai BMW.
    entah apa dia fikir..

    ReplyDelete
  17. gerun dan ngeri bila fikirkan kemalangan yg berlaku terlalu kerap..buka je paper msti terbaca kisah kematian akibat kemalangan jln raya...terhambat sayu tatkala membaca kisah sedih dan tragis itu..

    bila pergi berjalan jauh dlm hati x henti2 bermunajat kpd ALLAH supaya diberikan keselamatan...

    ReplyDelete